“Ini ke menantu pilihan ma. Menantu yang mama nak sangat”. Tunang aku boleh buat tak nampak kami sekeluarga

Assalamualaikum sidang pembaca yang dikasihi. Aku dari pahang. Aku umur 24, seorang isteri dan ibu. Aku terbaca kisah kakak yang umur 28 putus tunang dengan hasif tu.

Aku pun pernah putus tunang. Dan satu zarah penyesalan pun takde dalam diri aku. Malah aku sangat bersyukur sebab Allah swt tak jodohkan aku dengan dia.

Macamni ceritanya, 2013 lepas aku habis SPM mama selalu seloroh suruh aku kahwin. Lillahitaala mama suruh aku kahwin bukanlah sebab aku seorang yang sosial.

Tapi mama always cakap, “mama taktau mama akan hidup sampai bila, mama nak ada orang yang jaga ateh, lindungi ateh” abah pun setuju cadangan mama nak aku kahwin awal. Dalam keluarga kami, aku ngan kakak je yang perempuan. 5 lagi lelaki.

Kalau ikutkan aku taknak kahwin awal. Sebab macam orang lain, aku ada impian. Aku nak belajar sampai degree, nak ada harta sendiri.

Lepas bertunang seminggu aku tak keluar bilik. Aku menangis. Aku down. Berat 45kg turun sampai tinggal 39kg.

Abang aku yang pujuk suruh makan. Aku ada satu firasat yang dia bukan jodoh yang terbaik untuk aku.

Aku dengar cerita dari orang sekerja ngan dia yang dia lelaki yang baik, selalu imamkan solat yada yada.

Tapi tahla, hati aku tak suka dia. Sepanjang bertunang kami tak berhubung langsung sebab A ni nak bercinta lepas kahwin. Aku mesej pun dia tak reply.

Aku nak jugak tau serba sedikit pasal dia. Tapi dia ignore aku. Aku terfikir kalau lepas kahwin ada benda yang dia tak suka pasal aku takkan time tu baru nak berpisah?

Lepas kami balik rumah. Aku ambil cincin tunang. (aku tak pernah pakai cincin tunang) aku suruh kakak aku teman.

Kami naik motor pergi kedai makan tu semula. Aku masuk kedai dan hempas cincin tu atas meja dia. Satu kedai pandang aku.

Aku terus berlalu sebab hati aku membara. Aku nekad putuskan pertunangan ni. Kami bertunang sebulan je.

Long story short, kami putus. Masa putus ni aku tau mama mesti malu. Tapi ni soal masa depan.

Ramai orang mengata cakap aku ni tak sedar diri nak kahwin dengan engineer sebab aku ada spm je. Ada jugak yang cakap aku materialistic.

Long story short again, kali kedua kami jumpa adalah hari merisik. Keluarga F sangat baik2.

Walaupun adik beradik dia semua ada degree. Keluarga oanrg berada. Tapi Mak ayah n adik beradik dia tak pernah question pasal education or taraf.

Dorang layan aku baik sangat. Time tu aku ada spm je. Salah satu rezeki juga dapat keluarga mentua yang baik2.

F pujuk mama aku supaya benarkan aku sambung study lepas bertunang. Alhamdulillah mama abah benarkan. Aku ambik LCCI. Setahun setengah je.

Last sem study, kami kahwin. March Tahun ni genap 4 tahun perkahwinan kami. Kami ada anak perempuan yang sangat comel berusia 3 tahun.

InshaaAllah Allah swt hadirkan orang yang tepat diwaktu yang tepat untuk awak. Sakit memang sakit. Tapi tak berbaloi awak seksa diri untuk orang yang tak guna.

Saya doakan semoga Allah swt cepat2 sembuhkan luka dihati awak dan hadirkan jodoh yang terbaik untuk awak. Aamiin ya rabbal alamin.

– Mrs E (Bukan nama sebenar)