Mak yang mulut puaka dan tak penah bagi kasih sayang pada anak. Hingga kami cuba untuk tggalkan mak

ASSALAMUALAIKUM. Dulu sebelum kahwin aku selalu cerita mengenai mak aku punya perangai pada boyfriend (suami aku sekarang).

Dari aku kecik aku selalu tengok dia berg@duh dengan ayah aku. Masa aku darjah enam, mak aku pernah telan racun tikus…. Awatla tak maati masa tu.. Huhuhu…

Mak aku paling benci kakak sulung aku.. Bytheway mak aku ni kerja bidang kesihatan KKM dekat melaka… Kenapa yer bila ada staf gila kementerian tak buang dia kerja???

Balik pada kisah benci kakak aku tu, mak aku kalau marah kami adik beradik ayat dia keluar perkataan anak sial, kecik-kecik tak nak mampos dah besar menyusahkan orang,

bod0h, malaun tu suma macam doa jekla kat mulut dia untuk kami empat beradik.. Dah lali.. mak aku tu mulut dia macam berzikir perkataan ‘malaun’..

Kalau dia tak suka orang ke? Karang tu dia tak kenal dia bahasakan orang tu malaun.. Contoh apehal malaun ni tengok-tengok aku..

Oh sebelum lupa mak aku perangai dia memang macam tu dari aku kecik, ayah aku kahwin masa aku umur 18/19 tahun aku pun lupa..

Aku pernah nak tiikam mak aku dengan piisau sebab aku benci dia menjerit maki hamun aku… Masa tu aku nak masak… Adik lelaki aku pernah nk tiikam dia dengan skru driver panjang..

Mak aku pernah nak langgar kakak sulung aku dengan kereta dia..mak aku spesis mak yang masak lepas tu makan dalam bilik, tak bagi kami makan.. Dia masak makan sendiri,

dia memang tak pernah nk peluk, cium aku sebagai anak, tak pernah sembang macam kawan dengan kami… Maki maki maki je dia selalu buat aku sendiri tak tahu dia sayang anak ke tak??

Adik aku pernah ngadu dekat dia pasal cikgu apa yang dia tal puas hati dengan cikgu, alaaa biasa la masa budak2 time nakal kan? Ada la cikgu yang kita suka ade yang tak….

Baru baru ni ayah aku cerita dekat adik aku, dia rancang nak tinggal kan mak aku… Kami adik beradik suma seronok..

Aku sebenarnya tak nak tengok ayah aku kena seksa lagi dengan mak aku, aku sayang ayah aku… Walaupun dia tak tolong aku masa mak aku dera mental aku…

Malam-malam ayah aku selimutkan aku tidur, dia belikan makanan untuk aku untuk adik beradik aku, ayah aku selalu bagi kata kata semangat pada aku,

ayah aku selalu usap dahi kami adik beradik lepas kami salam cium tangan dia…Aku sedih mak aku seksa ayah aku dan sebab tu aku benci mak aku..

Dan sebab kan mak aku jugak ayah aku kahwin lain dan kena bahagikan ayah aku dengan anak-anak tiri ayah aku.. Aku sedih sebab tu aku benci mak aku..

Suami aku ni mak ayah dia tak pernah gaduh depan anak anak… Tapi kalau aku balek rumah mak aku, selumber je mak aku gaduh, sound, maki bapak aku depan laki aku…

Bukan dengan laki aku je, dengan anak anak aku pun sama.. Rileks je gaduh..Aku ni memang dibesarkan dengan mak yang toxic yang aku benci dia yang kenapa la dia tak mati mati lagi..

Sebab apa??? Sebab aku takut diri aku sebagai mak ni buat apa yang mak aku buat pada ank anak aku… 25tahun aku hidup dengan mak aku tak mustahil perangai dia aku ikut… Aku sendiri sangat takut aku marah marah anak….

Aku paling jaga mulut aku dari mencarut pada anak2 aku, perkataan malas ke, degil, bodoh semua aku jaga….

Tapi kadang2 aku terlepas cakap anak aku degil… Aku sedih sangat bila aku marah anak2 aku.. Kadang2 aku nangis lepas marah anak aku..

Aku tak suka dengar ayat tak ada mak yang tak sayang kan anaj…. Macam mana jahat pun mak kau tetap mak kau… Aku tak suka…

Kalau boleh pilih mak, aku teringin sangat mak aku macam ustazah hafizah musa… Cerita mengenai mak aku ni adalah episod sinetron yang sangat panjang..

Sampai aku tak tahu adakah syurga itu untuk aku dalan masa yang sama aku nak syurga dengan ank anak aku dan keluarga aku….

Tapi bab mak aku ni aku sangat sakit aku memang tak boleh bersabar dengan dia…. Dia sangat menguji iman aku, mulut aku sangat biadap bila behadapan dengan dia… Sebab dia suka provoke…

Maafkan aku allah… Maafkan adik beradik aku… Aku fikir mungkin bila dia maati hidup kami akan aman…. Ayah kami akan tenang….

Doakan aku..