Aku isteri kedua, berkahwin senyap2. Bila kantoi, bini pertama xboleh terima dan minta cerai. Sejak itu segalanye berubah

Mampukah aku terus bersabar dan teruskan kesetiaanku?

Assalamualaikum pembaca semua. Kisah ini berkisar tentang kehidupanku bersama suami.

Dulunya aku seorang janda berumur 28 tahun, mempunyai 2 anak perempuan berumur 6 dan 7 tahun. Aku seorang guru dan ditukarkan ke sebuah sekolah felda.

Aku sangkakan aku tidak akan berkahwin lagi tapi jodoh di tangan Allah. Tanpa disangka, baru 6 bulan mengajar di sekolah tersebut,

aku dilamar oleh salah seorang ustaz di sekolah tersebut yang telahpun mempunyai isteri dan 2 bulan kemudiannya kami berkahwin.

Isteri pertama suamiku tidak dapat terima hakikat suami berkahwin lain dan meminta cerai.

Walaupun pada awalnya dia berlembut untuk terima aku sebagai madunya, namun disebabkan hasutan adik- beradik dan keluarganya,

akhirnya dia nekad minta dilepaskan. Di sinilah bermulanya kisah kehidupanku yang agak mencabar.

Suamiku selama ini seorang yang bertanggungjawab. Sering membantu menjaga anak dan melakukan kerja-kerja rumah ketika bersama isteri pertama.

Selepas perceraian, kami mula tinggal serumah tetapi sikap suamiku mula berubah. Aku ketika itu sedang mengandungkan anaknya.

kerana setiap kali hari raya dia akan tidur sehinggakan adik-beradik serta ibunya menganggap aku tak bagi dia balik kerana dahulu, dia bukanlah begitu.

Aku terima semuanya dan sejak berkahwin memang aku ikut sahaja caranya. Bila dipandang seolah-olah tiada suami kerana semuanya aku yang uruskan,

dari hal anak, perbelanjaan sekolah anak serta perbelanjaan rumah semua aku uruskan. Mujur aku pandai mengurus kewangan.

Sesabar mana seorang isteri tentu ada lukanya. Aku mula rasa tertekan, mungkin dengan beban yang melebihi kemampuan.

Sikapku mula mudah marah. Aku dan suami jarang bergaduh tapi bila bergaduh, tentunya menjadi pergaduhan besar dan aku akan sebut tentang perceraian.

Dia tidak lagi pergi mengajar dan gajinya telah diberhentikan. 2 tahun kemudiannya suamiku diberhentikan secara rasmi.

Kewangan semakin sempit sehinggalah salah satu daripada kenderaan kami terpaksa dilepaskan.

Kata suamiku, itu semua hal dunia. Kami tidak bergaduh kerana padaku, pergaduhan itu takkan boleh mengubah sikapnya.

Jadi, aku redha dengan semua ini tapi begitula.. aku agak tertekan dan kadang kala terkasar bahasa pada suamiku.

Kini, suamiku telah dianugerahkan Allah sebagai pengubat. Namun dalam mempunyai kebolehan ini,

Tanpa disangka, dalam masa 2 bulan berhubungan semula, rasa sayang suamiku padaku telah hilang.

Tidak akan ada lagi ungkapan sayang untukku kerana katanya semuanya hanya untuk sidia. Dan suamiku sering berkata ingin melepaskanku kerana tidak akan dapat berlaku adil.

Bila disebut tentang pengorbanan, alasannya tidak mahu aku berkorban lagi untuknya maka perpisahanlah yang akan diberikan.

Aku dan suamiku telah pjj kerana dia membantu kawannya. Sejak itu hanya pulang ke rumah 2 kali sebulan tetapi berjumpa aweknya setiap minggu.

Setiap hujung minggu bukan lagi berada bersamaku dan anak. Mesej dan panggilan aku sering diabaikan sehingga berhari-hari.

Walaupun telah banyak perkara menyakitkan hatiku, aku hairan aku tidak terlalu marah, hanya kesedihan terlalu kuat menyelubungiku.