Aku 29 tahun dan ada 3 anak. Aku dan isteri bebas dari hutang. Aku suka keje aku tapi hati aku kosong

Saya adalah seorang lelaki berumur 29 tahun, telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata, isteri adalah seorang suri rumah. Saya adalah seorang Pengurus di sebuah syarikat Telekomunikasi di KL.

Alhamdulillah Allah telah mengurniakan sesuatu yang istimewa buat saya iaitu “mengatakan tidak kepada hutang/ pinjaman/ riba/ loan”. Alhamdulillah hari ini saya dan isteri bebas dari sebarang hutang, menyewa di apartment dan kereta biasa-biasa asalkan boleh sampai dari point A ke point B.

Dahulunya saya ingatkan kalau bebas hutang saya akan rasa gembira, namun kegembiraan itu masih tidak diperoleh secara total, saya masih rasa kosong. Hal ini disebabkan 2 perkara iaitu.

(1) Tekanan kerja yang amat tinggi, kerja di bahagian operation dan ada 25 anak buah (executive & technician), (mula2 masuk kerja berat 80kg, hari ini berat dah 105kg, nak bgtau stress punya effect di tempat kerja).

(2) Masih mencari ihsan Allah.

Susah saya nak huraikan untuk part tekanan kerja dan saya rasa semua hadapi masalah yang sama seperti birokrasi + politik + suasana kerja + cusomer + restructure + etc.

Namun walaupun dalam berkeadaan stress, saya amatlah suka bekerja dalam bidang ini dan kalau tanya semua yang mengenali saya di tempat kerja, insya-Allah mereka yang mengenali saya akan cakap prestasi saya amatlah baik.

Sudah tentu ramai yang mengenali saya lebih dari saya mengenali kesemuanya. Hal ini kerana saya suka problem solving. Kalau perlu saya lanjutkan kerja saya sehingga lewat malam, saya akan lakukannya untuk solve the issue.

Kerana saya susah tidur malam kalau ada problem yang tak di-solve di tempat kerja. Tak tahu kenapa memang macamni perangai saya. Company benefit pun boleh kata antara yang terbaik di Malaysia.

Sampai ada orang kata – “Orang bodoh je akan keluar dari company ini”.

Namun sayalah adalah di antara orang yang bodoh itu. Saya ingin berhenti. Namun masih dalam dilemma kerana saya sangat suka kerjaya saya ini walaupun stress. Kenapa saya nak berhenti? Kerana yang nombor (2) tu iaitu hati masih kosong dan ingin mencari ihsan Allah.

Saya jenis yang tidak tinggal solat, kalau tinggal akan diqada’ semula. sehari akan baca 2 page al-Quran sekali terjemahan bersama isteri. Kalau sempat saya akan solat tahajjud. Bukan nak puji diri tapi nak pembaca faham situasi saya.

Saya bukan jenis yang tinggal semua lepastu insaf dan nak tinggal duniawi pulak. Bukan macam tu, saya lebih kepada nak cari ihsan Allah. Dan saya tidak dapat mencapainya di KL, di tempat kerja.

Saya merasakan sistem kehidupan yang saya rasakan sekarang tidak dapat menghasilkan sesuatu yang saya harapkan.

Saya plan nak berhenti kerja dan hantar surat berhenti dalam masa terdekat ini. Saya plan nak balik kampung dan cuba bekerja kebun atau penternakkan, namun bukan untuk meraih keuntungan, hanya untuk hidup.

Masa selebihnya saya nak gunakan sebagai seorang manusia yang boleh mendapat redha Allah seperti menjaga ibu, mendalami al-Quran, menghirup udara segar dan bersyukur, kemas kawasan kuburan, ke masjid, etc.

Anak-anak saya plan nak homeschooling sehingga 12 tahun. Isteri menyerahkan segalanya kepada saya sebagai seorang suami. Ibu tidak setuju namun saya pernah memintanya mendoakan keputusan saya ini di Mekah semasa menunaikan haji dan dia telah melaksanakannya.

Selepas ibu selesai menunaikan haji, fikiran ingin berhenti masih berlegar di minda saya. Kenalan rapat dan saudara-mara kebanyakkannya tidak bersetuju dengan keputusan ini. Saya juga sentiasa melaksanakan istikharah setiap masa. Namun masih 50:50 sehingga ke hari ini.

Ibu kata bekerja pun boleh beribadah, kerja itu sendiri ibadah asalkan kita niatkannya ibadah. Saya si empunya badan tak dapat nak bidas statement ibu itu namun still masih rasa keputusan saya betul.

Saya sedar saya tidak akan dapat gaji besar lepas ini, tidak akan makan kedai mahal2 selepas ini, tidak akan mendapat kepuasan kerja sepertimana sekarang, namun saya masih juga merasakan ingin melalukan anjakan ini.

Saya ada plan B, katalah pilihan saya salah selepas setahun dua berhenti, saya plan untuk bekerja semula di tempat lain. Saya rasa saya masih ada prospek pada waktu itu insya-Allah.

Patutkah saya berhenti kerja dan balik ke kampung untuk mencari ihsan Allah?

“… Kemudian dia(Jibril) bertanya lagi: Maka sekarang khabarkanlah kepadaku perihal Ihsan. Rasulullah s.a.w. menjawab: Ihsan ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, tetapi jika engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Ia melihat engkau.”

(HR. Muslim)