“Kau tak kahwin lagi tak apa lah.” Ayat yang selalu orang kata kat aku. Padahal komitmen aku, dia tak tahu

Assalamualaikum wbt. Aku nak tanya kat korang yang dah kahwin, pernah tak keluar ayat “kau tak kahwin lagi, tak apa lah…” atau ayat-ayat seumpamanya kat kawan korang yang bujang?

Dan korang yang bujang, pernah tak kena ayat camni dari kawan-kawan yang dah kahwin? Cer share sikit your thoughts bila dengar ayat ni?

Ok, basically aku bujang, kerja dengan gaji yang agak tinggi untuk orang bujang yang selalunya orang pandang tak ada komitmen,

tambahan lagi tinggal dengan mak ayah yang dah pencen. So nampak lah macam si bujang kaya.

Yek tuan2 & puan2. Itu adalah basic needs orang bujang yang paling jelas dan nyata. Dan itu yang selalunya jadi kayu ukur orang yang dah kahwin untuk nilai mewah & bahagia nya hidup si bujang.

Macam aku cakap tadi, itu basic needs. Bil letrik,air, makan,minum, minyak kereta tu basic. BASIC. Belum masuk advance lagi.

Yek, aku memang beruntung dok dengan mak ayah takyah pening sewa rumah. Tapi apa yang orang tak nampak, dok dengan mak ayah ni belanjanya agak tinggi.

Jujurnya, hampir semua gaji aku gunakan untuk family. Sebab aku sedar aku hidup menumpang.

Macam aku cakap, aku dok dengan parents yang dah pencen dan adik aku yang baru habis belajar dan masih tunggu panggilan kerja. Pencen parents aku tak besar, tapi komitmen bulanan family aku tinggi.

Aku highlight orang dewasa sebab memang lah aku takde nak keluar duit beli susu pampers anak. Tapi selera dewasa pun boleh tahan gak.

Jenis family aku, makan memang tak berkira. Mak aku pulak hobi memang masak dan dia akan pastikan kitorang dapat yang terbaik.

So barang basah sebulan tak lari dalam RM500. Tu baru yang basah belum barang kering lagi.

Tu belum lagi masuk duit kereta adik aku, duit roadtax 4 kereta yang aku bayarkan. Kang kalau mana kereta rosak ke.

Bab ni, ada member pernah compare kan hidup aku yang bujang dengan dia yang dah kahwin. Gah lah cakap bujang tak banyak guna duit, sebab dia asyik lah tak cukup duit hujung bulan.

Aku ada member, husband & wife kerja basic income rm7k++ setiap bulan anak 2 tapi still family kena tolong support tiap bulan.

Aku ada member yang husband kerja, wife full time housewife anak ramai tapi hujung bulan cukup serba serbi.

Apa yang aku nampak lifestyle dorang lain. Yang income rumah rm7k++ dah biasa mewah time dok dengan parents, so bila dah kahwin nak berjimat serba tak kena.

Lain dengan yang serba serbi cukup. Cukup sebab hidup dorang sederhana. Tahu beza keperluan & kehendak.

Tapi itu apa yang aku nampak. Apa yang aku tak nampak mungkin lebih dari tu. Sebab aku pun ada abang2 yang dah kahwin, hujung bulan pinjam duit mak ayah, jadi aku faham.

So jangan compare hidup bujang ke dah kahwin. You are not staying in their shoes. You are not going through whatever they had gone to.

And kalau kau dah kahwin, hidup ko lagi susah dari yang bujang, life is so hard on you and better for bujang. So what? What’s there to impressed?

We walk our own path, fight our own battle. Be kind. With your words, acts and thoughts.

Bujang ke kahwin ke tu dah takdir. Syukurlah seadanya.