Aku diuji dengan wang kerana suami kerja on off. Suami juga terlibat dengan benda haram hingga aku gugur anak ke-2

Assalamualaikum semua. Saya harap sangat pihak admin dapat siarkan post ini kerana saya dalam belenggu yang sangat teruk dan perlukan nasihat dan pandangan semua disini.

Semoga ada jalan keluar untuk masalah saya ini. Mohon keizinan untuk membahasakan diri sebagai aku supaya lebih dekat.

Aku telah berkahwin 2 tahun dan mempunyai 1 orang anak. Bekerja sebagai executive di swasta dan gaji lebih tinggi dari suami.

Aku pun buat business secara kecilan. Aku berkawin seorang lelaki yang sangat muda mudi. Beza kami 6 tahun.

Perkenalan bersama suami sewaktu kami berWECHAT sampai kami berkawin. Kami start berkawan sejak tahun 2014. Kami mulai serius untuk berumah tangga pada 2017.

Untuk hilangkan mengidam. Lepas kahwin juga suami mula kerja ON OFF sampai la sekarang.Masa 2018, alhamdulillah aku dapat pindah rumah syarikat aku ada tawaran untuk staff.

Dengan harga untuk staff sangat-sangat berbaloi dengan ekomoni sekarang ini. Masa ni aku sudah mula bayar komitmen, kereta, rumah, barang keperluan rumah.

Masa aku lahirkan anak, bermodalkan duit aku sendiri bayaran Hospital Kerajaan. Selamat ada kedua ibubapa aku dengan mak mertua tolong lengkapkan apa yang perlu.

Kelengkapan serba serbi tidak cukup.. ya Allah.. besar dugaan mu ya Allah.. Aku masih berdiam dan bersabar.. mungkin ini ujian Allah nak uji aku dalam rumah tangga.

Aku rasa suami aku rasa selesa duduk dengan aku, tapi aku masih bersabar lagi dugaan Allah bagi aku.

Sampai aku minta bantuan keluarga aku untuk bayaran taska anak aku. Ya Allah. Kenapa macam ni?

Mula 2019, suami kerja dengan keluarga aku, Alhamdulillah syukur, ayahku bayarkan taska anak aku setiap bulan, tapi hanya bertahan hanya 2 bulan sahaja..

Ya Allah.. apa lagi dugaan ku ini. Suami kerja semua tempat xkekal sebab ada orang mencari dia masih tempat kerja dia.

Part Bayaran Taska Memang bahagian suami, sebab rumah dan kereta aku sudah selesaikan..

kalau aku bayar taska, aku sudah tidak cukup beli susu dan pampess anak dan keperluan rumah makan minum dan minyak kereta ataupun medical anak.

Keesokkanya, polis ada call cakap suami puan dekat lokap sekarang. Ya Allah apa dugaan nya Allah, sedih , takut semua ada. Aku call ayah mertua bagitahu suami aku dilokap.

Semua sudah settle, Keesokkannya aku pergi hantar anak aku ke taska, dan aku pergi appointment KK untuk minum air gula dan check doctor kandungan kedua aku ni.

Lepas minum air gula aku tunggu la 2 jam, untuk tunggu result gula dalam badan, lama sangat tunggu 2 jam,

jumpa doctor sudah sampai, doctor scan kenapa kandungan awak ni macam lain macam je. Aku sudah risau, kenapa doctor??

Kandungan awak jantung nya macam hidup (baby pun tak gerak) ..

Aku masih hantar anak ke taska. Untuk mudahkan aku pergi kerja dengan tenang.Masa ini suami control kereta aku untuk hantar aku pergi kerja dan hantar anak ke Taska.

Suami kadang-kadang ada hantar anak ke Taska, kadang-kadang dia nak jaga anak katanya.

Masa Oktober tiba-tiba, cikgu taska bagi message aku, cikgu bagitahu aku Taska ada tunggakan sebanyak RM1400.00 ya Allah, Aku bagitahu suami aku ada tunggakan,

suami marah aku, suami cakap ini semua salah awak ikut kehendak aku . YA Allah , aku nak awak berkerja dengan tenang hantar anak pergi ke Taska ada orang jaga anak kita.

Tapi aku kena yang tanggung sendiri. (bodohkah Aku?)

Sebab aku nak dapatkan deposit sewa rumah Company untuk bayar duit tunggakan taska Anak..

Baru-baru ni aku dapat tahu suami aku isap S**** . Ya Allah (tergamam aku tersendiri) Suami ambil benda HARAM tu, menjadikan sikap yang sangat pelik cakap pun bukan-bukan.

2 Minggu Nov, aku memang ingin pindah awal untuk elakkan kawan-kawan (gangster) suami aku datang rumah company aku..

aku takut diaorang buat kecoh rumah company aku. Aku takut aku kena buat kerja disebabkan suami aku.

(bodohkah aku? Masih simpan suami aku ni) Masa nak pindah aku sanggup pajak emas gelang kaki untuk sewa lori dengan duit deposit rumah masuk lori.

Aku diajar dari kecil untuk menjadi berdikari dengan kaki sendiri, tanpa pertolongan keluarga dan kawan.

Isteri terlalu berdikari pun suami ambil sempatan terhadap isteri. Kami sudah banyak kali bergadoh dan pasal cerai..

Bantulah aku. Perlukah aku bertahan sebab anak sebab anak rapat dengan ayahnya dan masih kecil.

Aku sudah tawar hati. Aku dah penat nak bersuara. Aku dah hilang diri aku yang dulu yang manja, lemah lembut.

Suami telah mencorakkan aku menjadi seorang yang berbeza dari diri aku yang sebenar.

Aku harap sangat semua dapat memberi pandangan dan nasihat sama ada wajarkah aku bercerai atau bertahan sebab anak2. Aku bukan minta simpati yaa..