Orang cakap aku mewah gaji tinggi, bujang dan duduk dengan family. Padalhal komitmen aku 90% untuk keluarga

Assalamualaikum.Aku bujang berumur pertengahan 20 an, anak sulung, mempunyai kerjaya yang stabil dengan income bulanan around 2.5k sebulan,

duduk dengan parents, tiada komitmen PTPTN sebab dulu dapat biasiswa, tiada loan kereta atau rumah, tapi still I’m broke walaupun duduk dengan parents.

Why? Let me list my commitments here :

1) Duit gaji aku itulah aku buat bayar bil air, bil api, bil astro rumah parents aku. Parents aku cuci tangan tak payah bayar bil apa-apa.

2) Bil untuk diri sendiri, aku cuma bayar bil handphone je Umobile RM 50 sebulan unlimited data & free call to all line.

3) Aku pergi kerja pakai motorsikal yang aku beli cash dulu. Jangan tanya jenama moto aku apa, sebab aku beli yang paling murah, yang paling tak stailo sebab aku beli sekadar untuk memudahkan aku pergi kerja.

6) Aku sekat semua keinginan aku untuk beli makanan sedap-sedap, untuk pakai baju mahal, untuk melancong tempat mewah, sebab aku ada komitmen yang lebih besar untuk family aku.Orang luar takkan faham, sebab keutamaan aku adalah family.

7) Duit saving pula aku simpan secara direct debit ke Tabung Haji sebanyak RM 200 sebulan. Lagi RM 100 aku simpan dalam akaun Bank Islam. So aku takkan usik duit ni.

8) Lagi RM 100 aku akan sedekah setiap bulan dekat tempat berlainan. Contoh : bulan ni aku sedekah kat tabung masjid.

Bulan depan aku sedekah kat maahad tahfiz. Bulan next aku sedekah kat pondok. Dan begitulah kitarannya, akan rotate.

9) Lagi RM 200 aku simpan buat emergency fund, just in case ada something urgent nak guna duit ke.

Setiap weekend aku akan cuba juga bawak parents aku jalan-jalan. Tak jauh pun. Dalam negeri yang sama jugak, cuma still diorang boleh cuci mata tengok pemandangan indah.

Sesekali bawak diorang ziarah sedara mara. Setiap kali ziarah sedara aku akan cuba jugak sedekah paling sikit RM 100 kat sedara yang kami ziarah.

Aku percaya, budaya ziarah menziarahi ni banyak kelebihan dia. Selain merapatkan ukhuwah sedara mara, aku percaya benda ni menambahkan rezeki aku dan keluarga.

Mungkin asbab aku tak kedekut dengan parents, dan tak berkira untuk selalu hulur duit kat sedara mara, Alhamdulillah aku rasa rezeki aku sangat murah.

Ada je orang yang nak belanja aku makan time kerja. Ada je orang bagi hadiah walaupun bukan time birthday.

Aku belum jumpa jodoh, tapi aku selalu berdoa supaya aku dikurniakan pasangan yang sejuk mata memandang, suka senyum, penyayang, baik akhlaknya, baik agamanya, jaga solat,

pandai mengaji Al quran, mempunyai kerjaya yang stabil dan boleh wujudkan uswah hasanah untuk family kecil aku nanti.

Yang paling penting, dia boleh sayang parents dan family aku sama macam dia sayangkan aku.

One more thing, aku selalu sebut dalam doa supaya suami aku tu nanti sempurna fizikal dan mental, setia kepada aku hingga hujung nyawa, mencintai aku sepenuh hatinya,

romantis dan sentiasa buat aku tersenyum dan bahagia. Ye doa aku sangatlah panjang, sebab aku yakin doa yang spesifik itu lebih baik dari doa yang general.

Kalau mampu RM 5 je sebulan untuk parents, beri sahajalah. Sebab nilai yang sedikit itu tidak penting, yang penting ialah effort kita untuk sedekah kepada parents kita setiap bulan.

Dan cubalah sedekah kepada sedara mara setiap kali ziarah. Oh by the way bila last time korang ziarah sedara korang? Jangan cakap time raya je eh. Selain raya pun kena ziarah.