Ayah angkat aku diuji hampir kawen ke-2. Ayah pula hantam secukupnye. Kini, ayah pula diuji utk kawen ke-2

Firstly sebelum aku cerita pasal ayah aku, aku nak cerita pasal ayah angkat aku dulu. Kita panggil dia Ayah Dhey.

Ayah Dhey dengan ayah aku ni adik beradik angkat lah. Muqaddimah *pendek cite* semua ni, Ayah Dhey aku pernah diuji jugak dengan hal perempuan. Mudah kata, Ayah Dhey pernah hampir kawen ke-2. HAMPIR!

Masatu Ayah Dhey ni semakin ‘loaded’ dalam bisnes dia, sebabtu juga dia diuji sebegitu. So mesti lah perempuan2 yang tertahu akan ke’berjaya’an Ayah Dhey, mula menggeletis.

Long short story, Ayah Dhey tak jadi kawen dengan perempuan tu. TAPI! Ok, ni cerita yang kena dengan tajuk cerita aku kalini.

Masa kekhilafan Ayah Dhey, ayah aku ni antara orang yang lantang menghentam Ayah Dhey. Tu yang orang tua ada cakap,

Pendek cerita, ayah aku nyesal dan putus dengan sepupu mak aku. Mulanya mak aku ni macam kosong gak.

Mestilah kosong, blur gila. Apa salah mak aku sampai ayah aku buat camtu? Tapi dia jenis orang yang alim, solehah,

dia serah semua pada Allah. Ayah aku pun berubah banyak lepas kes hampir kahwin tu. Dulu dia baran, suka menjerit. Sekarang dia bukan macamtu lagi. Alhamdulillah lah.

Apa jadi dengan mak sepupu aku? Renggang. Dah tak bercakap dengan mak aku. Maybe malu, maybe segan? Who know?

Hubungan aku dengan mak sepupu aku pada mulanya tetap seperti biasa,

Di Selangor saja ada 3 orang makcik. Semua kawasan lain2 la. Dan pemergian aku tidak dimaklumkan pada sesiapa kecuali keluarga aku.

And aku bukan typical manusia suka update semua benda, kemana aku pergi.

Mak sepupu and mak aku ni selalu mengaji kat satu masjid ni. Dari sebelum berlaku kes tu sampailah sekarang,

sama2 istiqomah tak tinggal majlis ilmu (iklan : itu adalah ujian buat mereka, jangan disalahkan perangai khilaf mereka dengan konsisten nya mereka menuntut ilmu di masjid). Jadi, jemaah di masjid ni pun baik dengan aku.

So, kalau aku takde, makcik2 ramah bertanya kemana pula kalini aku menghilang? Mak aku, MAK KANDUNG AKU,

Lama2 aku muak! Aku rasa diri aku ni diperhati. Dia macam tau je gerak geri aku terutamanya. Baruni adik aku bertunang, takde sape tahu kot.

Malam kitorang nak pergi rumah tunang adik aku, baru lah kitorang maklumkan kat family belah ayah aku.

Tapi family belah mak aku dah maklum, cuma tak maklum detail hari apa bertunang tu.

Aku memang rahsia habis lah pertunangan adik aku ni, tup2 mak sepupu aku mesej serkap jarang cakap tau adik aku bertunang. SPEECHLESS!

Dari mana lah dia ni tau? Sebab hal ni, aku dengan adik aku bergaduh. Dia tak suka orang tau hal hidup dia,

Mak aku pun tak marah maki hamun bagai, dia pujuk aku jangan benci mak sepupu aku ada lah.

Cuma sekarang aku mendinginkan diri sebab tahap penyibuk gila babun mak sepupu aku tu je.

Kalu korang nak tau, mak sepupu aku pernah la cakap face to face dengan aku, yang aku terima tak dia jadi mak tiri aku?

Aku jawab terima. Tapi! Aku mintak dia jauhkan diri dari aku and adik2 aku, aku nak bawak mak and adik2 aku balik kampung.

Ayah aku boleh hidup bahagia dengan mak sepupu aku. Tapi dah nama bukan jodoh, ayah aku yang insaf, maka semuanya kembali baik dan semakin baik.

Conclusion cerita ni 1 je. Kita jangan cakap besar time orang lain diuji. Allah nak splitkan sesuatu tu sekejap je. Aku makin hari makin belajar macam2 benda.

Tak payah lah nak kecam sangat orang2 yang selalu di’tuduh’ orang ketiga. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Tak adil tau kalau nak salahkan perempuan je.

Kadang tu kan, laki yang mula dulu. Sekeras2 perempuan, akhirnya dia boleh cair kalau laki tu pandai ambik hati.

Tambah2 laki orang biasanya dah tau macamana nak handle orang perempuan ni. Kenapa aku cakap macamni? Sebab kemudiannya aku pula diuji.

Eh jap! Aku tak pernah cakap besar pasal kes family aku and family angkat aku ni.

Harini kau ada di atas, esok kau boleh berada di bawah. Ujian tak kenal rupa korang. Kalau Allah nak uji, Allah akan uji juga. BEHAVE!