Sedih bila lihat ayah yang dah tua masih galas baby carrier dengan anak-anak kecil. Itula ayahku asyik kawin lagi

Assalamualaikum semua. Aku nak cerita kisah hidup familu aku. Kisah ayah aku kahwin lain tanpa inform mak aku. Bukan sekali dia buat ni. Tapi 3 kali. Marilah kita berhuhuhu…

Kisah Pertama:

Aku umur 7 tahun masa ni dapat tahu yang ayah aku ada isteri lain. At the same time mak aku pun tengah pregnant adik bongsu aku.

Time ni memang takde perasaan pun bila tahu ayah aku kahwin lain.

Mak ayah gaduh-gaduh teruk semua sampai baling pinggan mangkuk kat dapur semua tu aku, abang, dan kakak dah hadap masa kami kecil lagi. Semua sekolah rendah lagi.

Kecil-kecil comel je semua time tu. Dah besar ni haram nak comel. Sakitkan hati ada la.Maka tinggal la kami sekeluarga dengan aku dapat dua adik instant.

Mak aku jaga dia orang macam anak sendiri walaupun perangai masing-masing memang lain terus dengan kami anak-anak mak yang lain.

Mungkin sebab mak yang melahirkan dia orang perangai lain. Hehe.

Tapi seriously perangai dia orang memang sangat nakal dan keras kepala. Mak aku ni kira memang mak tiri yang paling baik dah aku rasa layanan dia kat dia orang.

Pernah ada cadangan daripada kaki adik beradik suruh ayah hantar dia orang balik ke rumah mak dia orang tapi dia orang sendiri pun tak suka tinggal kat sana.

Takde line telefon katanya. Millenials sangat kan.

Kisah Kedua:

Ni kiranya perkahwinan yang ke empat la walaupun isteri dua je.

Yang ni paling mental bagi aku sekeluarga sebab ayah aku kantoi dia ada bini lain lepas mak aku tengok dalam wallet ayah aku jumpa resit pampers baby.

Haru kannnn. Yang paling haru umur bini kedua ni baya aku dah. Anak dia dengan ayah aku sama umur pulak dengan cucu sulung ayah aku.

Dah lama dia orang kahwin tapi mak aku tak tahu. Boleh bayang tak penerimaan mak aku macam mana?

Kalau ikutkan baya ayah aku ni anak-anak dah besar panjang semua tapi ayah aku still ada anak kecil yang dia kena tanggung lagi.

Anak-anak ayah hasil perkahwinan kedua dulu yang tinggal dengan kita orang ni perangai nauzubillah memang macam hantu.

Nasihat, marah, membebel apa semua tu tak jadi. Last-last biar je dia orang hidup dengan dunia dia orang sendiri.

Bila lapar tahu pulak pergi dapur cari makanan or mintak duit dengan kita orang. Tolong kemas rumah even bilik sendiri pun malas. Membongkang je kerja.

Tapi sekarang bila masa dah berlalu aku tengok mak aku macam dah redha dah dengan keadaan dia. Mak aku still layan ayah aku dengan baik.

Mak ayah sekarang pun dah tak gaduh-gaduh lagi. Cuma bila ada hak yang tak tertunai tu mesti mak macam rasa kecil hati dan geram.

Ayah yang dah tua galas baby carrier dengan anak-anak kecil baya 5,7 tahun.

Doakan la ayah aku diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki selalu. Ramai anak ayah aku nak tanggung ni.

Sebagai mangsa yang mengalami keadaan ayah kahwin lain ni aku tahu ramai yang melenting dengan isu-isu yang berlaku sekarang.

Punca jadi macam tu aku tengok sebenarnya sebab IMAN. Kalau iman ko kuat ko boleh tahan godaan hawa nafsu semua tu syaitan tak kan hasut ko buat benda salah.

Satu lagi aku rasa jangan kita seronok sangat membahan mereka yang terlibat dengan isu ni. Boleh jadi akan datang mungkin berlaku kat kita sendiri.

Kalau Allah nak uji tu sekejap je Dia buat. Doakan mereka semoga mendapat hidayah, dibukakan hati dan dipermudahkan semua urusan.