Aku sangat berjimat dan ada buku akaun sendiri. Manakala isteri pula suka shopping sampai penuh 1 bilik.

Saya lelaki berasal dari keluarga yang miskin. Ayah saya telah meningal dunia ketika saya kecil dan ibu sahajalah yang tinggal untuk membesarkan kami 4 beradik.

Alhamdulillah, adik beradik mak saya banyak membantu semasa kami membesar. Bila saya masuk Universiti, pak cik saya pinjam kereta kawan untuk bawa kami sekeluarga hantar saya ke Universiti, dan seterusnya dengan adik-adik saya.

Isteri saya pula berasal dari keluarga yang kaya dan sudah biasa hidup mewah sejak kecil lagi. Perbezaan latar belakang kewangan yang berbeza kadang-kadang menjadi konflik pada rumah tnagga kami.

Dia kadang-kadang mahukan sesuatu yang luar dari kemampuan saya dan itu buatkan kami bergaduh kadang-kala.

Saya ni sebelum kahwin, pakaian dan baju semua jenis pasar malam dan tak trendy. Saya akan beli seluar jeans bawah RM50. Biasanya yang dari Thailand dan Indonesia.

Saya akan fikir kewangan sampai 2-5 tahuna akan datang. Saya ada buku log dan buku akaun pngeluaran dan kemasukan wang dan berapa saya boleh jimat pada tarikh-tarikh sekian.

Saya berjimat bukanlah sebab kedekut atau nak kumpul kekayaan. Tetapi pasti akan ada hal tak terduga yang kami kena hadapi masa depan seperti atap bocor,

adik tiba-tiba nak kena pergi kem atau trip dan berbagai lagi wang tambahan yang tak akan dijangka pada awal tahun.

Pernah juga mak saya kehilangan kerja kerana syarikat mak gulung tikar. Nak je saya lari dari sekolah dan bekerja.

Tetapi saya fikir yang mak akan kecewa sebab mak nak kami semua masuk Universiti. Lagipun bagi saya, Pendidikan juga adalah salah satu cara untuk kami keluar dari kemiskinan ini.

Pertama kali saya nampak dia bersama kawan saya, saya terpegun dengan kecantikan dan perwatakan dia.

Orangnya cantik, muka sedikit bujur, bertudung labuh, petah bercakap, pendek dari saya (saya pendek orangnya, dalam 160cm je), dan pendek kata, saya jatuh cinta pandang pertama.

Saya nyatakan hasrat untuk berkenalan dengan dia melalui kawan saya. Kawan saya ni pun godek habis pasal saya dan beritahu pasal perempuan yang saya suka tu.

Kiranya bertaaruf (terma mereka berbual) melalui kawan dan akhirnya saya diberi satu no telefon. Rupanya no telefon ayah dia.

Di pendekkan cerita, saya terus telefon ayah dia dan ayah dia suruh datang rumah. Sewaktu diberikan alamat, saya baru tahu yang dia rupanya anak orang yang boleh dikatakan hidup senang.

Sewaktu mak ayah bercerita tentang perempuan tu, dia cuma cerita peribadi yang kuat berdemo, kuat berjalan, tetapi rajin bantu mak ayah di rumah dan berbagai pujian lain.

Akhirnya kami berkahwin. Majlis pekahwinan dia sangat grand. Jemputan pun orang kenamaan dan saya terkejut antara jemputan yang datang adalah ahli politik.

Bayangkan dalam meja VIP, keluarga saya yang cuma dari orang biasa, dan keluarga dia ramai yang berpakaian mewah dan mahal. Waktu tu saya dah nampak perbezaan ketara kami.

Saya dan mentua pun kekok sebenarnya. Hobi dia bermain golf dan memancing. Dia ada keahlian golf dan kalau saya ikut dia ke kelab golf,

saya akan kekok berjumpa dengan kawan-kawan mentua yang ada pangkat datuk lah, tan sri la, ceo syarikat inilah, ceo syarikat itu.

Lepas tu hari-hari naik tangga sebab lif selalu rosak. Saya pula hanya fikir semua benda tu tak apa asalkan dapat berjimat dan kumpul duit untuk beli rumah yang besar nanti.

Tetapi sebab sayangkan isteri, saya terpaksa berkorban dan percepatkan pembelian rumah. Isteri saya mintak pilih rumah teres.

Sebab katanya kita nak tinggal sampai akhir hayat, biarlah beli rumah yang selesa untuk anak-anak.

Tetapi waktu tu saya tak mampu nak bayar deposit rumah teres. Dulu duit gaji saya banyak habiskan untuk keluarga. 10 tahun dulu tak banyak projek perumahan yang offer deposit yang rendah.

Isu ni jadi gaduh pula bila saya tunjuk perkiraan yang rumah teres yang dia minta itu sangat mahal dan tak sustainable untuk masa hadapan.

Dan esoknya terus mak dia bank in 50% deposit rumah yang bakal kami beli. Saya serius rasa segan gila.

