Derita kami adik beradik perempuan yang dilayan teruk oleh ibubapa. Hingga kini kami tetap jahat

Aku anak kedua daripada 4 beradik. 3 perempuan dan 1 lelaki. Telah berumahtangga dan hidup bahagia dengan suami dan anak-anak.

Aku dan adik-beradik hingga kini mampu survive menempuh ujian mak ayah ini hingga kami berjaya dalam kerjaya masing-masing, meskipun penuh sengsara sewaktu kecilnya.

Aku tiada ujian keluarga kecilku, tiada ujian kewangan, tiada ujian apa2 kecuali ujian ibu bapa yang aku panggil mak dan ayah.

Semenjak kecil, aku melihat mak ayah sering bertengkar, menghina satu sama lain. Ayah gagal menunaikan tanggungjawab nafkah zahir pada mak.

Mak pula isteri yang sangat kuat melawan dan tidak menghormati ayah. Mak sering berkata buruk tentang ayah hingga tertanam dalam jiwa kami, ayah itu jahat.

Setakat dihambat dengan tali pinggang, penyangkut baju dan salur paip getah itu biasa, makanan rutin kami, tak termasuk disumbat cili padi tumbuk ke dalam mulut, siksanya hanya Tuhan Maha Adil lebih mengetahui.

Selepas mak puas melunyaikan kami, bila ayah pulang daripada tempat kerja, mak menghamburkan pula kemarahan kepada ayah, lalu kami akan melalui siksaan yang disebut buat pusingan kedua.

Berbirat, luka tak usah cerita, hancur luka hati anak-anak perempuan, siapa yang tahu.Dahulu tiada talian Nuur.

Namun, anak lelaki mak ayah tiada yang usik, anak permata yang disayang, tapi tidak buat kami anak perempuan.

Ayah kaki video porn0. Berkeping-keping CD luc4h ada di rumah. Kesannya, kakak ketika kecil menonton CD itu ketika mak ayah tiada di rumah, bayangkan betapa rosak otak anak kecil seperti kakak.

Entah mengapa, aku rasa curiga, ayah juga begitu. Lantas aku dan ayah menjejaki tempat kursus mak. Rupanya mak tiada di situ.

Setelah beberapa hari, barulah mak mengaku, bertemu dengan kekasih lama mak. Apa yang mereka buat? Hanya Allah yang tahu. Betapa keluargaku rosak berlapis-lapis. Aku bertahan.

Mak dan ayahku tidak mempedulikan ibu bapa (datuk dan nenekku) mereka ketika sakit, itu yang aku saksikan semasa kecilku, dengan alasan mereka (datuk dan nenek) ada anak-anak lain.

Ya, sangat zalim, aku tidak mampu berbuat apa-apa, kerana masih kecil.Namun silap derhaka inilah yang terpasak di mindaku dulu, membiarkan orang tua sakit sendirian di hospital.

Namun syukur, aku dan adik beradik perempuanku setia menjaga mak ayah kami jika mereka sakit. Jauh sekali seperti yang mereka buat pada ibu bapa mereka (nenek dan datukku)

Tidak cukup dengan selalu menjenguk mereka, aku berikan duit hampir RM1000 untuk duit poket mereka berdua. Anak lelaki?

Lepas tangan, tidak dimarahi, malah ayah siap memberi hadiah sebiji rumah kepada adik lelakiku. Ya memang tidak adil.

Pada minggu lepas, rupanya mak ada temujanji di hospital, mak ayah sikit pun tak memberitahu aku, sedangkan selama ini akulah jadi peneman setia membawa mereka untuk rawatan.

Setibanya di dalam bilik doktor, di depan doktor yang merawat, ayah menyampaikan mesej melalui telefon seolah-olah aku mengabaikan mak, tidak menemaninya untuk rawatan.

Aku malu, sementelah doktor yang merawat itu adalah rakan sekerjaku. Apalah dosaku hingga mereka sanggup memalukan aku sedemikian rupa.

Buat pembaca, janganlah menjadi anak derhaka, apalagi ibu bapa derhaka. Menjadi ibu bapa tidak menjadi lesen untuk kita berbuat dosa kepada anak2. Allah akan memberi balasan kepada yang derhaka, termasuk ibu bapa.

Yang memiliki ibu bapa derhaka,

Anak Yang Tinggi Kesabaran,