Bila semakin tua perangai akan kembali seperti Kanak2. Sebagai anak perlu sama2 ambil peranan demi membalas jasa mereka

Aku Dini. Umur 30 an. Pada usia ini aku dan kebanyakan rakan-rakan sekerja aku dah mula diberikan Allah satu bentuk ujian yang Allah beri kepada anak-anak bila ibu bapa lanjut usia.

Ya, ujian itu ialah ujian menjaga orang tua yang uzur. Kalau baca kat atas tadi, aku dah cakap rakan-rakan sekerja aku pun ramai dalam situasi yang sama.

Aku menulis untuk berkongsi sebagai panduan atau persiapan kepada pembaca yang bakal diberikan ujian ini hasil daripada luahan dan sharing session aku bersama rakan sekerja.

Pertama sekali korang kena ingat. Ujian ini ialah NORMAL bila korang masih ada ibu bapa tetapi ia akan jadi tak normal bila kita tak boleh mendepani ujian atau cabaran ni. Okey, ini antara cabarannya.

DEGIL

Isyh, tak baik kan cakap orang tua kita degil. No bukan aku nak kutuk ibu bapa kita tapi memang term yang sesuai ialah degil

KURANG KERJASAMA

Bila menguruskan ibu bapa ni antara masalah yang boleh buat kita makan hati ialah kurang kerjasama siblings lain.

Macam apa yang kebanyakan rakan sekerja aku hadapi ialah, kami lah yang kena menjaga yang lain buat tak tahu atau ambil mudah.

Macam aku, ramai siblings lelaki. Bila part menjaga ni memang aku dan kakak aku la pilihan yang ada. Kadangkala aku nak juga time off.

Bukan aku tak ikhlas tapi aku pun juggle antara life work aku dan anak kecil aku tapi takde yang nak lend a hand. Tak pernah nak belajar cara dressing luka..

Bila balik tu sekadar jenguk muka tapi tak cuba nak ambil peluang ni menjaga juga. Okey, aku cakap banyak karang kata aku tak ikhlas tapi ya, ni lah cabaran menjaga ibu bapa yang sakit… Kurang kerjasama.

PASANGAN

MASA

Bila menjaga parents uzur ni memang kau perlu bagi masa kau pada mereka. Banyak appointment monthly, weekly even ada yang daily treatment kalau yang jenis ada diabetic wound ke,

luka pembedahan. Memang tiring bila portion masa kau tu kau kena spend pulak untuk mereka instead of what you already dealing (kerja, anak, suami).

Aku cakap jujur, kau akan rasa hilang diri kau dalam proses/fasa ni sebab kau memang live your life for other people

(tapi parents kita bukan other people ye it just perumpamaannya hidup ko untuk orang lain sampai kau takde nasa untuk diri kau… gitu lah)

DUIT

Duit ni pun satu isu. Macam aku duit ni takde isu sangat sebab aku ada kerjaya. Suami aku pun takde masalah tapi ada yang duit ni masalah sebab bukan semua kan kerja okey.

Itulah orang yang sama lahirkan dan besarkan kita. Kenapa seorang dua sahaja/lepaskan tugas itu pada adik beradik perempuan sahaja.

Kalau korang ni rakan sekerja ke, bos ke, berilah sedikit kelonggaran atau ada sedikit empati supaya boleh kurangkan stress mereka yang perlu menjaga ibu bapa yang sakit ni.

Kepada pasangan, letakkan kita sebagai orang tua yang akan sakit nanti dan ikhlaskanlah pasangan kita ni nak berbakti. Pinjamkan telinga kita sentiasa.

Kepada diri sendiri/yang menghadapi semoga kita sentiasa dikurniakan kesabaran menjaga ibu bapa kita.Mereka lelah menjaga kita sewaktu kecil,

now its our time. Kuatkan semangat, kuncikan lisan daripada berbicara ikut emosi dan semoga Allah membantu urusan kita ini.