2 wanita yang berjaya merebut hati aku. Tapi sayang kedua2 nye pergi hanya kerana kesilapanku sendiri

Assalamualaikum dan hai. Sedikit pengenalan. Aku seorang lelaki bujang yang sedang menginjak ke usia 40-an.

Masih solo dan berkerjaya. Semua adik beradik aku telah berkeluarga, tinggal aku sebagai abang sulongyang belum berumahtangga.

Sebelum aku kongsikan tips untuk lelaki confess untuk kahwin, izinkan aku bercerita kisah cinta perit aku. Semoga menjadi pengajaran untuk kaumku diluar sana.

Seusai menamatkan degree, aku menjejak kaki ke tempat kerja pertama aku. Aku namakan wanita ini sebagai cempaka. Cempaka banyak menolong aku disini.

Dari aku zero sehingga aku diberi kepercayaan untuk jawatan dengan gaji yang agak selesa. Semua nya Cempaka bantu.

Aku mahu menyatakan hasrat tentang perasaan aku kepada Cempaka tetapi ketika itu, aku hanyalah lelaki tanpa kereta, tanpa harta dan tanpa gajiyang secukupnya untuk melamar dia.

Gaji aku mostly aku selesaikan komitment PTPTN, loan motor, belanja rumah dan sbgainya. Baki gaji hanya tinggal RM200 sebulan. Jadi, aku pendamkan hasrat aku.

Selepas itu, aku nekad untuk memperisterikan dia. Aku mula kerja part time di restaurant fast food. Penat. Tetapi demi Cempaka aku sanggup. Wang simpanan aku sudah melebihi RM1K.

Satu hari, secara tiba2 Cempaka luahkan perasaan dia terhadap aku. Aku gembira teramat sangat. Aku tidak bertepuk sebelah tangan.

Tetapi aku cuma membalas, “beri saya masa, selama ini saya hanya anggap Kita kawan baik tetapi jika berjodoh tidak kemana “.

Mawar muncul kembali, dia mahu bina hubungan yang lebih serius. Mawar ini rakan aku ketika belajar diploma. Kami belajar bersama satu course. Namun dia drop study kerana tidak boleh bawa.

Aku cuma turun sem sahaja. Ketika kejadian drop dan turun sem ini berlaku, aku sedang ralit menyemai cinta bersama Mawar.

Dunia sangat Indah. Tetapi selepas dia drop dan tinggalkan aku demi lelaki lain. Aku hilang punca. Aku tidak lemah. Aku bangun dan teruskan pengajian.

Ketika itu aku tersepit antara Mawar dan Cempaka. Aku mahukan Cempaka kerana dia selayaknya menjadi ibu kepada anak2 aku. Dia mempunyai ciri2 seorang ibu. Tetapi aku juga mahukan Mawar.

Api cinta untuk Mawar tidak pernah padam walaupun Mawar pernah tinggalkan aku. Aku buntu. Ketika ini aku Masih melayani mesej Mawar dan Cempaka.

Aku mengalami kemurungan dan tekanan perasaan. Selama 6 bulan aku unpaid. Aku terasa kosong dan sesak didada. Mesej2 dan call dari Mawar aku biarkan sepi.

Aku tidak pasti mengapa aku kemurungan. Ya.Aku akui aku sangat sayangkan dan cintakan Cempaka. Rasa seperti tidak berguna.

Selepas 6 bulan aku sembuh secara beransur.Aku mulai membalas mesej2 Mawar. Aku mulai cuba untuk sayang Mawar. Cuba untuk act seperti sebelum ini. Namun aku tidak pasti mengapa hambar saja rasa.

Selepas masa berlalu Mawar keep on ajak aku kahwin. Aku? Masih buntu. Aku masih diamkan diri dari Mawar. Akhirnya Mawar berkahwin dengan orang lain.

Dan aku masih solo sehingga Hari ini. Aku redha andai Cempaka bukan milik aku lagi. Namun aku ralat. Dan aku bahagia melihat Mawar bahagia.

6) Hadiri Majlis perkahwinan dia jika benar kau tidak cintakan dia.

7) Jangan beri wanita harapan, ayat2 manis, layanan baik andai kau sebagai lelaki Masih belum bersedia untuk berkahwin.

8) Beranikan diri, kentalkan hati untuk melamar si dia andai kau tidak mahu menyesal seperti aku.

9) Jodoh perlu berusaha.

10) Jika sudah nekad pilih dia, kentalkan hati untuk fokus dia, abaikan anasir luar.

– Bujang lapok (Bukan nama sebenar)