Walid beritahu Kebahagiaan kita adalah bila kita boleh bahagiakan org lain. Maaf, aku masih belum mampu membahagianmu walid

Assalamualaikum Dalam coretan yang kedua aku ada cerita tentang pertemuan walid dengan abang irham di hospital secara kebetulan.

Sempat aku bersembang dengan irham. Abang irham ni kerja pangkat besar gaji berpuluh ribu.

Orang berpengaruh. Kalau aku sebut mesti ramai yang kenal. Biar lah. Cerita macam ni tak boleh terlalu umum.

Ohh yaa aku lupa, sebelum Allah pertemukan abang irham dengan kami,walid terjumpa seorang kenalan rapat abang irham merangkap rakan sekerja abang irham.

Aku gelarkan ali Oleh kerana ketika itu walid tahu ali bekerja syarikat yang sama dengan irham.

Walid pelan2 cerita dan bertanya pada ali pasal irham. Yaa dan ternyata ali kenal irham.

Apa aku dapat simpulkan disini, abang irham dihalau oleh isteri dan anak2 nya ketika balik dari bekerja luar kawasan.

Sama seperti walid juga abang irham dihalau kerana ada perempuan lain. Cerita ini sangat panjang.

Aku malas nak cerita satu persatu. Cukup kalian faham cerita abang irham dihalau sama seperti bekas isteri walid halau walid. Beza nya abang irham ada kerja.

Tidak habis sampai disitu, umi meminta abang irham datang jumpa walid walaupun sekejap. Kerana kata umi walid boleh selesaikan masalah abang irham.

Seminggu selepas abang irham call umi. Dia pulang rumah aku dan jumpa walid. Dan ya walid dengan umi sangat terkejut tengok keadaan abang irham walaupun umi tak pernah lihat keadaan abang irham.

Abang irham sempat tinggal dengan kami seminggu dan alhamdulillah dia sedar dari ‘lena yang panjang’.

Selepas rawatan abang irham mula solat lima waktu dengan cukup, buat solat sunat. Dia mula sedar apa yang berlaku dan boleh dibawa berbincang.

Dia mula cerita sebelum dihalau isteri nya meminta abang irham menyerah kan semua aset yang abang irham ada dan sign satu perjanjian.

Anak2 juga memaksa abang irham buat begitu. Disini aku boleh nampak betapa kejam nya dan angkuh isteri abang irham sanggup buat suami sampai begitu sekali.

Enam bulan kemudian abang irham mengambil keputusan untuk melafazkan talak kepada isteri nya setelah isteri nya berkali minta abang irham melafazkan talak.

Aku tak tahu nak kata apa. Oh ya, boleh dikatakan setiap bulan juga abang irham minta pinjam duit kerana semua duit nya habis diberi kepada anak2 dan bekas isteri,

atas dasar simpati aku bagi walaupun kami pun cukup2 makan kerana aku tahu hidup dikota kos nya sangat tinggi dan takut abang irham kelaparan.

Masa berlalu dengan agak pantas. Cukup setahun kami mengenali abang irham setelah pelbagai cerita dan ujian yang abang irham dan walid lalui.

Selepas penceraian abang irham selalu pulang jumpa walid. Boleh dikatakan setiap bulan abang irham akan pulang.

Sepanjang abang irham berhubung dengan walid dan keluarga kami, abang irham tidak memberi tahu ibunya kerana risau takut ibu nya memarahi kerana berjumpa dengan walid.

Hari itu aku diserang bertubi dengan soalan pasal abang irham dari keluarga belah sana. Ada yang call aku,

ada yang whatsapp aku dan last sekali cucu bekas isteri walid sanggup datang dari jauh mencari aku untuk bertanya pasal abang irham.

(cucu walid juga la dah kalau cucu bekas isteri kan) Aku tak tahu mana dapat nombor aku, mana diorang kenal aku dan kenapa aku yang diserang bukan orang lain.

Aku tak tahu mana dosa dan mana salah buruk nya kalau irham berbaik dengan walid. Macam menjadi satu kesalahan yang sangat besar.

Aku ingat perkara itu habis sampai disitu, rupanya tidak. Ye lah langit tak selalu cerah. Kebahagiaan keluarga kami dengan abang irham tak lama.

namun seorang ayah takkan tunjuk kesedihan betul tak. Aku ada bertanya walid kenapa biarkan abang irham pulang sana jika walid sendiri mahu beraya dengan anak nya.

Jawapan walid aku ingat sampai harini. Walid beritahu aku Kebahagiaan kita adalah apabila kita boleh membahagiakan org lain.

yaa, walid mahu bekas isteri nya bahagia dapat beraya dengan anak2. Di pagi raya, abang irham ada call umi dan berjanji akan pulang jumpa walid raya kedua atau sebelum pulang ke kl.

Namun, janji tinggal janji sampai hari ini aku tulis coretan ini raya ke 8 abang irham tidak pulang. Bukan sahaja tidak pulang call tak berangkat, whatsapp tak reply.

Aku tak tahu apa masalah irham sampai kami tak dapat berhubung dengan dia. Umi dengan walid aku tengok murung.

Yaa dengan keadaan abang irham kami tak dapat contact buat aku makin serabut. Makin sedih. Aku sangat menyayangi abang irham.

Aku sangat mengharap abang irham akan berhubung lagi dengan kami. Abang kakakku, ketahui lah berjaya seorang anak itu bukan kerana dia hebat,

bukan kerana dia pandai tetapi kerana berkat doa orang tuanya.Kerana doa mereka tiada hijab antara mereka dengan Allah.

Abang kakakku, andai masa kalian boleh aku bayar, aku sanggup demi melihat senyuman di wajah walid sebelum walid tiada di dunia.

Abang kakaku sayang, kau tahu Hanya dengan dapat lihat gambar kalian yang aku tunjuk dari fb pun walid gembira sampai dua tiga hari minta nak tengok lagi.

Ingat, dimuliakan Allah akan Uwais al Qorni kerana jasanya kepada ibu, Di timpa musibah Ahli ibadah Juraij kerana tergurisnya hati ibu.

Doa ibu tiada hijab, doa ayah membawa berkat, bahagiakan mereka ke akhir hayat, insha’Allah selamat dunia akhirat.