Saya tak nak duit tu, tetapi mentua saya insist dan cuma kata, “Ambil je lah. Duit mak ni tak boleh bawak ke kubur”.

Saya sebenarnya rasa sangat segan sebab saya dah biasa untuk berusaha sendiri tanpa bantuan orang lain.

Sementara tunggu rumah kami siap, kami pindah ke rumah sewa yang lebih selesa kerana dia tak biasa hidup susah sebegitu. Saya tak kisah dan sanggup berkorban untuk kebahagiaan dia.

Keluarga mentua juga sangat baik dan tak pernah kisah datang melawat rumah setinggan yang mak saya duduk.

Pendek kata, dia tu jenis tak fikir panjang dan jauh. Nampak berkenan terus beli walaupun dah ada berlambak di rumah. Lepas tu hujung bulan mengadu duit dah tak ada.

Nafkah saya bagi pun habis. Malah, isteri saya kalau keluar dengan mak mentua, pasti mak mentua akan belikan beg atau barang-barang lain.

Kalau pergi bercuti, pasti mentua akan belikan barang mahal untuk isteri saya dan saya sekali. Saya terima sahaja.

Tu belum cerita barang kemas milik isteri yang dihadiahkan oleh mak mentua dan nenek mentua yang dah meninggal dunia dulu.

Malah kadang-kadang isteri saya ni kuat berbelanja sampai beli barang mewah untuk saya seperti jam tangan, kasut, tali pinggang kulit, baju, seluar, dan berbagai lagi.

Adik beradik dia pun sama, jenis big spender. Beli motor besar, beli kereta besar, beli kasut mahal.

Harga kasut je dah bernilai 1k lebih. Saya ni kasut harga RM80 je dah rasa mahal. Tetapi mereka hormat saya dan respect saya.

Isteri saya cakap, sebab saya ni terlalu baik bagi diorang dan pandai. Diorang tu takat degree je, saya pula dah tengah buat PhD.

Tetapi saya tak kisah bab tu, sebab saya sambung PhD sebab nak puaskan diri. Kadang tu, ada kasut sukan mahal yang harga ratusan ringgit,

adik ipar saya boleh hilangkan sebab tertinggal lepas main futsal. Tetapi esok dah beli baru.

Waktu kami ada anak, mentua saya akan belikan banyak barang yang mahal seperti basikal, katil bayi yang besar, belikan banyak baju, high end car seat, dan siap upah orang untuk cat dan decorate bilik bayi.

Pernah kawan saya nak buang kasut berjemana sebab tapak dah rosak sikit, tetapi saya minta dekat dia dan hantar repair kasut.

Just jahit dan gam, dah cantik balik kasut tu. Tapi semuanya berubah selepas kahwin.

Tetapi sebenarnya ada banyak benda positif dengan kehadiran isteri saya ni. Saya dapati yang rumah kami makin ceria dengan barang yang saya rasa saya takkan beli.

Kalau dulu saya minimalis. Cuma ada yang perlu sahaja, tetapi saya mula merasai keselesaan yang ada.

Contohnya, saya akan merasakan yang dryer tak perlu, jemur je. Tetapi sebab kami berdua sibuk, dryer amat menjimatkan waktu.

Malah, dia juga berubah dengan tidak lagi berbelanja benda yang mengarut. Dulu beg tangan je ada lebih 20. Sekarang ni dia juga dah pandai buat akaun dan mula menyimpan untuk masa depan.

Sebenarnya dia tak menyimpan pun tak payah, sebab harta yang dia bakal warisi pun cukup 7 keturunan sebenarnya. Antaranya adalah tanah lot di tengah kl.

Saya tengok harga pasaran, gaji saya seumur hidup pun masih tak boleh beli. Di tanah tu kami dah mula membina rumah kedua kami.

Saya tak suka kalau hidup atas harta isteri atau harta warisan isteri. Sebab tu saya cuba sedaya upaya untuk berusaha cari duit.

Mak saya dari kecil lagi ajar kami untuk jangan meminta-minta walaupun kami miskin sewaktu kecil. Berusaha selagi mampu, barulah minta bantuan.

Tetapi dia minta beli sebab trend. Mentua saya pula, tahu-tahu dah bank in duit dan siap bagi lebih lagi. Lepas saya marah, dia tak berani nak meminta-minta dah.

Rumah kami juga tak ada orang gaji, isteri saya membesar dengan dua orang gaji. Saya ajar anak-anak untuk buat kerja rumah sendiri walaupun anak saya lelaki.

Saya ajar mereka untuk iron baju sendiri dan kemas bilik sendiri. Kalau bilik kotor atau almari berserabut, saya akan marah dan suruh mereka kemaskan sekarang jugak.

Saya tunjuk contoh dengan saya sendiri buat. Mereka akan nampak saya selalu lipat baju, memasak, kemas rumah, dan berbagai lagi.

Benda tu tak jadi masalah, sebab saya dah biasa buat sendiri dari kecil sebab mak saya single parent. Sayalah yang akan buat semua tu sebab adik-adik masih kecil.