Ibu menanggung segala perbelanjaan dalam rumah. Ayah pula meniaga gaji tak tentu. Tapi abah tak dayus

Nama aku D. Abah aku kerja sendiri. Bila kerja sendiri tu, faham2 je la pendapatan pun tak tetap – kadang2 lumayan, kadang2 macam tak pulang modal pun ye jugak.

Ibu aku pulak kerja kerajaan. Pendapatan ibu currently dah cecah angka 5 dah, obviously jauh lebih tinggi dari abah.

Macam aku kata tadi, gaji ibu lebih tinggi dari abah. So dah tentu la sgala perbelanjaan dekat rumah semua bawah tanggungan ibu.

You name it, bil eletrik, bil air, astro, internet, belanja dapur, semua ibu yang tanggung. Tak masuk lagi duit bulan2 kereta ibu, duit bulan2 kereta abah yang ibu terpaksa cover bila abah tak mampu nak bayar. Kadang2 modal kerja abah pun guna duit ibu dulu.

Ibu selalu jugak mengeluh kat aku pasal duit. Ibu risau duit gaji ibu tak cukup nak tanggung kami sampai next gaji.

Yela, dah bayar tu bayar ni kan? Belum masuk abah asyik pinjam duit ibu, duit belanja adik bongsu aku kat asrama lagi.

Sekarang ni, aku pulak yang terpaksa guna duit ibu sebab baru kerja then tak dapat gaji lagi. Duit kereta aku pun ibu yang dulukan. Abah? Abah cuma tolong bawak pergi showroom je haritu.

Bila korang baca confession aku, mungkin korang boleh agak yang confession ni berbentuk luahan tak puas hati aku terhadap abah yang seolah-olah tak menyumbang langsung dalam kewangan family kami.

Tak, korang silap.

Tapi abah tak pernah lupa tanggungjawab abah. Sebagai suami, sebagai ayah, sebagai ketua keluarga.

Abah tak pernah malas kerja. Umur abah dah 50 lebih, tapi abah masih gigih kerja. Walaupun aku tahu,

kadang2 pendapatan abah tu tak setimpal dengan kerja berat yang abah buat, tapi abah tetap nak kerja. Sebab abah sedar, tanggungjawab dia terhadap kami belum selesai.

Bila abah ada rezeki lebih, abah tak pernah lupa anak isteri. Kadang2 abah dapat untung besar, hari2 abah ajak makan luar. Masa tu, cakapla nak apa pun, semua abah akan belikan.

Bila ada duit lebih, abah akan bagi pada ibu, pada kami adik beradik. Kadang2 seratus, kadang2 lima puluh.

Abah aku baik, tak seteruk diorang. Abah tak malas, abah tak lokek, abah tak spend duit untuk diri sendiri. Tak, abah aku bukan lelaki dayus. Abah aku, hero aku. Aku sayang abah aku.

Aku sebenarnya nak minta doa dari korang. Doakan abah dan ibu aku dipanjangkan usia supaya dapat diorang merasa duit gaji aku dengan adik beradik aku yang lain.

Doakan juga kami adik beradik dapat kumpul duit nak hantar ibu dengan abah ke mekah.

Terima kasih sudi luangkan masa korang. Maaf andai ada kecelaruan dalam jalan cerita aku. Aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa je.