Baru 6 bulan kawin kak ina dah tak tahan dengan alang. Suka minta duit dan nafkah pun tak bagi

Assalamualaikum korang semua. Saya Suria, berusia 20an, sudah bekerja dalam bidang professional dan menetap di utara tanah air.

Cukup setakat itu pengenalan. Confession saya berkisar tentang kisah rumahtangga abang saya yang bernama alang.

Alang, berusia awal 30an bekerja sebagai tentera. Dia seorang yang agak baran dan tegas. Dia baru sahaja mendirikan rumah tangga beberapa bulan yang lepas bersama kak ina.

Kak ina pulak berusia lewat 20an dan bekerja sebagai akauntan. Kak ina pulak jenis easy going person, friendly.

Kitorang memang ngam sangat. Sejak mula2 kenal kak ina, terus jadi rapat la senang cerita.

Dia cakap, alang pun selalu mintak duit dari dia. Yang lebih parah lagi, alang check semua duit simpanan, payslip kak ina.

Pendek kata, semua kewangan kak ina dia check. Kak ina cakap dia dah tak tahan dengan alang. Tak semena, air mata saya mula menitis.

Ya Allah, sungguh takku sangka alang tergamak buat kak ina macam tu.

No wonder la tiba2 kak ina datang all the from from negeri sembilan naik bas pulak tu. Kak ina cakap lagi, alang tak kasi dia tengok payslip alang.

Dia siap warning dekat kak ina, jangan sesekali tanya or sibuk pasal gaji bulanan dia.Bila saya dengar kak ina cakap macam tu, terus saya peluk kak ina erat2.
Saya mohon maaf dekat kak ina bagi pihak alang. Saya malu, geram, sedih dan kecewa sangat dengan sikap alang. Kenapa alang buat isteri sebaik kak ina macamtu?

Dia dah habis berpuluh ribu dah buat kereta tu. Tapi saya tetap nampak kereta tu macam besi buruk je. Tak berubah langsung.

Sejauh mana dia modified kereta tu saya tak pasti sebab alang pun jenis yang jarang balik kampung dan kitorang selalu jumpa time raya ja. Plus kitorang tak rapat sangat.

Kak ina ada cakap jugak, setiap kali ajak berbincang mesti alang akan tengking2 dia. Setiap kali kak ina nasihatkan alang, dia buat2 tak dengar je. Sakit hati kak ina.

Sebab kak ina tak tahan sangat dengan alang yang kerap mintak duit, dia ambik cuti tanpa gaji selama dua minggu datang rumah saya.

Dan memang dia off fon terus sebab taknak diganggu alang. Hati kak ina terlalu sakit dek sikap alang.

Tapi, kak ina cakap alang taknak berubah. Dia taknak jadi wanita malang yang terpaksa menanggung biawak hidup macamtu. Selama nie, hidup dia lebih bahagia dari lepas kahwin dengan alang.

Lepas kahwin, tiba2 je kena sara alang, stress sampai prestasi kerja menurun, dah jarang pergi facial sebab duit tak cukup.

Saya cakap dekat kak ina. Fikir baik2 sebab keputusan nie keputusan yang besar and saya sayang sangat dekat kak ina.

Tapi, saya tak sanggup tengok dia makan hati sampai macamtu. Walauapapun keputusan kak ina, saya terima dengan hati yang terbuka.

Tapi, semalam saya tak boleh tidur sebab fikirkan hal dorang. Saya nak yang terbaik untuk dorang. Tapi apa yang patut saya lakukan? Saya mohon korang doakan yang terbaik buat kak ina dan alang ye