Along nk kawin, hantaran diminta 2xk berbanding aku pihak lelaki pula nk bgi hantaran 2xk tanpa diminta. Tapi ayah menolak

Aku Ika, dalam kisah yang aku nak share hanya sekadar ingin berkongsi cerita sahaja bukan nak kan pujian atau kecaman.

Keluarga aku ni bukan lah jenis yang kuat mengongkong. Bukan juga jenis kuat agama. Sederhana sahaja. Bila kami dah besar panjang. Cukup umur dah boleh mendirikan rumahtangga masing-masing.

Dalam keluarga aku, makayah aku bukan taknak bagi kami kahwin usia muda tanpa persediaan. Makayah aku akan bagi kami peluang untuk sambung belajar apa yang kami minat.

Along minat teknologi maklumat. Si angah pula minat kemahiran. Aku minat perbankan. Adik minat kejuruteraan. Kami belajar sampai lah tahap kami puas.

Sampai satu tahap, bila kami dah habis belajar terus dapatkan kerja dan kukuhkan kerjaya masing-masing. Kami balas balik jasa makayah.

So, ikut adat ni biasa kuat. Masa mula-mula runding, belah pihak perempuan minta 2xk terkejut abang aku. Ayah minta runding pasal hantaran.

Nak tak nak abang aku runding dengan tunang dia berpakat untuk kumpul dalam masa setahun. Sampai sekarang asyik minta tangguh tarikh sebab kan duit punya pasal.

Tiga bulan lepastu, ada seorang lelaki masuk minang. Kenalan kerja aku. Dia tua lima tahun dari aku kira dia lelaki stabil dan berkerjaya tinggi.

Dia minta izin untuk datang kampung aku sekali bercuti. Dia datang dengan keluarga kecil dia.

Mak ayah adik dan pak sedara dia. Masa tu, aku rasa gelisah sebab pertama kali kenalkan lelaki dalam keluarga. Mak ayah sambut dengan baik.

Masa abang kedua aku nak kahwin, debaran terasa lagi. Kali ni dengan suku kaum yang agak famous kat sebelah pantai Timur Sabah.

Masa tu, kekasih abang aku baru dapat kerja. Ayah tanya hantaran minta berapa? Dengan tidak disangka,

ayah si perempuan hanya minta senaskah al-Quran dan mas kawin sahaja. Kenduri sebelah perempuan ditanggung oleh si ayah perempuan.

Kami terkejut dan bersyukur. Ayah terus minta dipercepatkan. Tak sampai tiga bulan, ayah si perempuan suruh kahwin. Tunang pagi malam akad nikah terus.

Esoknya kenduri makan. Bukan main kepalang happy angah masa tu. Yelah kakak ipar aku tu lulusan master. Urusan dipermudahkan. Alhamdulilah.

Seminggu dua lepas itu, abang aku putuskan untuk tidak teruskan pertunangan ini atas alasan tiada persefahaman dan tolak ansur.

Selepas kejadian itu, abang aku memang menjauhkan diri. Dia halalkan apa yang sudah diberi pada keluarga bekas tunang dia termasuk lah hadiah.

Along terus ambik pakej umrah sendiri untuk tenangkan diri. Kiranya dia reward diri atas usaha dia mengumpul wang hantaran selama ni.

Enam bulan lepas itu, ada kawan mak berkenan dengan along dan nak satukan anak kedua perempuan dia. Anaknya baru sahaja menunaikan umrah bersama abangnya.

Dijadikan cerita, dia pernah bermimpi tentang along walaupun dia tak kenal selepas sahaja balik dari umrah.

Enam bulan selepas tu, lagi berapa bulan nak nikah adik aku dipanggil ilahi. Dia terlibat dalam kemalangan sewaktu balik dari kerja.

Arwah memang dah siapkan 70% persiapan dia. Seminggu sebelum kejadian, dia ada pesan dekat tunang untuk jaga diri dan solat. Perangai dia memang pelik.

Dia banyak luangkan masa dengan kami. Dengan anak aku dia belikan mainan siap bawa jalan. Makayah aku dia belikan benda yang diorang suka.

Tak sangka takdir Allah adik dijemput dahulu. Jodoh adik disyurgaNya. Insha Allah. Al-fatihah untuk adik.