Mertua sakit dan adik ipar OKU. Segalanye berubah bila adik beradik lain tak ingin membantu. Saving yg mencecah 100k kini habis

Assalamualaikum, Sebenarnya tak tahulah nak mulakan dari mana. Nak cerita pun serba salah. Moga Allah ampunkan dosa-dosa aku..

Nama aku S. Umur hampir 40. Sudah hampir 8 tahun mak mertua (kurang sihat kerana faktor usia) dan adik ipar aku (OKU) tinggal dengan aku. Aku ada anak yang berumur 12, 9 dan 5 tahun.

Ceritanya bermula 8 tahun lepas.masa tu aku bekerja sebagai pegawai kerajaan dan suami aku berkerja di Syarikat Carigali terkenal. Kehidupan kami bahagia dengan gaji kami suami isteri hampir 15K.

Masa tu gaji suami aku lebih kurang 11 ribu. Suami aku adik beradik semua lelaki. Dia no 3 dan no 4 adalah adik dia yang OKU.

Kisahnya bermula apabila mak mertua aku jatuh sakit jantung dan perlu melakukan pembedahan by pass.

Dipendekkan lagi cerita, akibat dari terpaksa handle dua orang yang sakit dan memerlukan penjagaan rapi.

Akhirnya suami aku hilang focus kerja dan selalu ambik EL. Akhirnya dia diberhentikan kerja.

Bila dia diberhentikan, azab dan stress aku pun bermula.

Duit simpanan kami yang hampir RM100 ribu hampir habis sebab suami tiada kerja tetap dah hampir 3 tahun.

Semakin menyusut untuk belanja ubat-ubatan dan peralatan kesihatan. Dengan belanja keluarga sendiri dan anak-anak seramai 3 orang yang semakin membesar.

Dan abang-abang ipar aku hanya datang suka-suka untuk jenguk mak dan adik diaorang. Tak pernah hulur ape-ape.

Aku pernah bagi cadangan untuk hantar mak mertua dan adik ipar aku ke rumah abang-abang suami aku.

Namun suami aku bagi alasan, isteri masing-masing tak bagi padahal ada isteri mereka yang tidak berkerja.

Lama-kelamaan aku jadi stress dan negatif person. Aku cemburu tengok rumah diaorang sentiasa bersih dan wangi,

dapat bercuti dengan selesa. Dapat menjalankan aktiviti macam biasa tanpa perlu memikirkan orang lain..

Aku yang kena handle sorang-sorang.Aku mula suka marah-marah anak aku sebab aku penat dan suami aku selalu takde rumah sebab grab.

Tu belum lagi aku bab abang ipar aku minta tolong aku beli kereta pakai nama aku sebab aku pekerja kerajaan.

Aku dengan berat hati tolong sebab tak nak tengok suami aku bermasam muka dengan adik beradik dia.

Dan akibatnya, pernah ada saman atas nama aku. Suami aku yang bayarkan sebab tak nak tengok aku stress.

Kalau abang ipar aku lambat bayar installment, makanya suami aku yang bayarkan dulu sebab tak nak aku bising bila dapat notifcation dari bank.

Ingatlah satu hari nanti kita semua akan tua, dan semuanya akan berbalik kepada kita.

Buat semua pembaca, satu jek aku nak minta. Minta doakan aku jadi orang yang ikhlas, makin lama, ikhlas tu makin jauh..

Moga Allah bersihkan hati aku, terima amal ibadat aku. Moga anak-anak aku akan jaga aku macam mana aku jaga mak mertua dan adik ipar aku.

Mohon juga Allah luaskan rezeki kami sekeluarga. Jangan suruh aku bersabar sebab aku dah lama sangat bersabar dan sabar itu pun semakin hilang.