Walid dicanang ada perempuan simpanan dan dihalau. Segala harta ditinggal demi anak2 tapi disalah guna bekas isteri

Assalamualaikum semua. Ramai yang komen dalam hal ini walid aku ada dosa silam. Disini aku akan jelaskan dengan lebih detail pasal walid aku.

Pertama, aku nak jelas kan walid berkahwin dengan umi selepas sepuluh tahun bercerai dengan bekas isteri.

Walid dihalau mertua dan isteri kerana pekerjaan walid ketika itu. Perkerjaan walid ketika itu memerlukan walid keluar dua tiga minggu untuk hantar beras ke Singapore.

Sampai lah suatu hari walid pulang dari berdagang dia melihat satu beg baju atas tangga dan sangat terkejut kerana ada dua tiga orang berdiri untuk memukul walid.

Walid dicanang satu kampung oleh bekas mertua kerana mempunyai perempuan simpanan. Dan dari hari itu walid nekad untuk tidak berpaling lagi dia membawa hati yang duka merantau.

Walid keluar mencari rezeki untuk menyara isteri dan anak2 nya tetapi malangnya mereka tidak faham.

Selepas kejadian dihalau, isteri walid memaksa untuk melafazkan cerai dan walid akur dengan redha walau perit terpaksa meninggalkan lima orang anak.

Sejak dari itu walid berulang alik pergi melawat fatimah kerana sangat gembira boleh berjumpa dengan anak walau curi2.

Namun kegembiraan walid tidak lama, kerana bekas isteri walid dapat tahu lalu memberi amaran kepada walid supaya jangan sekali jumpa fatimah atau anak2 yang lain.

Kalau walid jumpa, semua harta yang walid tinggalkan dia akan jual dan tidak akan menyara anak2 dengan harta itu. Lalu sekali lagi walid redha.

Tahun berganti tahun, tak silap ketika itu aku berumur 10 tahun fatimah datang cari walid untuk minta jadikan wali.

Walid agak keberatan untuk membenarkan mereka berkahwin kerana kata walid bakal suami fatimah tidak bekerja.

Sampai lah fatimah mengandung anak kedua, fatimah datang cari walid kembali kerana rumah tangga nya dilanda badai.

Suami fatimah panas baran dan tidak bekerja. Walid lah selesaikan masalah mereka. Walid la menanggung fatimah dan anak2.

Sempat lah sampai fatimah melahirkan anak kedua walid sediakan semuanya dan alhamdulillah selepas bersalin mereka tidak jadi berpisah atas nasihat walid.

lalu,pergi lah fatimah bersama suami dan langsung tidak datang jenguk walid selepas apa walid korbankan untuk dia.

Sungguh aku tak faham isi hati seorang anak apa macam tu. Tidak kenang jasa.

Kata walid, dia tidak menghalalkan satu sen duit itu jika bekas isteri nya berniat tidak baik.

Kerana tanah itu walid tinggalkan untuk nafkah anak2 sehingga masuk universiti.

Ada aku terdengar bekas isteri walid tidak dapat menunaikan haji sesampai nya disana. Atas sebab tertentu. Ya, Allah itu maha mengetahui.

Di pendek kan cerita, sampai hari ini bekas isteri walid masih lagi berdendam dengan walid.

kepada anak2, bekas isteri walid beri amaran jika datang mencari walid mereka akan jadi anak derhaka.

Walid ada sakit jantung. Kesihatan tidak menentu. Harap sempat lah.. Doakan aku pembaca sekalian supaya misi aku berjaya.

Fyi, bulan dua tahun 2017 suami anak perempuan walid meninggal dan aku sempat pergi menziarahi keluarga arwah. Aku pergi seorang diri kerana aku ada misi.

Sampai nya disana ada orang mengenal aku ada yang tak kenal. Anak2 walid ada seorang dua ketika itu yang kenal aku.

Mungkin ada orang cerita atau sebalik nya.lama juga aku disitu sehingga selesai pengebumian. Seorang pun anak walid tidak tegur aku.

Sebelum aku pulang, aku rendah kan ego aku pergi melutut merayu berjumpa anak lelaki walid yang aku nampak disitu.

Dia dipindah dari hospital Terengganu kerana disana tiada pakar. Aturan allah itu sungguh indah. Belakang katil aku katil bekas isteri walid.

Sudah tentu aku nampak anak2 walid menunggu ibu mereka. Ada seorang disitu yang aku nak sangat bertemu kerana aku tidak pernah berjumpa. Hanya tahu cerita dan kenal melalui Facebook.

Berkali2 aku pastikan bahawa itu anak walid. Aku mengambil keputusan untuk menegur beliau. Aku namakan abang irham.

Bila aku tengok abang irham lalu depan katil aku terus aku memanggil. Aku boleh tengok riak muka terkejut irham dan terus datang bertanya siapa aku. Lalu aku cerita kan sedikit siapa aku. Terduduk irham bila tahu aku siapa.

Lima minit kemudian ditakdir kan Allah walid datang melawat aku dengan ditolak abang naik kerusi roda kerana kesihatan tidak mengizinkan.

Abang dan kakak, aku merayu sekali lagi pada kalian jika kalian terasa bila membaca coretan ini pulang lah tengok walid. Walid sakit menahan rindu pada kalian.

Aku tahu harapan aku tipis untuk tengok kalian datang jumpa walid tapi aku percaya aturan Allah.