Saya dah ready nak kawin. Bila jodoh datang bergolek saya pula tak rasa macam nak kawin

#GanbarHiasan Saya dah bertunang, tapi saya tak rasa bahagia, tak rasa macam orang yang tak sabar nak kahwin. Saya seorang perempuan, masuk 30 tahun, tahun ni.

Sudah sekian lama saya mencari jodoh, tapi memang semuanya tak menjadi. Kalau ada pun, ada yang saya tolak atas faktor-faktor tertentu seperti orang asing atau suami orang, atau orang yang berjanji nak jumpa mak ayah tapi tak muncul.

Saya sudah bekerja, tapi gaji lepas bagi mak ayah dan tolak duit dapur cukup-cukup makan je. Sebab tu saya bersedia kalau lelaki jenis macam saya gaji cukup-cukup.

Saya dah imagine dah perkahwinan saya buat simple, sewa kat dewan tempat saya bayaran RM300 je.

Dan kurangkan seperti hantaran tak perlu pun takpa & lain-lain, yang penting lelaki tu rajin & boleh bertolak ansur. Tup-tup, kali ni jodoh datang bergolek.

Saya tengok perempuan negro pun selalu puji cantik, apalah sangat itam melayu. Apa yang saya nak cari tentang keserasian.

Terus ayahnya datang bagi cincin merisik. Macam tu juga ayahnya cerita tentang anaknya yang sempurna tu.

Waktu tu saya tak fikir panjang, saya memang ada rasa bersedia nak kahwin. Sedar tentang tanggung jawab. Lepas merisik ayah dia terus cerita dekat semua staff tempat kerja kami, saya malu sebab hati saya tak pasti lagi. Semua dah ucap tahniah.

Kemudian baru kami jumpa, fizikalnya memang gelap dan pendek dari saya, tapi, hati saya rasa nak bagi peluang kenal hati budi dia.

Kami pun berjumpa dan berborak, hari first memang semua ok je lah. Semuanya rasa baik.Ayahnya memang jenis tak sabar, terus tanya bila nak masuk minang.

Saya tanya Lan, dia kata mana ada sampai macam tu. Dia cakap ayah dia memang macam tu suka besarkan cerita.

Sambung bab hantaran, saya cakap orang selalu buat time nikah, ni time tunang, itu pun ayah dia yang buat keputusan. Saya cakap kat dia, kalau nak sangat pakai duit dia sendiri.

Jadi kami setuju barang pihak laki & perempuan pakai duit dia, saya tambah buah, kek dan lain-lain. Itupun nasib ada kawan sponsor.

Lepas tu sikit-sikit saya dapat berkenalan dengan Lan, kononya dia pemalu dan tak pernah ada girlfriend, semua tu tipu je.

Hari tu bincang lepas kahwin tinggal rumah sewa dua-dua setuju, lepas tu tiba-tibe berubah cakap tinggal dengan mak ayah dia. Memang saya cakap saya tak setuju.

Sekarang ni, baru habis majlis tunang terus dah nak tempah catering untuk majlis nikah. Walhal Lan cakap nak bincang dulu buat sekali ikut kemampuan keluarga.

Tapi, bincang pun belum lagi. Alasan dia ayah dia yang suruh.Saya cerita kat orang pun, semua macam tak pasti, sebab yang tau hal sebenar bukan semua, saya tak tau apa saya rasa.

Yang buat saya rasa tawar hati sikit, sebab saya perasan dia pun ade sikit perangai cakap besar macam ayah dia, cakap lain jadi lain, saya boleh tolak ansur tentang fizikal tapi perangai tu, saya asik rasa nak marah je.

Saya harapkan nasihat dari orang berpengalaman.

Terima Kasih.