Tetamu kata aku menyusahkan keluarga. Hakikatnye, anak dara tua ni la tanggung segalanye

Assalamualaikum semua. umur aku 30 an & berkerjaya tapi masih single. Aku tak pernah bercinta sepanjang hidup aku tapi berkawan tu banyak kali

tapi bila fasa nak serius aku mesti rasa tak selesa then aku pun jauh kan la diri. Aku bukan pemalu tapi tak tau la kenapa

aku rasa sangat tak selesa bila masuk conversation hati ke hati (senang kata ayat geli2) haha.

Fizikal aku biasa je, tinggi tapi tak besar & tak kurus melidi. Perwatakan aku agak kasar sebab adik beradik aku semua lelaki

Ibu & ayah aku pun dah tak kisah sangat. Tapi tu kadang-kadang bertanya jugak la, sebab tak lama lagi salah org adik beradik aku nak kahwin. Ye la parent mana tak risau satu2 anak perempuan dia tak kahwin lagi.

Dalam tahun ni, ada seorang hamba Allah ni datang ke parent aku berbual la pasal hal masing2, family, kerja, rumah & semua la.

Sebab aku ada masa diorang berbual sebagai tanda hormat. Tapi bila hamba Allah ni keluarkan satu statement yang mengatakan

‘perempuan kahwin lambat ni akan menyusahkan ahli keluarga, tapi lelaki kahwin lambat tak pe sebab lelaki boleh survive sendiri”.

Aku tengok muka parent aku dah berubah. Then aku terus angkat kaki malas nak layan Hamba Allah ni. Honestly la aku pun terasa ‘yeke aku ni nyusahkan parent aku?’ tapi aku fikir betul2.

Baru2 ni ada article kat surat khabar, berkaitan kahwin lambat ni sebab terlalu banyak dosa.

Masa baca title je aku dah rasa statement ni cam hmmmm. Yang berkahwin ni takde dosa ke? Habis yang bercerai berai tu apa pula?

Ye, aku tau statement tu nak kita muhasabah diri untuk jadi lagi baik. Tapi generalizekan statement tu kepada yang kahwin lambat tu rasa tak perlu.

Umur aku dah 30 an terlalu banyak penceraian kahwin muda aku tengok terjadi dekat kawan2 aku. Kesian anak2 masing2.

Aku tak kata kahwin lambat tak kan berlaku penceraian. Masa aku umur 25 tahun pun dah banyak penceraian kawan2 aku dengar.

Ada juga hamba Allah ni, datang kat aku bercerita pasal kehidupan. Mula la start hal perkahwinan.

Soalan2 dia kat aku. “kau tak takut hidup sorang2 ke nanti dah tua?” “nanti dah tua takde siapa nak jaga kita”.

“Kau tak sunyi ke?” “atau kau memilih sangat ni” “Aku wonder la kat siapa kau share kan problem2 kau?”.

Yang dah berkahwin ni, hujung nyawa kita pun belum tentu kan akan ada teman. Yang berkahwin belum tentu hujung nyawa nanti ada yang akan jaga kita?

Sebab tu Allah swt dekat kan aku dengan kawan2 yang perkahwinan bukan priority mereka.

Ye kita je kena jaga hati orang dah berkahwin. Bila diorg komen hal2 yang berkaitan single,

hati kami yang single2 ni memang diperbuat dari batu. So soalan2 yang makan hati ni kat mampu senyum je.

Allah swt bagi aku bahagia dengan cara aku yang mana aku boleh travel, aktiviti sendiri, boleh bawak parent aku bercuti & bagi duit lebih kat parent.

Setiap orang ada dugaan & cara masing2. Tapi aku tak rasa kahwin lambat ni dugaan sebab ni adalah rahmat yang mana aku boleh jaga parent aku sebelum aku ada komitmen berkeluarga.

Kepada orang yang tengah bahagia dengan perkahwinan masing2 berhenti la tanya soalan2 yang boleh mengguriskan hati kawan2 single. Doakan yang baik2 untuk masing2.

Aku doakan juga kepada perempuan2 single yang baca ni, dipertemukan jodoh yang terbaik untuk korang! Doakan aku jugak okay.