Aku jual barang on9 dan diminta cod ke rumah dia. Rupanye itu taktiknya dan ada tujuan lain

Assalamualaikum. Saya ingin menceritakan tentang seorang lelaki yang saya kenali. Dia lelaki biasa, berperwatakan islamik, hensem ala2 hero cerita islamik. Pendek kata dia sangat sempurna di mata saya.

Waktu bertemu dengannya, saya baru saja putus tunang. Kerana saya bertunang atas pilihan keluarga dan sikit pun saya tak punya perasaan padanya.

Maka selepas pertunangan itu diputuskan dengan kehendak saya, saya berasa lega. Terasa seolah2 bebas dari satu perasan yang terbeban. Saya tak pernah cinta pada bekas tunang saya.

Namun pertemuan dengan lelaki islamik ni benar2 buatkan saya jatuh cinta. Dari segi penulisannya beliau sangat matang.

Kami bertemu di facebook. Jadi tidak pernah bersua muka. Sekadar menatap gambar.

Namun satu ketika dia telah bertanya status saya dan berkata mahu mengenali saya dengan lebih dalam.

Saya sungguh terkejut namun berasa sangat bahagia. Cinta saya rupanya tidak bertepuk sebelah tangan.

Saya tidak memberi jawapan kerana mahu berhati2 dalam membuat keputusan namun dia meminta saya bertemu dengan ibu bapanya.

Dengan alasan membeli barang jualan saya dan meminta saya cod di rumahnya. Saya bersetuju memandangkan saya memang penjual online.

Saya telah pergi ke rumahnya menghantar barang yang dipesannya dan rupa2nya itu taktiknya supaya ibu bapanya dapat mengenali saya terlebih dahulu.

Hanya Tuhan yang tahu betapa terharunya saya kerana dia sangat berani bertindak dan serius dalam perhubungan ini.

Ayah saya juga merestui hubungan kami walaupun dia waktu itu baru mula bekerja kerana baru habis belajar.

Saya tidak tahu apa yang meyakinkan ayah saya untuk menerimanya, tapi kata ayah dia seorang yang matang dan pandai bergaul dengan orang tua. Rezeki akan datang kemudian.

Fast forward, kami mula merancang urusan pertunangan dan pernikahan. Segalanya kelihatan begitu mudah untuk kami.

Segala urusan hanya melalui fb, dan saya cuba menjaga perhubugan kami supaya tidak terlalu lalai dan sentiasa dalam redha Allah.

Saya senang dengannya kerana walaupun kami tengah dibuai cinta, tapi dia menghormati pendirian saya dan tak pernah memanggil sayang,

kerana saya sungguh tak gemar jika bersayang2 sebelum nikah. Pada saya itu salah kerana kami belum pun halal lg.

Seterusnya, alhamdulillah, kami pun bernikah. Sayalah manusia paling bahagia waktu itu. Belum lagi saya bayangkan bagaimana kehidupan setelah kahwin.

Maka setahun dua tahun berlalu. Dia mula berubah. Dia mula sibuk. Tapi anehnya dia sibuk dengan aktiviti agama, seperti ke masjid, ke kelas agama, selain sibuk bekerja.

Oh ya dia bekerja di bidang profesional dan menjadi sangat sibuk. Waktu itu kami mula punya anak. Dan saya mula tertekan dengan kesibukannya.

Satu hari tak pernah berlalu tanpa dia membaca al-quran. Dan setiap hari dia menyuruh saya membacanya juga. Dalam diam saya mengagumi dirinya.

Sedarlah saya, tiada manusia sempurna. Inilah suami saya. Yang buruknya itu mungkin ujian buat saya.

Waktu diuji saya pernah sangat kecewa namun inilah ujian rumahtangga. Bukan semuanya akan terjadi seperti yang kita bayangkan.

Kini sudah hampir 8 tahun rumahtangg kami, dengan 3 orang anak. Sudah melebihi fasa 5 tahun pertama yang sangat2 mencabar.

Bercinta selepas kahwin sangat mencabar kerana kami baru mula mahu mengenali antara satu sama lain. Dan banyak keburukan mula terserlah.

Inilah kisah cinta islamik saya. Yang indah dan yang duka. Sebab kami ini manusia biasa, tiada manusia sempurna jadi belajarlah menerima kekurangan.

Setelah berlapang dada, insya Allah Allah menunjukkan jalan keluar dari setiap masalah.

Waktu diuji, kami pernah rasa kosong. Rasa tidak mahu lagi teruskan. Namun suami sangat teguh pada agama.

Dia kembali kepada Tuhan. Meminta petunjuk. Saya rasa ini salah satu sebab rumah tangga kami masih bertahan. Kerana suami sangat baik amalan agamanya.

Kami tidaklah sesenang mana dari segi kewangan, namun sentiasa cukup. Sebelum kahwin, saya sangat menekankan untuk cari lelaki beragama,

Jika tidak ditemui, biarlah kita yang menjadi manusia yang beragama itu. Supaya hidup sentiasa dalam redha Allah. Sebab Allah yang menguji maka Allah juga punya jalan penyelesainnya.