Bunga bukan warganegara. Harta bunga selalu dikianati mertua dan ipar. Suami bunga pula sakit

Assalammualaikum, terlebih dahulu saya nak minta maaf andai luahan ini terlalu panjang dan menyinggung perasaan orang lain.

Saya hanya menceritakan luahan kenalan rapat cik Bunga tentang mertua dan ipar melampau.Terlebih dahulu saya kenalkan cik Bunga bukan warganegara malaysia,

berkahwin dengan lelaki tempatan dan sudah mempunyai anak. Fasih berbahasa melayu tapi tidak mahir menulis atau menaip bahasa melayu.

Macam mana dah kahwin dengan warga tempatan tapi masih bukan warganegara malaysia? Sebenarnya sudah hampir 20 tahun cik bunga menetap di malaysia,

suami cik bunga menghidap satu penyakit (kemungkinan mental) yang menyebabkan dia tak boleh keluar rumah.

Mak njang persoalkan kenapa nak tukar nama sedangkan kereta itu cik bunga yang bayar setiap bulan. Adik ipar tetap tak puas hati cuba pujuk lagi tapi mak njang tetap tak mahu.

Sedangkan adik ipar cik bunga sudah ada 3 buah kereta, dan kereta cik bunga itulah satu satunya harta cik bunga yang ada. Kereta itu yang cik bunga gunakan untuk kegunaan harian.

Terasa dengan sikap mertua, cik bunga melarikan diri selama sebulan tinggalkan anak – anak kepada mertua.

Masa tu ingatkan mertua akan sedar dengan salah dia rupanya tak, mertua mencanang rata beritahu cik bunga larikan diri sebab suami cik bunga tangkap cik bunga mesej dengan lelaki lain.

Sedangkan semua itu fitnah semata – mata. Sebulan selepas itu cik bunga kembali sebab rindu akan anak anaknya.

Sepatutnya barang kemas itu patut diberi pada kak ipar cik bunga di melaka. Cik bunga pulangkan kembali barang kemas dan keesokan hari cik bunga nampak adik ipar memakai barang kemas tersebut.

Ye laa nak buat macam mana, cik bunga ni pendatang saja. Lagi satu, Cik bunga ada buat simpanan untuk anak anak dan dirinya,

siapa lagi nak minta tolong kenalaa beringat untuk masa akan datang. Boleh pula mertua kata simpanan tu jangan guna, simpan untuk modal bisnes mertua nanti.

Terkedu cik bunga, tak cukup dengan itu satu hari diherdik cik bunga sebab tukar tayar kereta semasa bisnes mertua jatuh dan mertua nak pinjam untuk modal berniaga.

Bila cik bunga tak bagi pinjam dimarah cik bunga, termasuk adik ipar sekali marah sedangkan adik ipar yang banyak songlap duit niaga mertua.

Jadi duit kut mertua dapat terlebih dahulu beribu juga duit kut, adik ipar berbelanja habis duit kut sedangkan mertua main untuk modal niaga dan simpanan untuk kembangkan bisnes.

Jadi bila niaga tak boleh pusing modal, mertua beritahu awal-awal duit kut cik bunga mertua nak pinjam untuk repair van dan buat modal.

Cik bunga diam tak menjawab. Adik ipar selamba kata dengan mertua jangan berkira dan kata cik bunga kena sedar diri tu pendatang je.

Satu hari kereta cik bunga rosak minta tolong adik ipar susah. jadi cik bunga ada minta tolong bekas pekerja cik bunga untuk repair kereta cik bunga.

Jadi sebagai ganjaran cik bunga nak belanja bekas pekerja makan malam di restoran dan masa ajakan tu adik ipar pun ada sekali.

Cik bunga pun tak nak baiki kereta tu sebab adik ipar akan gunakan sampai rosak. Rumah cik bunga duduk sekarang ni pun adik ipar akan ambil balik satu hari nanti bila suami cik bunga dah tak ada nanti.

Cik bunga bertahan sebab cik bunga dah janji akan jaga suaminya sampai akhir hayatnya, selepas suaminya meninggal cik bunga sendiri akan bawa semua anaknya dan pergi jauh dari mertua.

Itulah saat cik bunga tunggu untuk jauhkan diri dari mertua dan ipar melampau.kalau boleh nak minta pendapat warganet, macam mana cara cik bunga memohon warganegara malaysia?

Staff minta suami sendiri turun pejabat buat pengesahan, kalau suami tak boleh datang kena ada bukti surat hospital.

Masalahnya Suami cik bunga memang tak mahu dan tak nak keluar dari rumah, pergi ke hospital pun susah apatah nak uruskan dokumen semua ini.

Maaf andai luahan ini terlalu panjang.