Aku anak bongsu tapi bukan anak manja. Apa aku buat tak pernah senangkan hati ibu malah dicanang pula

Aku mulakan dengan pengenalan diri sebagai seorang isteri dan juga seorang ibu kepada anak yang berusia setahun lebih. Aku anak bongsu daripada 4 beradik. Aku agak keliru dengan diri.

Ceritanya tentang aku dan emak aku. Hubungan kami biasa sahaja sewaktu aku bujang sehingga berkahwin.

Walaupun aku anak bongsu, tapi bukan anak manja. Emak memang jujur dia sayangkan abang aku lebih daripada adik beradik kami yang lain.

Yang itu, aku memang takde rasa cemburu pun sebab abang aku memang rapat dengan emak.

Sejak zaman sekolah, pencapaian aku memang tiada satu pun yang emak banggakan. Walaupun aku pernah dapat keputusan baik,

Dia selalu marah, ada saje perkara yang tak kena. Dan lagi sekali, aku down. Aku rasa orang sekeliling takde yang sayangkan aku.

Tamat belajar, selang beberapa tahun aku berkahwin. Dan rezeki aku bunting pelamin. Suami jauh, kami pjj.

Aku tinggal dengan mak aku. Jadi kalau aku teringin nak makan sesuatu, aku usaha sendiri. Mak aku dah tak sihat sejak daripada aku sedang bertunang lagi.

Satu hari aku teringin nak makan buah pulasan. Jadi aku beli. Tambah pula rezeki, kawan bagi buah rambutan.

Tengah seronok makan di dapur, aku terdengar mak aku cakap kat ayah aku “buat apa beli buah buah tu?

Makcik aku menumpang kereta ayah aku. Mak aku terus marah marah, cakap aku tak kenang budi, sekolahkan tinggi tinggi tapi tak membantu. Ok kat sini aku dah sakit hati.

Aku dah jelaskan kereta aku tak boleh guna, ada risiko. Dan kakak aku ada di rumah masa tu.

Tapi diorang tak pinjam kereta kakak aku, sedangkan kakak aku tak pergi mana mana pun. Tapi kenapa cakap aku macam macam sedangkan diorang ada pilihan lain.

Masa tu aku sakit hati sangat sangat. Dengan keadaan suami jauh, masih dalam berpantang 3 minggu.

Takde sape pun back up aku masa tu. Kakak aku cuma nak tahu kenapa mak aku marah sangat. Dan bila dah tahu cerita, dia diam.

Aku beli makanan untuk aku dan anak aku. Aku ada offer kat mak aku. Oklah mak aku makan, dan aku ada beli ayam. Rupanya dia nak ayam tu. Dan dia sentap bila aku habiskan.

Aku pula sebab fikir mak aku tak minat ayam, nak muntah makan ayam, jadi aku offer makanan lain dan dia pun memang makan.

Terjadilah ungkit mengungkit, aku sayang mak mentua aku lebih la, blablabla. Dan kali ni aku meletup.

Aku ungkit semula perkara lepas yang dia buat aku. Aku cakap kat mak aku, aku duduk rumah ni bukan free. Aku bayar dan beli macam macam. Last last, aku.

minta maaf dan cakap satu hari aku akan kelur juga dari rumah ni. Sebabnya, mak aku asyik suruh aku keluar.

Entahlah. Aku keliru dengan perasaan aku. Maaf kalau penceritaan ini berterabur. Hanya sekadar luahan yang aku simpan bertahun.