Aku selalu dikata isteri derhaka. Bila diberi peluang suami minta cerai khuluq dan meminta pampasan pula

Aku hanya nak minta secebis pandangan. Aku sering rasa aku isteri yang jahat namun aku tak tahu mana nak ubah.

Kisah aku bermula bila aku berkahwin dengan seorang yang tua 3 tahun pada aku dan mempunyai kerjaya yang agak kukuh. Namum aku masih lagi belajar dan tidak bekerja.

Kami bercinta selepas berkahwin. Pada masa tu aku tak fikir panjang dan tak kenal lama. Aku rasa mungkin sudah sampai jodohku.

Namun selepas berkahwin baru aku kenal siapa suamiku. Dari segi luaran dia memang seperti orang yang alim, baik, dan pijak semut pun tak mati, tapi sikap dia sangat panas baran dan paling aku tak gemar adalah suka melayan perempuan.

Walaupun nampak alim, tapi semasa aku bertunang, dia juga menjalinkan hubungan dengan orang lain, betapa hancur hati aku ketika aku dapat tahu hal ini seminggu selepas aku kahwin.

Kami masih lagi pjj kerana kata suamiku kehidupan di bandar agak mahal memandangkan aku masih lagi menunggu kerjaku.

Setelah anak sulungku dua tahun, aku disahkan hamil anak kedua, sekali lagi aku diuji. Allah telah tunjukkan aku yang suami aku telah berkahwin lain di siam.

Aku dah tak mampu nak terima suami namun dipujuk suami kerana bimbangkan anak2. Sehingga aku terpksa akur.

Suami tidak mendapat restu family dengn pernikahan kedua dan family memaksa suami bercerai. Disini aku dah nampak macam mna perangai suami dan juga keluarga. Aku buntu.

Aku tak mampu nak menanggung sedih, seoanjang perkahwinan aku dah cuba sedaya upaya untuk bhgiakan suami. Namun kami tetap tidak sehaluan. Ada saja pergaduhan, kepercayaan aku hancur.

Ya Allah pedihnya hati aku, suami tidak mahu lepaskan jika aku tak bayar semua duit yang dia dah habiskan pada aku.

Dia nak pampasan. Bagi dia, selama perkahwinan kami, dia seorang saja yang tanggung aku, kemudian bila aku dah dapat kerja aku nak cerai,

itu bukan niat aku, dia seperti nak menutup semua salah dia dan tunding jari kepada aku.Dia memaksa aku buat cerai khuluq dan bayar dia sejumlah amount yang tidak masuk akal.

Dan anak2 dia nak hak penjagaan, aku terpksa akur. Kalau tidak dia akan gantung aku tidak bertali,

Sekarang aku sedang sarat, kami tangguhkan penceraian sampai aku bersalin. Sekarang jiwa aku dah tak boleh nak tinggal sekali bersama suami, ohh ya..

Aku dah takda hati untuk buat semua tu. Hati aku dah mati.Aku merasakan tidak adil bagiku, suami aku dah hancurkan kepercayaanku dan sekarang terpaksa bayar kepadanya.

Aku juga sering mendapat cacian dari suami mngatakan aku isteri derhaka kerana ingin meruntuhkan masjid.

Aku juga bimbang kerana dia tidak redha jika aku tak jalankan tangungjawab aku lebih2 lagi bagi nafkah batin.

Seringkali dibibirnya mendoakan aku mati ketika bersalin. Lagi remuk hati aku, adakah aku tak layak kesyurga.

Adakah aku isteri derhaka. Hati aku tak mampu nak teruskan. Aku tak boleh paksa hati aku. Aku hampir depressed namun aku kuatkan juga demi anak2. Bantu aku. Apa patut aku buat?

Adakah aku derhaka?