Aku ada degree tapi kerja biasa2 je sebab nak duduk dekat ngan mak abah. Aku kecewa bila mak tak suka apa yg aku buat

β€˜Tak guna hantar belajar jauh jauh balik sini kerja kedai biasa je’ – Mak

Kecewanya hati kita bila orang yang kita sayang ucap macam ni. Nama saya Fazura. Berasal dari Pantai Timur. Berumur 23 tahun dan baru beroleh ijazah pada November lepas.

Sedia maklum peluang pekerjaan untuk kami sebagai fresh graduate sangat limited. Sebenarnya banyak kerja kosong di kawasan yang saya tinggal ni.

Tapi kebanyakan majikan tidak mahu ambil bekerja atas faktor gaji yang diminta serta tiada pengalaman dalam skop yang ditawarkan.

Dijadikan rezeki selepas sahaja saya habis intern (Raya Aidilfitri) saya ditawarkan untuk bekerja.

Malahan saya anak bongsu jadi mereka expect more from me.

Tetapi yang mereka tidak tahu adalah realiti sekarang bukan seperti zaman kakak abang saya dahulu. By the way jarak umur saya dan abang sulung 20 tahun.

Di rumah cuma ada saya mak dan abah. Adik beradik yang lain semua telah berkahwin dan tinggal di luar.

Sebenarnya sejak sejak mereka berkahwin mereka seolah olah melupakan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak.

Baik kakak mahu pon abang. Mereka berkahwin sewaktu umur saya 10 tahun (3 abang) dan 11 tahun (2 kakak)

Fast forward, saya bekerja la dengan ahli keluarga saya sendiri. Saya bersyukur sebenarnya bila dapat bekerja di sini.

Dekat dengan rumah. Gaji berpatutan. Masih boleh bagi dan belanja mak abah. Paling penting hari hari saya nampak mak abah.

Tengok kesihatan mereka. Jaga kebajikan mereka. Saya fikir ini adalah rezeki yang Allah bagi dekat saya sebab saya boleh jaga mak abah saya.

Rupanya tanpa saya sedari, mak saya tidak berkenan saya bekerja begini. Dia merasakan sia sia saya belajar sampai degree tetapi kerja tidak setimpal.

Kecewanya saya bila saya dapat tahu tentang ini. Tidak dinafikan abang kakak saya kerja bagus bagus.

Selama berbelas tahun saya berusaha untuk tidak buat dia sedih dan kecewa dengan segala tindakan saya, tapi hari ni saya pula yang betul betul kecewa.

Saya rasakan saya juga gagal membuat mak abah saya bahagia. Padahal itu lah niat saya yang sebenarnya.

Mungkin mereka malu nak bercerita anak mereka belajar sampai degree tetapi kerja tiada title di depan.

Dan kepada mak abah, saya harap mak abah sedar yang segala perbuatan dan tindakan saya adalah untuk bahagiakan mak abah selagi mana kita sama sama hidup di dunia ini. Tiada niat lain selain daripada itu. πŸ™‚ Saya sayang mak abah.

– Fazura (Bukan nama sebenar)