Aku sebok dengan kerja tapi aku teringin juga nak bekeluarga. Ada la sebab kenapa belum sampai jodoh lagi

Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi siarkan coretan ini. Aku menulis sebab kebelakangan ni ramai yang meluahkan perihal jodoh, kerja mahupun masalah rumahtangga.

Aku mulakan la senang. Aku ni umur dah 31 tahun. Masih lagi bujang. Aku tinggal jauh dari famili sebab rezeki pekerjaan lebih di sini.

Cuma, kerja aku ni memerlukan komitmen dari pagi sampai ke malam. Mungkin akan dibawa sampai ke hari minggu.

Sebenarnya, tipu la kalau aku tak cakap yang aku ni sunyi jugak. Mana taknya, balik kerja, tengok perabut kaku tak bergerak.

Tapi, bila badan dah penat dengan kerja, so aku akan tidur. Cuma kadang-kadang la aku terfikir untuk ada keluarga.

Ok, mungkin dah sampai seru untuk berkahwin. Bukan semua la kes macam ni akan bercerai. Ada yang mampu survive bahagia bertahun lama.

Malang untuk pasangan yang berkahwin tanpa ada matlamat hidup. Aku pun tak faham apa yang aku tulis sebenarnya.

Tapi, apa yang aku dapat simpulkan, perkahwinan yang betul-betul berpaut pada ajaran islam, mesti akan berjaya.

Aku ni bukanlah dari keluarga yang aman bahagia. Mak ayah aku pun pernah bergaduh sampai nak bercerai.

Masa tu aku di semester akhir. Adik aku pula nak SPM. kadang-kadang, aku ni jadi pendengar bila adik-adik ada luahkan. Maklumlah, aku belajar jauh. Jadi, adik-adiklah yang banyak bercerita.

Sekarang dah happy je aku tengok mak ayah aku. Jadi, apa yang aku boleh simpulkan, semua tu dah tertulis. Kalau Allah dah tetapkan kekal, kekallah. Semua atas kita untuk usaha dan doa.

Cuma aku pesan, kalau gaduh jangan gaduh depan anak-anak. Kalau dapat anak yang boleh fikir positif baguslah. Kalau dapat yang berfikiran negatif? Hmmm, fikir-fikirkan la.

Adik aku dah kahwin dan aku happy untuk dia. Sebab aku happy? Sekarang bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul bertanggungjawab.

Aku doakan adik-adik aku dapat pasangan yang beriman dan tahu apa itu tanggungjawab.

Cuma, ada la terdengar-dengar mulut mak cik bawang, “Si N tu tak terasa ke adik-adik semua dah kahwin?”. Amboi, kalut sungguh. Tu kan rezeki masing-masing.

Pada aku benda boleh bincang. Nak sedap sama-sama, susah pun kenalah sama-sama. Okey, tutup topik bab hantaran ni.

Sebab hal macam ni sampai bila-bila tetap akan ada bantahan. Letaklah 6k ke, 8k ke, 12k ke, last-last tetap akan berbalah kaum adam & hawa ni.

Aku dah ready. Aku dah ada simpanan. Rumah je aku belum ada. Insyaallah lagi 4 5 tahun aku aim rumah. Bab jodoh ni, biarlah dulu. Ada la sebab Allah tak beri lagi.

Aku doakan orang yang membaca ni diberi keberkatan dalam hidup, dipermudahkan segala kesulitan. Aamiin.