Bercinta hingga lupa diri. Segalanya indah belaka seperti yakinye dia akan jadi suamiku. Rupa2nye tidak

Allah tidak akan pisahkan dua orang yang saling cinta melainkan kerana DOSA. Aku akan kaitkan dengan kisah aku dan harap pasangan kekasih di luar dapat ambil ikhtibar.

Aku baru saja putus cinta dan ini pengalaman pertama aku. Sangat perit. Tiga hari; aku tak dapat tidur, hilang nafsu makan, berat turun mendadak, asyik menangis jer

sebab tak dapat terima kenyataan yang aku ditinggalkan secara tak diduga, secara tiba² tanpa warning.

Yes, aku dapat tahu bf aku curang. Smooth jer permainan dia. Siang tu kitorang berchat macam biasa, bahagia seperti selalu, tiba² petang tu aku dapat dm dari seorang perempuan yang mengaku gf dia.

Ya Allah, aku macam nak pitam. Patahnya hati aku masa tu. Aku tak tahu nak menangis or marah. Just speechless.

Dan aku terpaksa relakan sebab aku fikir logik ‘kalau betul dia ikhlas nak jadikan aku pasangan hidup dia, tak akan terlintas sedikit pun niat di hatinya nak cari perempuan lain.’

So aku rela undur diri, bukan sebab aku tak sayang dia, tapi sebab maruah aku tercalar. I’m down to love him forever, but dia sia-siakan peluang tu!

Banyak kali dia minta maaf and bagi aku kata² semangat, tapi aku cakap aku tak akan maafkan dia and tak akan pernah redha dengan perbuatan dia sampai bila².

Tiga hari pertama tu fasa kritikal bagi aku. Sakitnya bukan setakat didalam hati, tapi terasa secara fizikal. Jantung aku berdegup laju, terasak sesak,

macam something yang berat bertapak di dada aku and benda tu effect kesihatan aku. Aku hampir depress tapi syukur aku masih ada iman.

Banyak benda dah lalui sesama, ke hulu ke hilir, berkepit sana sini pergi melancong, buang duit, tenaga, masa, dosa jangan cakap.

Dan semua tu jadi sia-sia… Tapi aku think positive, aku patut bersyukur sebab Tuhan tunjuk awal sebelum kitorang ke stage seterusnya.

So minggu kedua ni juga aku start rasa rindu, rasa kosong, sebab dah terbiasa contact hari², tiba² dia hilang… memang menangis la juga.

Tapi minggu KETIGA entah tiba² perasaan benci pula timbul. Aku berdendam dengan dia and benda ni buat aku tak tenang. Sumpah. Benci tu membuak².

So aku ikhtiar nak kembali semua ke jalan Allah sebab nak tenangkan hati aku. Betul lah orang kata, time susah baru nak ingat Tuhan. Aku start solat balik, minta keampunan dari Allah, dan berzikir setiap kali aku tak tenang.

(3) Allah maha membolak-balikkan hati. Kalau kau rasa pasangan kau sekarang yang terbaik, tak semestinya ia terbaik pada Allah.

Kerana sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. That’s why Allah palingkan seseorang itu dari hidup kau.

Percayalah,ada sesuatu yang lebih baik sedang menunggu dan jemputlah ia dengan cara baik seperti berdoa kepada Allah.

Banyak lagi yang aku dapat tapi yang betul² buat aku sentap ialah ‘Allah tak akan pisahkan dua orang saling cinta kecuali kerana DOSA’.

Aku munasabah diri, kenang balik dosa-dosa yang aku telah buat sepanjang in relationship dengan ex aku.

Hinggalah perkara ni betul² menimpa aku dengan sangat sakit dan tak terduga.Yeah, i know ini kifarah buat aku.

Dan kifarah buat dia pula will be another story sebab dah patahkan hati seorang perempuan (aku) dengan cara kotor hingga aku terseksa. Tapi semua tu aku serahkan pada Allah untuk membalasnya.

So sekarang ni aku masih dalam fasa healing. Aku dah dapat terima kenyataan yang kami dah tak bersama, cuma aku still tak redha dengan apa yang dibuat dekat aku.

Aku berdoa supaya Allah lembutkan hati aku untuk maafkan dia sebab aku tak nak berdendam dengan sesiapa.

Serahkan pada Allah, jangan kita dahulukan manusia dari Allah kalau tak nak rasa patah hati. Yes, i learnt from my mistake.