3tahun aku tanggung suami tak kerja. Bila dia dah kerja dia kedekut pula. Akirnye kantoi atas kebodohan aku

Assalamualaikum semua. Aku yakin abam pergi untuk menunjukkan kita banyak pengajaran dan asbab. Baik atau buruk nya kedua memberi pengajaran.

Apabila kita buat baik, orang sayang. Benar-sebenarnya. Apabila kita pergi tanpa perancangan hakiki, maka kecundang lah orang tersayang kita. Bukan mudah berada di tempat adik beliau, Ali Puteh ataupun di sisi balu.

Sudahlah hilang saudara/suami kini menghadapi spekulasi dan nista masyarakat. Terlajak perahu boleh undur seundurnya, terlajak kata dan perbuatan buruk padahnya. Marilah kita mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Berbalik pada tajuk aku. Ini adalah kisah aku seorang isteri yang suami nya masih hiduplah. Masa mula perkahwinan, aku yang berkerja menyara keluarga sementara suami aku belum dapat kerja.

Pagi, petang, malam. Cukup aku katakan berkerja keras untuk meletak makanan diatas pinggan.Alhamdulilah pertengahan perkahwinan, kami dikurniakan anak.

Suami aku mula kedekut dengan hartanya. Padahal dulu masa aku bekerja suami aku yang pegang kad, tahu password untuk keluarkan duit dan sebagainya. Ya aku bodoh, aku tahu.

Ada satu masa itu, aku penat berkerja back to back tanpa rehat, sabtu ahad pun kerja. Aku berdiri depan cermin, tengok luka caeser anak pertama aku.

Aku menangis gila-gila didalam tandas. Sudahlah penat berkerja, membawa anak dalam perut sehingga melahirkan juga diuji. Hanya untuk lebih terus menderita dengan sikap suami dan mertua.

Mak mertua dan keluarga suami juga mula bekeras. Mereka mahu jumlah yang besar dari gaji suami aku.

Apabila aku bercakap, dituduh aku dengan pelbagai hinaan antaranya ‘aku gila harta’. Kalaulah aku gila harta, buat apa aku tanggung suami aku tak berkerja 3 tahun? Logik tak?

Lagi seronok, suami aku tidak berkeinginan pun berkongsi fakta dengan aku. Wp masa aku berkerja seorang diri. Maka selama ini suami aku adalah RICH HUSBAND, dan aku adalah POOR WIFE!

Aku terduduk sebab sungguh aku tiada simpanan, aku serahkan semua pada suami. Password account bank semua dia tahu.

Tetapi dia, aku tidak tahu apa-apapun, tidak password apatah lagi amount. Sedangkan cinta aku sudah terbukti pada dia dengan menerima dia ketika dia zero, melahirkan zuriat lagi.

Aku tergelak ala joker mengingat kejahilan diri yang sebenarnya dihati tertoreh dan tersusuk. Apabila cinta suami tidak seperti yang diharapkan.

Selepas beberapa lama merudung nasib, hampir gagal ditempat kerja. Aku bangkit dengan kasih sayang Mak. Aku yakin ini adalah wake up call aku to be RICH WIFE!

5) Berdoa dan terus berdoa agar diberi kesihatan, akal fikiran yang sihat, rezeki yang murah dan keupayaan mengubah nasib diri.

6) MAJUKAN DIRI! Ambil peluang boss offer gaji bagus, job lebih bagus. Kau pun kenalah excellentkan. Takat dok jadi makcik bawang tak kemana.

7) Follow dan berkawan dengan ‘circle’ yang bagus. Aku follow pakar kewangan, pakar perubatan, pakar motivasi. Nak hebat kenalah follow orang yang sudah hebat!

Aku berhenti menangisi dan meroyan dengan perkataan cerai. Suami aku letak dalam kotak, ikat cecantik, letak dalam bonet kereta.

Masih menghormati, tetapi harus lebih bijak melangkah. Sebab suami aku pun bijak dengan keluarga dia.

Kita perlu jadi macam lastik, berundur kebelakang dan terus melantun maju.

Yang baik dari Allah swt, yang buruk dari aku.