Aku Farhan. Aku nak bersara sebelum umur 35tahun. Setahun bekerja simpanan aku ada 12k.

Hai, nama aku Farhan. Bukan dai’e jauh sekali ustaz. Catatan ini ditujukan khas untuk student yang baru graduate, mengenai financial literacy (celik kewangan).

Aku dah setahun berkerja, simpanan aku dalam Bank ialah RM12k. Sebelum korang semua tuduh aku sembang, jom aku intro sikit.

Aku graduan universiti awam, berkerja bukan dalam bidang, umur 24 tahun, tiada simpanan melainkan hutang ptptn.

Goal aku ada lah untuk bersara sebelum umur 35 tahun, Alhamdulillah waktu study aku dapat score tinggi sikit dari expectation,

jadinya ptptn aku perlu bayar RM100 sebulan daripada kiraan aku kalau tak score, lebih kurang 250 sebulan.

Mana aku daapt duit ni untuk cover RM-250? Okay mula2 kerja memang struggle, aku tak dapat menyimpan pun,

bila aku menyimpan, aku selalu keluar kan balik duit dari Bank.

Sampai satu hari tu aku decide untuk buat simpanan paksaan (asbf) dimana aku nak atau tak, aku kena adakan rm1k untuk bayar loan asbf aku.

Dari situ aku belajar untuk buat overtime dan pendapatan aku bertambah, aku pastikan aku cukupkan jam OT untuk dapat sekurang2nya RM3k sebulan.

Bila ada RM3k sebulan apa aku buat? Aku start menyimpan balik dgn duit lebih tu supaya aku dapat cover bulan yang aku tak dpt simpan rm1k tu.

Daripada bisnes ni aku dapat RM 130 bersih setiap bulan. Jadinya kedua2 bisnes pasif ni aku dapat lebih kurang RM300.

Ini adalah apa yang aku buat sepanjang setahun ni untuk aku capai income RM 3000+ paling kurang setiap bulan. Aku cipta goal ni untuk aku bersara sebelum umur 35 tahun.

Apa yang aku boleh buat dgn RM12k Di tangan? aku cadang untuk jadikan downpayment sebiji rumah berharga tidak lebih 120k (kos sederhana) untuk aku sewakan untuk dpt pendapatan pasif,

dan aku akan ulang strategi sama supaya aku dapat pendapatan bulanan selesa. Strategi ni aku tak boleh cerita lagi,

masih cuba untuk hadamkan daripada mentor dalam bidang hartanah.

itulah yang mereka akan simpan. Cara yang lebih berkesan adalah simpan dahulu baru guna.

Mungkin ada yang tak berminat untuk habis kan pembacaan. Mungkin sebab pendapatan anda lebih sedikit daripada komitmen sedia ada, atau cukup2 dgn komitmen.

Maafkan jika saya berbunyi seperti menteri, tapi buat lah kerja sampingan, supaya anda dapat konsisten menyimpan sesuatu jumlah setiap bulan. Mulakan dengan RM 100,

asalkan anda konsisten, itu sangat memadai untuk permulaan. Penat tu memang penat, susah pun susah, Ive been there,

I’ve done that. Akhir tahun macam ni, tengok baki dalam bank kita tahu, all our effort pays off.

mungkin anda rasa duit bukan segala2 nya, ataupun YOLO aku muda sekali je, jadi aku kena enjoy.

Sebab muda sekali lah kita dah kena start. Sebab kita taktau smpai bila kita sihat lah, kita dah kena start,

dan sebab kita tak tahu smpai bila kita di zone selamat macam sekarang, kita perlu ada simpanan, kalau belum ada goal lagi nak buat simpanan untuk apa,

anggaplah ia reward daripada diri kita masa sekarang pada diri kita di masa hadapan.

Bersama kita membudayakan pakai raincoat sebelum menunggang motor dihari mendung.