Ibu ayah tak restu perkahwinan adik. Bila aku jumpa mak perempuan tu jadi lagi teruk pulak

Assalamualaikum . Aku Aira (bukan nama sebenar). Berkahwin dan mempunyai seorang anak. Aku ada ramai adik beradik. Ada abang, ada adik lelaki dan perempuan.

Kisah ini berlaku beberapa tahun lepas. Adik aku berkenalan dengan seorang perempuan janda anak satu dan berhasrat untuk menikahi perempuan tu dan keluarga perempuan itu adalah orang tabligh.

Jadi bila adik aku dah lama membesar dengan keluarga angkat, banyak la perbezaan dan kecelaruan yang berlaku dalam nak menyesuaikan diri dia dengan kami.

Dan aku sendiri sampai sekarang tak tahu apa sebenarnya yang ada dalam hati dia bila diambil balik sebab dia banyak memberontak dalam diam.

Dan dia kurang rapat dengan ibu ayah aku dan adik beradik lain. Ada la konflik sikit2 tu.

Panjang pula pengenalan tentang adik aku.

Berbalik kepada cerita tantang hasrat adik aku nak bernikah. Kat sini la mula berlaku konflik yang besar antara adik aku dan keluarga.

Aku sebenarnya awal2 sokong je hasrat adik aku tu. Dan aku pun sentiasa bagi macam2 nasihat kat die. Aku pun pernah berjumpa dengan perempuan tu dan tak ada masalah apa2 pun dengan pilihan dia.

Ya. Kad undangan perkahwinan adik aku dan perempuan tu. Tanpa berbincang dengan ibu ayah aku.

Tanpa ada persetujuan ibu ayah aku. Tanpa pengetahuan ibu ayah aku majlis semua dah dirancang.

Kami terima kad tu seminggu sebelum tarikh nikah meraka.

Ibu ayah aku tentu la tak nak hadirkan diri untuk pernikahan tu. Sedih. Marah. Kecewa. Semua perasaan ada.

Tapi aku.. Aku nak tahu kenapa keluarga perempuan tetap teruskan majlis pernikahan padahal mereka tahu tak ada persetujuan dari ibu ayah aku.

Oh.. Lupa nak selit satu perkara. Adik aku ni dari kecil ada tabiat suka putar cerita dan memanipulasi keadaan untuk orang sentiasa bersimpati dengan keadaan dia.

Sambung balik. Jadi aku tak tahu apa sebenarnya yang adik aku dah cerita pada keluarga perempuan tu sampai mereka sanggup teruskan majlis tanpa ibu ayah aku.

Dan jawapan mak perempuan tu katanya adalah untuk mempermudahkan urusan yang baik dan senang untuk dia keluar menjalankan aktiviti tabligh bila ada orang jaga anak perempuan dia.

Habis selama tak kenal adik aku, elok pula anak perempuan dia boleh jaga diri sendiri. Mak perempuan tu cakap dia siap dah bagi tempoh kat adik aku

kalau ibu ayah aku masih tak terima juga mereka akan teruskan majlis padahal adik aku tak pernah balik bincang pun.

Tak kan la orang belajar agama macam dia tak tahu kat mana letaknya syurga seorang anak lelaki. Pentingnya redha ibu ayah dalam setiap perkara

dan urusan lebih2 lagi melibatkan hal pernikahan yang bukan kecil. Cara dia bercakap seolah langsung tak menghormati hak ibu ayah aku. Aku jadi marah sangat.

Aku bukan kata pernikahan tu tak baik. Memang elok untuk disegerakan. Tapi cara tu yang salah sebab membelakangkan ibu ayah.

Ibu ayah aku sampai sekarang tak boleh terima adik aku dan isteri dia. Ayah aku pernah cakap, pintu rumah ni dah tertutup untuk adik aku. Apa lagi pintu hati.

Aku? Ntah la.. Walaupun di akhir perjumpaan tu aku peluk erat adik aku dan isteri dia sambil menangis teresak2 dan memberi kata2 nasihat.

Semoga jadi pengajaran untuk adik aku dan semua pembaca. Ingat la dalam setiap perkara walau apa pun utamakan lah ibu ayah.

Kerana tanpa ibu ayah siapa la kita kat dunia ni. Tanpa redha ibu ayah apa la erti hidup kita sebagai seorang anak.

Terima kasih pada yang sudi membaca.

Aku yang masih terluka,