Aku sudah berkahwin 7 bulan. Ibu selalu cek fon dan dompet kami suami isteri senyap2. Bila nak keluar ibu pulak nak ikot

Assalamualaikum semua, okay sebelum aku mula aku ingin memohon maaf jika ada tersalah bahasa atau ada ayat yang membuat reader tak senang untuk membacanya.

Nama aku zara (bukan nama sebenar), aku adalah anak bongsu dari 2 orang adik beradik, abang aku pula bekerja sebagai tentera.

Dan aku sudah berkahwin. Okay straight to the point. Aku hanya ingin minta pendapat dan pandangan dari sisi lain.

Aku sudah berkahwin sejak 7 bulan yang lepas, alhamdulillah perkahwinan aku dan suami sangat-sangat bahagia dan jarang ada konflik antara kami suami isteri.

Sebelum kami berumah tangga, ibu aku memang sangat mengawasi aku ketika aku bercinta dengan suami. Kemana jua aku pergi dengan suami pasti ibu akan temankan kami sekali.

Kami bercinta dalam keadaan yang sangat tak bebas. Tapi tak mengapa, aku cuma berharap ibu buat begitu ketika aku dan suami sedang bercinta sahaja.

Dan semoga nanti jika kami sudah berkahwin, ibu memberikan kebebasan untuk aku bersama dengan suami.

Alhamdulillah pada 17/5/2019 aku dan suami diijab kabulkan, dan sah menjadi suami isteri.

Okay, aku terpaksa tinggal serumah dengan ibu dan ayah sebab kami sudah berjanji dengan ayah atas permintaan ayah yang ingin kami tinggal bersamanya untuk menjaga mereka ketika mereka sudah uzur nanti.

Yelah, abang aku tentera jarang balik ke rumah atas tugasan. Jadi tinggallah aku satu-satunya anak yang boleh jaga kedua ibu bapa dirumah.

Jika kami ada gaduh-gaduh manja dia whatsapp, ibu pasti ingin tahu kenapa.

Mesti ramai yang cakap, “janganlah bagi handphone tu dekat ibu”. Okay kalau tak bagi sekali pun ibu akan senyap-senyap masuk bilik dan spotcheck.

Biasanya dia akan buat kerja menyelinap masuk bilik pengantin ni bila suami aku kerja, dan aku pula tengah mandi. Ikut dialah, kalau dia rasa time tu line clear dia on.

Kadang-kadang pernah je time pukul 3-4 pagi ibu masuk bilik kami, dia spotchecknya handphone kita orang senyap-senyap.

Dompet aku dan suami pun ibu spotcheck. Kita orang pun satu hal juga time tu, lupa nak kunci pintu.

cukup-cukuplah ambil tahu hal rumah tangga kita. Abang rimas lah”. Aku jadi buntu taktau nak buat apa.

Jika ditegur perangai ibu itu, pasti dia marah dan tak mengendahkan langsung kata-kata kami. Ibu juga sering ingin menang dengan kata-kata.

Seperti mencurah air ke daun keladi pun ada, sia-sia. Sikapnya masih sama seperti tiada perasaan malu sering ambil tahu tentang hal rumah tangga anaknya sendiri

dan ibu juga macam takde perasaan malu dengan suami aku. Dari zaman bercinta sampai lah dah berkahwin aku dan suami tiada privacy langsung.

Pernah aku bertikam lidah dengan ibu, waktu itu suami aku outstation. Pada waktu malam aku dan suami akan video call bersama untuk melepaskan rindu

“Nah lah amik ni! Orang tak habis cakap lagi dia pun sibuk jugak nak bercakap!” ibu terus berlalu pergi ke ruang tamu.

Aku terpinga-pinga seorang diri di dapur. Aku yang menyibuk ke atau dia yang menyibuk. Suami aku masih lagi didalam talian video call, dan suami aku dengar pergaduhan kecil tadi.

Sejak dari haritu, suami tekad untuk tak bagi lagi ibu spotcheck handphone. Suami amat bertegas.

Tiada lagi bagi muka terhadap ibu, kalau tak berbuat demikian sampai bila ibu mahu berubah?

Kami pun sudah tukar password handphone masing-masing, aku dan suami cuba slowtalk dengan ibu secara baik tentang had dia sebagai seorang ibu.

Dah banyak kali dah sebenarnya kami bergaduh pasal hal-hal privacy tapi entahlah, orang tua kan. Bila cakap dia nak menang saja.

Tapi biasanya lepas beberapa hari, kami akan berbaik semula, macam tu jelah kami sekeluarga, gaduh baik gaduh baik entah sampai bila mahu begitu.

Baru-baru ni, aku gaduh besar dengan ibu. Biasanya aku akan sambut suami aku dari outstation,

dan selalunya mak mesti nak ikut sekali tapi sehari sebelum hari aku nak ambil suami di terminal,

suami berpesan pada aku supaya biar aku sahaja sorang yang ambil dia. Tak usah ibu ikut sekali, ibu duduk sahaja dirumah.

Aku jadi semakin geram, aku terus cakap dekat ibu, “ibu nak zara dengan abang ammar bercerai ke?” ibu terkejut aku boleh berani keluarkan ayat sebegitu.

Ibu membalas ,”ibu takde cakap pun macam tu, awak ni mulut awak ni yang jahat zara” ibu terus berlalu pergi sambil menangis.

Satu lagi masalah datang haih, aku tahu aku derhaka cakap macam tu. Tapi aku dah sampai tahap limit kesabaran aku, dalam kepala aku cuma fikir satu je, cerai.

Aku takut disebabkan banyak campur tangan ibu dalam hal rumah tangga aku nanti end up aku dan suami pisah.

Aku taknak macam tu, minta jauh lah perkara-perkara macam tu. Aku sayang suami aku, aku sayang keluarga aku,

Aku cuma nak bahagia macam orang lain je, aku taknak hidup macam ni. Hidup dalam keadaan tak ada privacy.

Aku rasa aku lagi banyak gaduh dengan ibu berbanding suami. Aku expect dulu mesti banyak gaduh-gaduh manja dengan suami tapi sebaliknya pulak.

Mak sekarang memang dah berubah, bukan mak yang aku kenal sebelum aku bercinta dengan suami dulu.

Hm aku sayangkan rumah tangga aku, aku taknak rumah tangga aku roboh disebabkan orang ketiga.

Dan orang ketiga tu ibu aku sendiri. Bayangkan lah sepanjang perkahwinan, kena dengar cakap ibu je. Habistu, apa function suami aku jadi ketua keluarga. Korang fikir lah sendiri.

Itu sahajalah kisah dari aku. Aku minta maaf sekali lagi, jika ada yang mungkin bagi impak negatif ke apa.

Aku cuma ceritakan kisah aku sahaja. Aku masih sayangkan keluarga aku. Doakan aku ye korang. Dan aku pun doakan korang semua sentiasa bahagia disamping keluarga tercinta.