Semakin lama perkahwinan, gelora cinta pun semakin merudum. Suburkan perkahwinan sebelum terlambat

Assalamualaikum pembaca budiman. Kebelakangan ni, saya kerap melihat dan mendengar keluh-kesah orang-orang di sekeliling saya

yang seolah-olah tidak happy dengan perkahwinan mereka yang dahulunya dibina atas dasar cinta.

Semakin bertambah usia perkahwinan, gelora cinta pun semakin merudum. Ditambah pula dengan beberapa posting mengenai perangai suami yang tak konsisten ketika sebelum kahwin,

5 tahun pertama dan seterusnya. Perkahwinan seolah menjadi makin lama makin bosan.

Selama ni saya cuma jadi silent reader je. Tapi harini rasa terpanggil nak share rutin kami suami isteri yang mungkin boleh diamalkan juga oleh pasangan lain.

Saya katakan pada dia, saya tak larat nak uruskan dua anak serentak. Nak uruskan rumah lagi, kerjaya lagi.

Jadi, saya mohon kerjasama dia untuk dia uruskan anak sulung dari segala segi bila saya dah bersalinkan anak kedua nanti.

Saya keraskan hati untuk biarkan dia handle anak sulung kami.

Mandikan, buatkan susu, bawa ke tandas bila berada di luar, tukarkan pampers, dll. Dan Alhamdulillah suami bagi kerjasama.

Sampai ke hari ini, kalau kami berada di luar dan anak nak ke tandas, suami yang akan ambil alih tugas bawa ke tandas.

Tapi kalau dia dah siap berwuduk dan saya baru terhegeh-hegeh nak ambil wuduk, dia takkan layan. Besar rahmatnya dalam berumahtangga kalau suami isteri rajin solat berjemaah.

3. Mulakan dulu.

Lebih kurang sama dengan pendekatan solat jemaah. Tips ni saya dapat dari seorang kawan. Katanya, kalau kita suka bunga, bagitau pada suami.

Kadang-kadang suami ni tak tau apa yang kita suka melainkan kita bagitau direct. Itu satu contoh.

Contoh lain, saya suka kejutan. Tapi suami saya jenis yang straight forward.

Jadi, bila dia selalu diberi kejutan pada hari istimewa, lama-kelamaan, dia pun dah mula pandai buat kejutan pada saya.

Tapi sebelum pergi kerja, nak tak nak, kena salam jugak. Rutin saya, salam, peluk dan cium.

Cubalah. Pasti rasa marah akan reda. Bukan setakat nak ke tempat kerja, kalau suami nak keluar berfutsal atau sebagainya, pun saya akan salam dan buat rutin yang sama.

5. Peneman di meja makan.

Kalaupun saya dah kenyang, saya tetap akan teman suami di meja makan. Saya takkan biarkan dia makan sorang.

Walaupun sekadar duduk saja, tapi temanlah. Tengah bermasam muka pun saya tetap akan duduk teman di meja.

Suami pun jadi terikut-ikut. Kalau dia dah kenyang, dia pun akan buat benda yang sama. Teman saya di meja makan.

Masing-masing nak menang. Jadi saya ambil pendekatan untuk tidak lagi bergaduh mulut kalau ada perselisihan.

Kami akan ‘confront’ di Whatsapp. Luahkan segalanya. Emosi lebih stabil. Boleh tapis dulu mana ayat yang baik dan buruk sebelum hantar.

Yang tak elok, kita padam. Lebih relaks. Anak pun tak nampak kita bergaduh.

8. Jangan tag atau perli pasangan di media sosial.Yang ini paling kerap terjadi. Bukan pada saya dan suami,

tapi orang di sekeliling kami. Bila ada posting pasal “Suami Perlu Faham Isteri..” , “Jaga emosi isteri..” “Suami kena tau tanggungjawab..” bla..bla..

Jawapannya, tak perlu. Rumahtangga kita, kita yang kena bijak handle segala situasi. Kita yang perlu bijak tackle suami.

Melainkan suami tu memang suami tak guna sejak azali. Bagi dengar ceramah agama 40 bakul pun, hati dia keras macam tu jugak.

Hati dah hitam barangkali. Yang macam ni memang tak layak jadi suami.

9. Kurangkan membebel.

Ya. Membebel dengan perempuan, memang tak boleh dipisahkan. Tapi percayalah. Lelaki tak suka.

Maka, elakkan. Elok-elok dia balik rumah nak bertenang, nak relaks-relaks lepas balik kerja,

11. Gurau senda.

Vitamin yang paling penting sekali dalam perhubungan. Lebih baik bergurau dengan pasangan sendiri berbanding dengan orang luar. Pasangan kena kreatif. Terlampau serius pun bosan jugak.

12. Ubah diri.

Selain daripada rutin kat atas, tengok balik diri kita. Jangan pernah rasa diri dah perfect. Jangan pernah rasa diri kita je betul.

Baik di pihak suami, mahupun pihak isteri. Ubahlah dekat mana-mana sikap kita yang dirasakan perlu sebelum terlambat.

Sebelum terbit rasa bosan. Kita nak orang lain berubah, kita yang kena berubah dulu.

Semoga perubahan positif yang kita lakukan, memberikan kebaikan dalam hubungan suami isteri.