Aku dilayan seperti sampah oleh keluarga. Bila aku dah berduit baru berbaik. Bila aku pergi selamanya nt pasti hartaku akan dirampas

Assalamualaikum WBT Admin dan rakan netizen sekalian. Nama aku Firaz. Aku terpanggil untuk mengarang disini kerana terbaca kisah mengenai pecah belah keluarga kerana harta si abang yang telah mennggal dunia.

Sebenarnya ada hikmah mengenai isu ini, dan kita perlu berwaspada dan membuat wasiat dari awal walaupun baru berkahwin.

Dan ini menyebabkan aku juga menjadi risau sekiranya aku mennggal awal dan mennggalkan seorang balu dan anak yang masih kecil.

Aku ingin bercerita sedikit mengenai latar belakang keluarga aku. Aku ini bukan anak emas keluarga, maksudnya anak dibuang keluarga.

aku tidak mahu cerita lebih demi mengawal trauma dan depresi aku sekiranya aku luah lebih-lebih.

Mula-mula memang family aku tidak tahu, tetapi apabila adik aku melihat slip gaji aku secara tidak sengaja, tanggapan mereka terus berubah.

Aku tahu mereka melayan aku dengan baik hanya kerana duit. Tetapi aku malas nak gaduh, aku tetap melayan mereka normal as a family.

7 bulan lepas alhamdulillah aku selamat bernikah dengan gadis pilihan aku sejak sekolah dulu.

Oh ya, lupa nak bagitahu, Nadia ini lah yang menjadi pemangkin semangat dan setia dengan aku sejak aku susah.

aku ni dari budak PMR je sampailah jadi chef macamni, hanya dia yang ada dengan aku.Dulu pernah terkantoi aku lupa diri, curang dengan dia, bercinta dengan pramugari.

Aku tidak mahu Nadia dipinggirkan kerana dia pun tidak bekerja sedari bernikah dengan aku.

Bolehkah aku membuat wasiat yang rumah ini akan jadi milik Nadia walaupun aku beli sebelum berkahwin lagi?

Aku juga risau kerana bakal anak kami mungkin adalah perempuan. Dan ini menyebabkan harta aku mesti akan jatuh kepada adik beradik aku juga.

To be frank, aku tidak mahu berikan kepada mereka sesen pun disebabkan trauma yang mereka lakukan kepada aku sejak kecil.

Aku hanya ingin berikan duit KWSP kepada ibu kerana berterima kasih beliau melahirkan aku walaupun aku dilayan seperti sampah dahulu.

Isteri aku pernah berkata apabila terbaca kes viraal tersebut, dia takkan rebutkan apa-apa kerana tidak mahu bergaduh. Tetapi aku pasti risau tentang masa depannya apatahalagi kami ada anak.

Kes viraal tersebut sampaikan dompet si arwah pun dirampas oleh keluarga, aku tidak mahu anak isteri aku maati kebuluran jika tidak diberi keadilan. Aku tahu family aku ini perangai tamak macamana.

Harap korang dapat membantu aku mencari idea.