Ibu mertua aku ini nampak baik je tapi yang peliknya dia suka sangatr mengumpat menantu-menantu dia

Bismillah. Ramai yang berkongsikan kisah ‘buruk’ bila berdepan dengan ibu mertua. Aku faham sangat, almaklumlah, baru berkahwinkan.

Tak apa, Aku nak kongsi serba sedikit macam mana aku buat dengan ibu mertua aku sendiri. Fikiran perempuan sangat compIicated, tapi kita boleh tune jadi lebih baik. Sila hadam ya masing – masing.

Aku Nazha, berumur 35 tahun dan baru kahwin 4 tahun. Maknanya aku berumahtangga umur 31. Terus terang aku katakan, masa baru – baru kahwin, aku menyampah sangat dengan mak mertua aku.

Mak mertua aku ni kerja dia mengumpat je. Apa yang dia nampak semua tak betul. Apa yang orang masak semua tak sedap. Dia aje yang masak sedap.

Aku ni pulak kerja kat International firm. Tau – tau lah, satu dunia ada kat ofis aku.

Meraikan pelbagai budaya, pelbagai bangsa. Officemate aku India membesar kat London, Afrika membesar kat Amerika, Malaysia membesar dekat New Zealand, Chinese membesar dekat Canada, American, Australian dan macam – macam lagiIah.

Susah nak dengar diorang ni mengumpat dan memperkatakan perihal orang lain. Kami lebih berborak kepada isu – isu semasa dan hal ilmiah.

Jadinya, aku dah terikut dengan sikap kawan – kawan aku ni. Malas nak ambil pusing pasal orang.

Dijadikan cerita, aku pun menamatkan zaman bujang. Aku masa mula – mula, dalam setahun lebih kurang, perasaan aku macam tak senang kalau jumpa mak mertua aku.

Mengumpat je kerja dia. Menantu – menantu dia semua diumpatnya. Semak sangat kepala aku. Mak mertua aku ni baik, tapi ntah la, semua tak betul dekat mata dia.

Aku sampai nak elak – elak jumpa dia. Benci sangat sebab dia menjadikan aku bersubahat, untuk kongsi d0sa dengan dia.

Kemudian, entah macam mana, dari perangai giIa – giIa, aku sikit-sikit berubah. Aku suka dengar radio IKIM Fm. Yelah, dah tua kan? Takkanlah nak masih macam dulu lagi.

Banyak perkongsian menarik kat siaran radio tu. Antaranya dari Prof. Dr. Muhaya. Masa slot dia, ramai sangat pemanggil – pemanggil wanita (isteri) yang mengadu pasal suami masing – masing.

Sekali lagi, apa yang Prof. Muhaya tekankan ialah, ‘Tengok balik diri sendiri dulu, perbetulkan diri sendiri dulu dan bersyukur mak mertua didik suami macam mana’. Aku masa mula – mula dengar macam belum boleh hadam sangat.

Bila aku meniti alam rumahtangga aku, suami aku sangat – sangat bertoleransi, memahami dan suka tolong aku.

Sedetik aku berfikir, syukur sangat mak mertua aku dapat mendidik suami aku sebaik – baiknya. Jadi, bila aku fikir balik sikap suami aku, aku bersyukur dan teringatkan mak mertua aku. Ok apa yang aku buat untuk menjadi menantu yang baik:

1. Kalau mak mertua aku mengumpat orang semua tak betul, sebagai menantu korang boleh respon “oh ..iya mak” atau ‘Ooo..camtu ke mak?”.

Respon jangan mengiyakan jangan menidakkan. Jadi senatural yang boleh. Mungkin Mak mentua tu sunyi, dia nak bercerita. Korang kat sini bertindak sebagai pendengar dan jangan terbawak dalam kehidupan korang pasal cerita – cerita dia. Dengar situ, habis situ.

2. Kalau mak mertua korang kata, dialah masak paling sedap, korang kena setuju je dan tambah “paling sedap dalam dunia”.

Tundukkan eg0, walaupun ko seorang chef sekalipun. Puji mak mertua bagi meIambung sikit, InshaAllah bila hati dia berbunga, dia pun gembira.

3. Mak mertua aku pernah suap pudding manis kat baby aku. Aku tak marah, sebab dia orang tua. Aku cakap tak apa, aku suap. Depan dia, aku suap sikit – sikit je.

Bila dia ke dapur, aku yang ngap pudding tu. Bila dia ke depan balik, aku cakap baby aku suka sangat pudding mak buat. Padahal aku yang makan.

Aku tak nak la keruhkan mood dia, masak pudding untuk baby aku, tapi aku tak bagi. Jadi, aku ambil jalan seIamat supaya dia tak kecik hati.

4. Mak mentua aku pernah tegur aku depan orang ramai. Siap menjerit kau! Sedih sangat, sampai nak menitik air mata aku. Makan hati jugak 2, 3 hari tapi lepastu aku OK.

Aku fikir, semua tu untuk kebaikan aku. Dah tak payah ingat – ingat, so tak adalah kecil – kecil hati.

5. Kalau mak mertua korang masak, tapi ko tak tau nak tolong apa, ko pergi je dapur. Buat – buat tanya walaupun benda bod0h. Contoh ‘ Oh! Macam ni ke pot0ng sayur ni mak?

Saya suka pot0ng bulat – bulat. Ataupun “ Wah! Cantik pinggan mak”. “ Eh! Mak baru beli ke periuk ni?” atau ‘Oh! Masukkan santan kemudian ya mak?”

Ko ajak je mak mentua korang berborak. Macam mak mertua aku, kalau tunjuk muka kat dapur pun jadilah. Borak – borak dengan dia walau tak tau nak buat apa. Tunjuk macam korang ambil berat pasal apa yang terjadi kat dapur.

Setakat ni, ini je yang aku teringat. Kalau ada lebih, nanti aku tulis lagi. 3 tahun kahwin, baru ada anak.

Alhamdulillah, aku berterima kasih sangat kat mak mertua aku sebab jaga aku masa pant4ng. Makanan pant4ng yang dia sediakan memang tahap 5 star.

Bukan makanan pant4ng yang biasa dan boring – boring tu. Ternyata mak mertua aku memang the best chef. Dia jaga anak aku, cucu dia dengan penuh kasih sayang.

Kalian, tolong ingat ya, Mak Mertua ibarat mak kita sendiri. Sanggup ke korang ngumpat – ngumpat dia, s4kit hati dengan dia lama – lama, benci dengan dia? Sudah – sudahlah.

Pahala mentaati dia sama dengan mentaati mak sendiri ya? Jadi, apa lagi? Kita cubalah ubah diri jadi lebih baik. Sekarang aku lah best friend Mak mertua aku.