Masa pembedahan aku mimpi ramai org solat berpakaian putih. Dan keajaiban itu berlaku padaku

Assalamualaikum wbt. Nama aku,Saffiya (bukan nama sebenar) telah menempuhi pelbagai ujian dari Allah yang bagi aku agak berat untuk dilalui.. tapi aku tetap redha di atas segalanya yang telah ditakdirkan untukku.

Aku diuji dengan sakit sejak dari lahir..tapi masa aku kecil dulu,aku hanya sakit biasa-biasa sahaja.

Tidak terlalu berat kerana aku masih lagi aktif bersukan sejak dari sekolah rendah sehingga ke universiti. Waktu itu tiada apa-apa sakit.

Sewaktu disana aku memohon kepada Allah supaya dikurniakan aku kesihatan dan aku berdoa agar Allah membuang segala jenis penyakit yang masih ada di dalam tubuh badanku ini.

Akhirnya, setelah 3 tahun selepas aku menjalani pembedahan kedua.. Allah telah memakbulkan doaku.

Untuk pembedahan ketiga ini.. betapa aku merasakan ujian ini adalah amat berat untuk aku tanggung lagi.

Tapi aku tetap redha dan bersabar diatas ujian yang sedikit ini. Aku tetap berfikir positif, mungkin Allah ingin kifarahkan segala dosa-dosaku yang lalu dan mungkin Allah ingin mengangkat darjatku disisi-Nya.

Pada waktu itu, aku sangat rasa down dan sesekali terfikir mengapa begitu banyak ujian sakit ini? Astaghfirullah..

Doktor pun hairan kerana aku cepat sedar dari pembedahan. Sebab doktor cakap, pembedahan ini biasanya pesakit akan sedar selepas 2hari di bilik ICU.

Sejurus selesai pembedahan, aku terus diletakkan di bilik ICU. Waktu itu,aku sudah sedar dan aku melihat pesakit lain belum sedar.

Ya Allah, aku sangat bersyukur kepada-Mu kerana telah memberikan aku rezeki ini.

Sebelum pembedahan ketiga ini, dalam tempoh sebulan aku telah melakukan solat istikharah dan solat hajat agar dipermudahkan urusanku

dan aku juga banyak melantunkan zikir “Laillah Hailla Anta Subhanaka Inni Kuntum Minal Zolimin”

Aku menjawab, “sayalah yang sakit”. Mereka agak tercengang kerana nampak zahirnya aku ini macam orang normal sebabnya setiap yang datang ke hospital, pasti mukanya nampak pucat dan lemah.

Mungkin ini sebabnya apabila kita redha dengan takdir dari-Nya. Sejujurnya aku sendiri tidak terasa sakit seperti mana orang lain.

Allah.. begitu besarnya hikmah dari-Mu ini. Kekadang aku sendiri tidak menyedarinya.

Sejak artikel ini ditulis, aku kini baru sahaja 4 bulan telah menjalani pembedahan yang ketiga. Begitu banyak hikmah dan manisnya takdir ini. Aku kini semakin dekat mencari cinta Allah.

Dulu aku mungkin kurang berzikir,kurang mengaji (bukan setiap hari) kurang melaksanakan solat sunat. Tetapi kini aku mampu melakukannya. Disebabkan itu, aku cepat pulih dari sakit ini.

“Allah tidak membebani seseorang apa yang terdaya,ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya” (Al-Baqarah: 286)