Aku bunga. Hero pinjam kan kereta aku tanpa izin aku. Bila aku dah meletup tak sangka segalanye berubah

Ini kisah aku. Aku Bunga, sudah berkahwin. Aku namakan suamiku Hero. Kami dah kahwin lebih dari 10 tahun. Kami datang dari latar belakang keluarga yang berbeza.

Keluarga Hero sangat moden, tinggal di bandar besar dan kurang tekankan soal agama. Manakala keluarga aku sebaliknya. Cukup serba sikit pengenalan sebab bukan tu yang aku nak cerita.

Aku dapat kerja lepas dah kahwin dan tinggal bersama keluarga Hero. Hero masa tu dah ada perniagaan kecil-kecilan.

Rezeki aku, aku cepat naik pangkat dan naik gaji. Aku beli kereta pertama aku. Takde lagi pegi keje Hero hantar atau bapak mertua aku hantar.

Oh, duduk dengan keluarga Hero ni bukan takde masalah, cuma aku malas fikir. Hinggalah sampai satu masa tu terjadi pergaduhan besar kami.

Amazingly, esoknya seperti hari baru buat kami. Aku mintak maaf dengan Hero sebab aku tahu aku tak patut cakap camtu.

Hero pun mintak maaf kat aku sebab tak mampu nak bagi duit kat aku. Kami nangis bersama-sama. Hero usahakan cari rumah sewa untuk kami berdikari.

Aku nampak usaha dia cari duit nak bahagiakan aku.Masa berlalu.. Gaji aku dah cecah 5 angka.. Manakala Hero masih macam tu.

Kadang-kadang ada duit, kadang-kadang takde duit. Bukan dia malas kerja, malah dia kerja lagi kuat dari aku.

Ada masa dia down sangat. Dia cakap, dia dah usaha macam2, tapi kenapa tak senang macam orang lain.

Tak pernah dia mintak aku masak yang bukan2. Hero tak cerewet. Saat tu seperti tertampar pipi aku. Aku dan duit aku, aku rasa tu duit aku hasil penat lelah aku.

Padahal, itulah rezeki kami bersama.Sejak tu, aku tak pernah miss kongsi duit bonus aku dengan Hero.

Aku dah tak harapkan apa-apa lagi. Aku tengok orang share apa2 kat media social pun aku cuma rasa happy untuk diorang. Takde dah rasa sedih ke apa. Kalau aku nak, aku boleh beli sendiri.

Tapi bila dah selalu bagi duit kat Hero, dia pulak yang terasa. Lalu aku buat 1 keputusan besar dalam hidup aku untuk berhenti kerja dan jadi suri hati Hero sepenuh masa.

Hero terasa sangat Hero bila dia dah berjaya tanggung aku.. Haha..Ya, banyak keinginan aku yang terpaksa aku korbankan. Aku belajar hidup semampunya kami.

Contohnya anak. Tapi biarlah kami bahagia dengan cara kami.. Doakan kami dan kami doakan kamu semua.

At the end of the day, it’s not always about money. Be happy, sebab hidup ni tak lama. Boleh jadi hari ni kita jumpa, esok dah tak ada.

Semoga kisah aku yang sedikit ni boleh bagi semangat kat orang lain. Jangan cepat judge orang. Jom doakan yang baik-baik. Sekian.