Abang yg bergaji mewah hampir 10tahun tapi takde saving. Kini kehidupan abang segalanye berubah selepas berhenti kerja

Assalamualaikum. Nama aku Anis, sudah berkahwin & mempunyai seorang cahaya mata.

Kami sekeluarga bergantung hidup pada suamiku seorang kerana aku hanyalah seorang surirumah sejak melahirkan anak.

Dipendekkan cerita, sudah masuk 6 bulan abang dan kakak iparku menumpang di rumah kami. Ceritanya begini.

Dahulu hampir 10 tahun abang aku bekerja gaji besar di seberang tambak manakala kakak iparku pula hanyalah surirumah sepertiku.

Mereka menyewa di sebuah kondominium dan hidup mereka selesa.

Bayangkan bagaimana dia hidup dengan saki baki gaji yang ada dengan nak bayar sewa dengan nak bayar loan kereta Alza lagi.

Rumah aku dengan abang tak jauh. Lebih kurang 10minit jaraknya cuma rumah aku hanyalah sebuah flat lama yang mempunyai 3 bilik kecil.

Aku selalu datang ziarah bawak makanan sebab tahu mereka sedang struggle untuk hidup. Masatu abang beritahu nak pindah rumah lain yang lebih murah, sambil2 cari kerja baru.

Akhirnya dia dapat kerja di tempat baru dengan gaji yang cukup sikit berbanding gajinya waktu kerja di seberang tambak sana.

Masatu, dia beritahu yang dia kena keluar dr kondominium tersebut atas sebab tak mampu nak bayar sewa.

Jadi apalah salahnya untuk kami bertahan buat sementara waktu. Masatu definisi “sementara waktu” kami hanyalah setakat 3-6 bulan sahaja

kerana bagiku cukuplah untuk abang simpan duit buat deposit rumah sewa baru.

Andai mereka masih tidak cukup wang, ibu dan bapa kami sedia menerima mereka di kampung memandangkan tiada siapa lagi dirumah.

Jadi sekurangnya dapatlah kurangkan bosan ibu dan bapa bila abang dan kakak ipar tinggal bersama.

Namun cadangan dan pertolongan itu ditolak mentah2 oleh kakak iparku dengan alasan “nanti abang naik lemak”.

Andai dihulur, kami terima. Andai tidak, kami biarkan kerana kami mahu dia saving untuk cari rumah lain kerana rasanya dah lebih limit “sementara waktu” tu.

Hal tumpang menumpang ni hanya diketahui oleh family belah aku sahaja.

Family belah suami tidak tahu kerana mereka tidak pernah datang ke sini Memandangkan mereka jauh di utara.

Kami yang selalu balik ke sana bila cuti panjang.

Sekarang tengah musim cuti sekolah. Family suamiku berhajat untuk bercuti ke Jb dan menetap disini sehingga tamat cuti persekolahan memandangkan ibu dan ayah mertua ku bekerja sendiri.

Dalam masa yang sama, aku takut mereka jadi tidak selesa bila sampai disini.

Perlu ke aku halau abang dan kakak ipar time2 macam ni? Seperti kejam nampaknya kerana aku tahu duit abang tidak pernah cukup. Apa perlu aku buat.

Atau aku dan suami yang perlu pulang ke utara? Tapi masalhnya hujung tahun mcmni memang susah nak dapat cuti memandangkan annual leave suami pun sudah kosong. Tolong aku..

– Anis (Bukan nama sebenar)