Firzah sahabatku. Aku demam dan dia lah ambil berat pasal aku tapi malangnye itu kali terakir kasih dia buatku

“Jangan lupa makan sup daging tu ada atas meja tv, aku beli kat kedai bawah. Dalam fridge ada 100 plus dengan air badak cap kaki tiga tu, pakcik tu kata elok untuk orang demam, kau minum tau”.

Pesanan WhatsApp yang Firzah hantar pada aku yang aku baca dua jam selepas tu. Aku baru terjaga dari tidur.

Aku demam dari semalam, tapi dah beransur kebah. Aku dengan firzah dua2 berasal dari pahang,

mencari kerja di bandaraya Kuala lumpur, kami graduasi tahun yang sama dan dapat kerja ditempat yang sama.

Telefon berdering, nama firzah tertera di skrin. Aku cepat2 angkat. “kau dah bangun ke belum?” “baru bangun ni” aku menjawab dengan nada baru bangun tidur.

Duduk Di Bandar bukan seperti Di kampung, rm2000 gaji Di Bandar bukan lah boleh bermewah-mewah,

Di sini karipap sahaja dah rm0.50. Aku dan Firzah sebolehnya masak sendiri dan bawa bekal ke tempat kerja.

Firzah tiada ibu bapa, ibu dia dah meninggal 2 tahun yang lepas, ayah dia dari kecil tak pernah berjumpa dia dan adik beradiknya selepas ibu bapa mereka bercerai sewaktu firzah masih bersekolah,

adik beradik Firzah ada 3 orang, abang Firzah meninggal dalam insiden langgar lari Di Australia semasa berkerja secara tidak sah di sana tahun lepas.

dan kakak Firzah beza lima tahun umur dengannya baru berkahwin dua bulan yang lalu.Firzah ada seorang adik yang masih belajar,

Susah kerjanya sebab based on commission je, kami boleh makan ala kadar je waktu tu, sebab susah nak kejar client untuk komisen apatah lagi bonus pencapaian KPI.

Aku ingat lagi kata2 firzah, kita ni Alhamdulillah ada motor nak gerak sana sini kan, kalau takda ni, susah juga lah nak cari client.

Aku memang mudah mengeluh dan menangis, aku bukan tak bersyukur, tapi aku rasa kerja ni penat dan tak sabar nak tukar kerja lain.

Kadang2 aku rasa Hidup memang tak adil, kelulusan kami boleh dapat kerja lebih bagus dari ni, tapi firzah seorang yang jarang mengeluh,

dia suka cari hikmah dari semua sudut kehidupan yang bagi aku susah untuk aku buat. Cukup 3 bulan kami berkerja,

Lihat sajalah bangunan universiti tua tu Di Google image, betapa gahnya bangunan walaupun sudah berpuluh tahun dibina, senibina kukuh berseni inggeris, ditengah kota Los Angeles.

Firzah seorang yang ada eyes for details dan sangat people centred. Adik Firzah dah lama nak ke taman tema air Sunway lagoon,

tiket masuk sehari memang mahal, tapi Firzah usahakan untuk bawa adik dia ke sana. Hari lahir adik dia,

Firzah bawa ke sana, aku tahu dia banyak menyimpan duit untuk tunaikan permintaan adik dia.

Biasa lah semasa kecil hidup susah, adiknya tak pernah merasa bermain Di taman tema.

Selesai mandi, aku tanak nasi dan makan dengan sup daging yang Firzah beli. Demam aku dah mula kebah sedikit. Shift Firzah jam 9 pagi,

biasanya jam 6.40 atau jam 7 habis shift dia akan smpai rumah, tapi sekarang dah jam 7. 30 malam, Firzah masih tak sampai2,

aku solat maghrib dulu, aku tak fikir apa2, sebab kadang2 Jalan di sini memang jem, walaupun naik motor, tetap akan sampai rumah lambat.

Telefon berdering beberapa kali waktu aku solat. Nombor Di skrin, Firzah call aku 3 kali.

Aku call semula, tiada jawapan, aku WhatsApp dia, “kenapa kau call? Tak balik lagi ke? Ride safe woi, jangan main talipon”, mesej dihantar, grey tick, tiada jawapan, fikiran aku mungkin dia masih atas motor.

Dalam perjalanan ke hospital aku Cuba hubungi kakak Firzah berkali2, baru diangkatnya, “hello kak, pijah, ada org telefon saya suruh pergi sungai buloh, hospital,

dia kata pijah kemalangan kak” susunan ayat aku berterabur menggambarkan betapa panik dan nervousnya aku untuk beritahu kakak firzah.

“Astghfirullahaladzim pijah kemalangan? ” suara kakak Firzah mula bergetar sebak.

Kakak firzah mengucap panjang beberapa kali. Aku rasa sebak dan menangis akhirnya. Sesampai aku di emergency room,

aku tak dibenarkan masuk, firzah dipindahkan ke ICU selayang. Doktor terangkan pada kakak firzah ada pendarahan dalaman,

Tiada lagi sahabat dunia akhirat aku. Tiada lagi pembakar semangat aku.

Sedekahkan alfatihah buat sahabat aku Nurul Firzah Athirah binti Mohamad Yasin.

Keputusan biasiswa UCLA keluar 2 bulan selepas firzah pergi, aku dan Firzah berjaya dipilih, untuk ke UCLA.

Aku bakal ke Los Angeles tahun depan macam kami impikan, Impian kami sambung sastera Di sana akan aku tunaikan.

Tenanglah dan rehat lah kau dialam sana. Semoga kita bertemu dia syurga. Aku sayang kau selamanya.