Saya rasa mcm tidak ikhlas sbb terpaksa menjaga MIL dan adik ipar 0KU. Abang2 ipar pula semua lepas tangan je

Sebelum ni kami sekeluarga hidup senang dengan gaji kami, suami isteri RM15K.

Bila terp4ksa jaga dua orang s4kit dekat rumah, suami terp4ksa ambil banyak bercuti kec3masan hingga akhirnya diberhentikan kerja.

Abang – abang ipar aku hanya datang suka – suka untuk jenguk mak dan adik diorang. Tak pernah hulur apa – apa. Duit simpanan kami 100 ribu dah hampir habis…

Assalamualaikum, Sebenarnya tak tahulah nak mulakan dari mana. Nak cerita pun serba salah. Moga Allah ampunkan d0sa – d0sa aku.

Nama aku S. Umur hampir 40 tahun. Sudah hampir 8 tahun mak mertua (kurang sihat kerana faktor usia) dan adik ipar aku (0KU) tinggal dengan aku. Aku ada anak yang berumur 12, 9 dan 5 tahun.

Ceritanya bermula 8 tahun lepas, masa tu aku bekerja sebagai pegawai kerajaan dan suami aku berkerja di Syarik4t Carigali terkenal.

Kehidupan kami bahagia dengan gaji kami suami isteri hampir 15K. Masa tu gaji suami aku lebih kurang 11 ribu. Suami aku adik beradik semua lelaki.

Dia anak no 3 dan no 4 adalah adik dia yang 0KU. Kisahnya bermula apabila mak mertua aku jatuh s4kit jantung dan perlu melakukan pembedahan by pass.

Jadinya, suami aku terus bercadang untuk membawa mak mertua dan adik ipar 0KU aku tinggal bersama aku di Kuala Lumpur.

Dari mula cadangan itu dikeluarkan, aku dah cakap awal – awal. Boleh tapi dengan syarat bergilir – gilir dengan abang – abang yang lain. Suami aku diam sahaja ketika itu.

Baiklah, dipendekkan cerita, sebelum dan selepas pembedahan, segala nya diuruskan oleh suami aku sorang. Aku ulang. SEGALA – SEGALANYA.

Mak mertua aku jatuh s4kit teruk dan perlukan penjagaan rapi. Adik ipar aku perlu penjagaan rapi (br4in damage sebab demam panas ketika berusia 2 tahun) dan selalu kena saw4n. Sekarang dia sebaya dengan aku, hampir 40 tahun.

Dipendekkan lagi cerita, akibat dari terp4ksa jaga dua orang yang s4kit dan memerlukan penjagaan rapi.

Akhirnya suami aku hilang focus kerja dan selalu ambik cuti kec3masan. Akhirnya dia diberhentikan kerja. Bila dia diberhentikan, azab dan str3ss aku pun bermula.

Duit simpanan kami yang hampir RM100 ribu hampir habis sebab suami tiada kerja tetap dah hampir 3 tahun.

Sem4kin menyusut untuk belanja ubat – ubatan dan peralatan kesihatan. Dengan belanja keluarga sendiri dan anak – anak seramai 3 orang yang sem4kin membesar.

Aku selalu rasa nak nangis sebab aku sedih abang – abang suami tak bantu kami pun untuk kami menjaga mak dan adik mereka. Mereka tak tahu ape perasaan aku.

Aku penat. Penat kerja, balik kena masak dengan rumah tak kemas.. Kadang – kadang busuk sebab pampers boc0r. Duit gaji aku habis macam tu jek. Dulu gaji aku tak berusik dan aku leh simpan dalam tabung haji.

Dan sekarang, suami aku hanyala grab driver yang bertungkus – Iumus mencari rezeki untuk keluarga kami yang besar.

Sampai tak balik rumah semata – mata nak tampung perbelanjaan harian. Dan aku bagai orang gaji di rumah sendiri, semua benda aku bereskan.

Dan abang – abang ipar aku hanya datang suka – suka untuk jenguk mak dan adik diorang. Tak pernah hulur apa – apa. Aku pernah bagi cadangan untuk hantar mak mertua dan adik ipar aku ke rumah abang – abang suami aku.

Namun suami aku bagi alasan, isteri masing – masing tak bagi padahal ada isteri mereka yang tidak berkerja.

Lama – kelamaan aku jadi str3ss dan negatif person. Aku cemburu tengok rumah diorang sentiasa bersih dan wangi, dapat bercuti dengan selesa. Dapat menjalankan aktiviti macam biasa tanpa perlu memikirkan orang lain.

Aku? Terkurung dalam rumah sendiri.. Dah jarang bercuti sebab suami aku nak jimat duit dan risau tiada orang nak jaga mak dan adik dia.

Rumah aku jadi busuk dan tidak terjaga (aku kerja dan aku kadang – kadang tak sempat nak kemas rumah tiap – hari).

Aku jadi orang yang tidak ikhlas, aku kena masak dengan portion yang besar, aku kena layan karenah mak mertua yang dah tua, aku kena dengar jeritan adik ipar yang aku yang kadang – kadang suka terjerit – jerit.

Aku kena pakai serkup kepala kalau family abang ipar aku datang (datang pun tak cakap.. pakai datang je).

Kalau masa raya, aku jadi sangat letih sebab ramai sangat saud4ra mara family mertua datang ke rumah aku untuk jenguk mak mertua aku. Aku yang kena handIe sorang – sorang.

Aku mula suka marah – marah anak aku sebab aku penat dan suami aku selalu tak ade rumah sebab grab.

Tu belum lagi aku bab abang ipar aku minta tolong aku beli kereta pakai nama aku sebab aku pekerja kerajaan.

Aku dengan berat hati tolong sebab tak nak tengok suami aku bermasam muka dengan adik beradik dia.

Dan akibatnya, pernah ada saman atas nama aku. Suami aku yang bayarkan sebab tak nak tengok aku str3ss.

Kalau abang ipar aku lambat bayar installment, makanya suami aku yang bayarkan dulu sebab tak nak aku bising bila dapat notification dari bank.

Aku bukan aku yang dulu. Dulu sentiasa bersyukur, positif, ceria dan sentiasa baca Quran.

Aku sekarang jadi seorang yang cemburu dengan kebahagiaan orang lain, berlakon untuk menampakkan hidup aku ceria, sentiasa letih dan malas untuk melakukan ibadat sunat, apa yang aku buat, aku rasa tak ikhlas sebab dalam hati sentiasa merungut.

Nasihat aku, kalau kat luar tu ada ibu bapa yang tua atau s4kit, jagalah bergilir – gilir antara adik beradik, janganlah bagi pelbagai alasan untuk tidak menjaga ibu bapa kita. Janganlah jadi orang yang tidak bertanggungjawab.

Untuk para – para isteri, bukakanlah hati dan terimalah mak mertua anda tinggal di rumah anda. Ingatlah satu hari nanti kita semua akan tua, dan semuanya akan berbalik kepada kita.

Buat semua pembaca, satu jek aku nak minta. Minta doakan aku jadi orang yang ikhlas, m4kin lama, ikhlas tu m4kin jauh..

Moga Allah bersihkan hati aku, terima amal ibadat aku. Moga anak – anak aku akan jaga aku macam mana aku jaga mak mertua dan adik ipar aku.

Mohon juga Allah luaskan rezeki kami sekeluarga. Jangan suruh aku bersabar sebab aku dah lama sangat bersabar dan sabar itu pun sem4kin hilang.