Aku tahu kejayaan abang dan kakak adalah hasil didikan walid. Tapi tak pernah dihargai anaknye

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau kisah aku ni di approve.. Salam Ramadhan buat semua.

nanti kita akan menyambut hari raya aidilfitri kan. Moga raya kali ini lebih bermakna buat kita semua.

kisah ibu bapa rindu anak dan banyak lagi lah. Bila baca cerita macam tu aku jadi sedih kerana walid aku juga macam tu. Tapi cerita walid aku lain.

Disaat orang lain gembira sambut raya dengan anak2 tapi tidak untuk walid aku. Kalau aku cerita semua disini pasti nya sampai pagi raya tak kan habis.

Apa yang walid cerita, ketika dia tinggalkan anak2 nya yang sulung umur 25. Kalau dikira sekarang umur anak sulung walid 50 tahun macam tu.

Apa yang aku tahu walid tidak langsung dibenarkan untuk berjumpa dengan anak2 nya kerana bekas mertua melarang.

Walid dihalau oleh isteri sendiri dan bekas mertua nya sehelai sepinggang. Semua harta walid tinggal sebagai nafkah untuk anak2.

Sejak dari itu walid tidak dibenarkan berjumpa anak2. Bekas isteri walid juga melarang anak2 dari berjumpa dengan walid.

Fyi, selepas walid bercerai dengan bekas isteri nya, alhamdulillah walid terus hidup mencari kehidupan sebenar dan berkahwin dengan umi aku dan dikurniakan dua orang anak.

Walid cerita supaya aku tidak lupa bahawa aku ada adik beradik lagi selain abang. Walid cerita supaya bila aku dewasa dapat merasa kasih sayang seorang abang.

Dan bila aku mula pandai media sosial aku terus mencari info tentang abang2 aku. Sekarang zaman semua benda di hujung jari kan.

Semua benda nak upload Instagram. Kejayaan mereka kemewahan mereka semua tunjuk dalam fb. Buat kerja aku mudah untuk mengikuti semua perkembangan abang2 aku.

Setiap tahun aku contact abang-abang aku merayu balik jumpa walid. Bukan raya je, setiap kali walid sakit aku massage supaya datang jenguk walid.

Tahun 2017 walid ada buat operation jantung. Aku merayu juga supaya mereka pulang takut menyesal kemudian hari namun batang hidung mereka pun aku tak nampak.

mereka lupa kasih sayang walid membesarkan mereka dari sekecil tapak kaki sehingga sebesar gajah Aku tidak mengharap mereka bantu walid

tapi cukup kasih sayang di utamakan. Orang tua bukan mahu duit tapi cukup kasih sayang yang dihargai.

Okey back to tajuk, rindu seorang ayah. Aku tahu walid merindui anak2 nya walaupun dia diam bila sebut pasal anak2.

Jauh disudut hati seorang ayah menangis terkenang anak. Ayah mana tidak sayang anak. Ayah mana tidak rindu anak.

Buat abang dan kakak, aku mengharap kalian baca coretan ini. Aku tahu mereka selalu baca page ni.

Wahai pembaca sekalian, andai sesiapa yang membaca coretan ini tolong lah hargai kedua ibu bapa. Maaf andai coretan ini tidak tersusun.

Aku share disini sebab aku tak tahu dah cara nak minta abang2 aku pulang. Semoga pembaca juga boleh beri pendapat macam mana cara untuk aku pastikan raya tahun ini walid boleh berjumpa dengan anak2 nya. Sekian terima kasih.