Rezeki yg terpijak, kami tak penah ada saving boleh mampu tukar kereta dan beli rumah sendiri

Assalammualaikum. Semoga baik baik sahaja para pembaca sekalian. Dipermudahkan apa jua urusan dunia dan akhirat.

Saya anak Peneroka yang berhijrah ke bandar ketika usia belum cukup pon 18 tahun masa tu. Ketika rakan rakan sebaya melanjutkan pelajaran..

bekerja bagi remaja macam saya dalam persekitaran yang jauh berbeza dengan kehidupan sebelum ni, di bandar pulak, memang sangat sangatlah mencabar.

Nak cucuk duit gaji pertama kat ATM pon tak tahu. Nasiblah dapat seorang bff yang baik. Banyak tolong saya, rezeki jugakan.

Dengan keadaan diri sendiri yang tak banyak bersosial dengan rakan rakan sebaya. Kemana mana sentiasa dengan emak sampai cikgu pon gelarkan saya anak emak.

Tup tup kerja… kena berhadapan dengan macam macam orang. Duduk rumah sewa pon dengan kakak yang lebih dewasa.

Oleh kerana tempat kerja jauh.. syarikat sediakan bas untuk berulang alik. Jam 6 dah kena bangun bersiap, kena awal sebab bas akan gerak tepat jam 7 pagi.

Mula mula saya sampai tempat saya kena bertugas tu, saya rasa terkejut. Di kelilingi kebun getah asalnya, jalan semua masih tak berturap..

Maklumlahkan kerja di institusi pendidikan tinggi awam, tempat segala khazanah ilmu. Memang banyak sangat yang saya dapat.

Saya tak rasa rezeki ini akan saya dapat jika saya kerja ditempat lain.

Mak selalu cakap, untung awak kerja situ. Tak semua orang dapat peluang. Walaupon cuma kerja biasa biasa, tapi persekitaran tu mempengaruhi sahsiah dan kehidupan sebagai remaja yng menginjak dewasa masa tu.

Bukan semata mata gaji sahaja yang saya dapt, tapi lebih dari itu… alhamdulillah. Hadap sajalah night duty tu. Alah bisa tegal biasakan.

Kat tempat kerja jugaklah saya pernah dapat peluang berniaga, buka gerai nasi ayam dan mee bandung dengan housemate. Masa tu.. memang seronok..

Masa tu saya mula kenal blog, so tau jugalah bab html dan coding semua tu. Sekarang jangan tanya ye, blog pon lama tak update.

Nama pon dah makcik… banyak dah lupa hahaha. Blog pon dah makin canggihkan sekarang, tak pakai dah semua tu.

Rezeki tak dijangka saya pada masa bekerja adalah ilmu yang bermanafaat, pengalaman hidup yang sangat bermakna.

Ya Allah terima kasih. Jika saya tak tunggu 3 bulan sebagaimana disarankan arwah abah, mungkin tiadalah saya seperti hari ini.

Selain dari itu, saya ada juga pengalaman tak naik gred sebab penilaian rendah dari bos. Lama tertunggak.

Yang saya kenal betul betul tu adalah 2-3 orang tapi yang tak pernah jumpa bertahun tahun nilah yang jadi jodoh.

Suami walaupon graduan universiti, kerja biasa biasa saja, kerana zaman tu zaman kegawatan. Susah nak dapat kerja.

Dari kerja di pusat penjualan kereta terkenal, hinggalah manager di salah sebuah syarikat perniagaan 24jam

sebelum beberapa tahun selepas tu diterima bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Masa ni kami menyewa dirumah flat kos rendah RM400 sebulan.

4 bulan kahwin, baru ada tv (letak atas kotak, balut dengan kertas bunga) dan peti ais. Rumah kami cuma ada 1 biji katil,

Tapi kami happy hapyy je. Lama jugaklah kami duduk menyewa. Niat kami selagi tak dapat rumah sendiri memang tak mahu pindah. Dari pakai kereta second, kami mampu beli kereta sendiri masa anak sulung umur setahun lebih.

Rezeki anak, masa ni juga kami dapat peluang beli rumah. Yang ini bukan sahaja rezeki tak dijangka.. malah lebih dari itu… mungkin rezeki terpijak dari langit…

Allahhuakbar. Sampai saat nikan,bila saya teringat bab beli rumah nikan.. sebak, sedih, bersyukur sangat2.

Bertambah tambah keyakinan saya tentang soal rezeki ni. Sebab masa beli rumah tu kami memang tak ada simpanan langsung. Duit gaji cukup bulan habis.

Tapi dah nak jadi rezeki… semua dapat diselesaikan dari proses tengok rumah, proses loan (agak mencabar yang ni) sampailah sain SNP, ambik kunci dan basuh rumah, semua dapat diuruskan walaupon berliku dan ranjau.

Pernah makan nasi lemak RM1, 1 bungkus kongsi dengan anak sulung umur 4 tahun. Usung anak anak time kerja malam.

Alhamdulillah dapat pengasuh yang baik jaga anak anak,dan tak ada anak anak sakit teruk teruk.

Pernah juga duit cuma tinggal rm2, sementara nak dapat gaji. Tapi alhamdulillah… sentiasa ada rezeki dan jalan keluar.

Saya jenis yang susah nak minta duit mak abah, tapi masa tu mak abah macam faham faham je keadaan kami. Banyak derang bantu. Adik beradik pon sama.

Masa bersalinkan yang kedua… adik perempuan saya yang temankan saya, adik lelaki tolong hantar ke hospital, dan azankan dia. Masih saya ingat, pagi 25/Jan/2007,

Masa baby jaundies, mak abah dan abang long serta kak long yang uruskan. Keluarga belah suami pon banyak bantu.

Dua rezeki besar buat kami sekeluarga ialah beli rumah dan suami dapat jadi kakitangan kerajaan setelah 7 kali temuduga jawatan yang sama.

Ingin saya katakan disini. Rezeki ni, sebenarnya Allah dah tulis bahagian kita. Kadang kadang tu kita tak cari dan tak pernah mimpi pon akan dapatkan benda tu, tup tup Allah lorongkan jalan.

Ada je bantuan. Ada je peluang dan kita rebut peluang tu. Kadang.. ada je peluang tu, tapi kita dah jadi tak nampak atau silap percaturan..terlepas mcm tu jekan.

Paling utama solat 5 waktu, puasa, bayar zakat. Sedekah utamakan orang orang yang yang patut terima sedekah. Jaga amanah dalam bekerja,

Nak didik anak anak pon tak mudah sebenarnya, rezeki yang tak ternilai darinya, rezeki yang hadir dengan amanah dan tanggungjawab yang sangat besar.

Impian ibu bapakan nak anak2 berkualiti seimbang dunia akhiratnya. Anak dahlah 2 ketul saja. Doa sangat hari hari moga derang jadi anak yang soleh..muslim yang hebat. Aminnn.

Terima kasih Allah, kau kurniakan aku ibu bapa yang gigih, berdisiplin dan sabar mendidik kami adik beradik. Mereka tunjukkan contoh tauladan baik2 untuk kami anak2nya.

Tak dapat saya nafikan.. apa yang saya ada hari ini adalah berkat didikan dan doa mak serta abah 100%. Keberkatan rezeki yang mereka cari untuk disuap ke dalam mulut kami,

antara pesan mak abah yang selalu saya pegang amanah, jujur, jangan ambil hak orang, hormat para guru. Berbakti pada semua selagi mampu.

Alhamdulillah.. usah dihitung rezeki dilangit… sedangkan yang ditangan masih belum habis dimakan.. macam tulahkan.