Akulah Ibu Dan Akulah Ayah buat anak2 ku. Suami ku baik dan bertanggungjawab tapi sering digangu org kedua ketiga

Assalamualaikum. Jam dah tunjuk 5am. Tapi masih belum boleh kulelap mata. Risau memikir anak dekat sebelah.

bagi pandangan mata kasar masyarakat sekeliling, nampak macam aku ibu tunggal. Uruskan anak sendiri. Tapi sebenarnya aku dan suami adalah pasangan pjj. Sejak melahirkan anak no 1.

Pjj tak mudah, tapi aku tiada pilihan melainkan memilih jalan ini. Aku bekerja berpangkat pegawai atasan dengan gred yang agak tinggi dalam usia yang boleh dikatakan agak muda. Dan jawatan ber gred ini dalam malaysia agak terhad.

Memang, bak kata mother in law ku yang berketurunan high class, “tempat isteri di sisi suami”. Bila nak jadi suri rumah beliau kata “eh tugas isteri bantu suami”.

Eh aku pun tak faham dia nak apa. Main point di sini, aku memilih PJJ bukan sebab mulut orang, bukan sebab duit semata-mata.

Kalau aku susah, kakak atau adik jagakan anak. Kadang aku jagakan anak buah. tak pernah susah dan berkira.

Jadual aku padat. Baik soal rumah dan pejabat. Tapi alhamdulillah, belum pernah kebajikan anak ku abaikan.

Allah kurniakan anak yang mudah diurus walaupun nakal. Kerja bertimbun. Daripada masalah besar sampai sekecil- kecil manusia. Tapi Allah mudahkan.

On time, jarang tak boleh handle. Balik rumah, siapkan anak, kemas rumah dan lain lain. Penat memang penat. Tapi nak buat macam mana.

Dalam soal PJJ ni memang tak dinafikan. Mangsa utama adalah anak. Berhutang masa dan kasih dengan dia. Tapi adakah aku atau suami yang pentingkan diri?

Dulu before kahwin, aku berpendapat inshallah manusia boleh berubah, kasih sayang boleh dikongsi bersama.

Suami okay, tapi parents dan family sampai sekarang tak move on. Semua nya habis nak campur tangan.

Sampai soal pengurusan keluarga kami pun nak campur. Parents suami dah biasa didik anak2 tak pernah susah.

So what i can simpulkan keadaan suami aku nak kerja senang tapi gaji terus banyak memang hasil didikan keluarga. Bukan boleh dengar anak dia story kerja penat, kawan sekerja tak ngam.

terus call tak berhenti bagi nasihat. Nasihat kalau macam bagi semangat okay lah. Ni suruh berhenti. Cari lagi baik. Yelah, keturunan baik mana boleh campur yang jahat.

Daddy dia call macam nak meletup telefon sebab nak nasihat anak dia jangan berhutang beli kereta. Tak bagus.

Kalau nak kereta besar jugak, beli yang 3rd hand sebelah jiran punya. Kalau dah hari hari call, laki aku pun terpengaruh. Ikut je. So taknak membeli apa-apa aset.

Itu cerita satu tahun lepas. So end up nak taknak kene jugak aku yang upgrade kereta.Tahun 2020, tetiba laki aku beli kereta lagi atas ‘nasihat’ daddy dia tanpa discuss dengan aku.

Hangin jugak lah. Pasal aku plan cantik dah, tahun ni nama aku lulus dapat beli rumah. Tup2 dia dengan daddy dia menambah kereta.

Alasan suami, daddy berkenan. Eh kat rumah daddy dia ada berderet kereta dah kan..Tu tak termasuk kakak kakaka kakakakak kakakak iparku yang bajet lifetyle macam vivy kat socmed.

Lepas kenyang balik rumah. Lepas tu pandai nasihat orang, tak balik every week. Asyik lebih kan anak bini kalau balik kl.

Engkau orang dah kenapa, laki aku balik sebulan berapa kali je. Ishh geram.Tu belum lagi waktu kecemasan. Anak sakit teruk.

Kalau mak daddy mertua aku tolong, mula lah adik beradik bash. Aku and anak suka ambil kesempatan. Kesian anak aku. Pernah tengah malam demam panas, muntah non stop, hujann lebat.

Aku takde pilihan selain call mintak tolong. Itu lah sekali. Lepas2 tu tak nak aku. Habis jadi ungkitan.

Parents in law aku pun selalu brain wash laki aku, anak warded tak payah balik. Bahaya drive. Nanti prestasi tergangu. Hahahahaha.

Asek berdering tak berhenti. Haha. Minggu ni plan nak bawa anak pergi taman. Hopefully jadi lah ye.

Sekian