Kami diuji dengan kewangan hingga aku mula menjeruk rasa kerana menaggung beban hutang suami

Assalamualaikum, Sebelum aku berkahwin, suami aku kerja sebagai penyelia tapak bina.

Gaji basic cuma seribu tiga ratus sebulan tetapi disebabkan suami aku terlalu rajin kerja gaji dia jadi 2000 campur ot.

Ketika aku usulkan yang aku sedang berkenalan dengan suami aku ni abah terus minta untuk percepatkan.

Abah kata tak perlu tunang sebab benda baik elok disegerakan. Lagipun suami aku anak kawan abah yang sama-sama kerja sebagai cikgu dulu.

Dalam susah payah aku dan suami mengumpul wang kami berjaya membina rumah tangga dalam majlis yang sederhana.

Ibu bapa aku tak minta hantaran tetapi ayah mertua beri 5 ribu dan duit tu semua aku beri pada abah untuk cover katering.

Majlis sebelah aku hampir semua aku tanggung. 70% aku 30% suami. Duit cincin pun aku tanggung separuh.

Gelang hantaran yang dijadikan mahar adalah gelang milik ibu yang dihadiahkan kepada aku tetapi ibu suruh suami jadikan mahar.

Tengah bulan gaji aku sudah habis semuanya. Aku tak mampu beli baju baru, kasut baru, hatta tudung yang berharga 15 ringgit pun aku terpaksa tolak tepi.

Aku masih tinggal dengan parents kerana tempat kerja ku dekat dengan rumah jadi aku tak perlu risau tentang makan minum atau pun kos sewa rumah.

Aku hulur duit pada parents dan semua bil abah akan uruskan.Kadang bila aku penat pulang dari kerja dan teringin nak beli makanan sedap

tetapi teringat duit dalam bank yang tinggal tak sampai 50 ringgit aku menangis sendiri. Aku mula menjeruk rasa.

Aku mula berkira dengan suami ku. Aku merungut marah dengan segala beban yang terpaksa aku tanggung.

Tiada lagi panggilan telefon dan mesej sayang daripadanya. Seharian aku cek telefon mengharap panggilan telefon daripada suami tetapi hampa.

Aku mula rasa sedih, rasa sakit. Iya aku tak mampu hidup tanpa suami.Jiwa aku terlalu sakit. Hati aku terasa berlubang. Aku menangis semahunya.

Aku cuba hubungi suami dan meminta maaf. Pada mulanya suami agak tawar hati tetapi akhirnya kami berbaik semula. Suami berkali-kali minta maaf dan memohon untuk aku bersabar.

Suami kerja siang malam kumpul wang untuk majlis bertandang dan dalam masa yang sama cuba menanggung semua hutang nya.

Mulai daripada hari yang menyakitkan itu aku tekad untuk mensyukuri segala yang ada dan tidak lagi hidup serabut memikirkan wang.

Sebelum ini itu lah medium yang selalu merasuk jiwa aku dan memaksa suami bekerja lebih supaya kami dapat melakukan perkara yang sama.

Nak hidup macam mereka, nak suami beli kan itu dan ini. Aku jadi malu bila memikirkan semuanya kembali.

Sekarang aku rasa sangat tenang dan lapang. Wang bukan lagi jadi ukuran. Rezeki suami juga menjdi semakin lapang alhamdulillah.

Aku sedar bahagia yang sebenar itu adalah apabila kita merasa syukur dengan nikmat yang ada dan berlapang dada dengan ujian Allah. Doakan rumah tangga aku kekal bahagia sampai syurga ye. Lots of love.