Suami selalu bergaduh dgn ayahnye sbb business. Hingga moyang mennggal, sesuatu tak disangka berlaku

Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi menyiarkan kisah ini. Diharap apa yang aku bakal coretkan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua.

Hari raya tahun ini lain daripada tahun-tahun sebelumnya. Aku dah 4 tahun kahwin. Tapi tahun inilah hari raya yang paling *tenang* terutama buat suami aku.

Aku tahu suami aku lega sebab doanya dimakbulkan. Dia dah berbulan-bulan bergaduh dengan bapanya. Ini bukan kali pertama mereka bertengkar, tapi kami berharap situasi ini takkan berlaku lagi selepas ini.

Suami aku anak sulung. Maknya meninggal dunia beberapa bulan sebelum kami bernikah kerana kanser. Dia jaga maknya bersungguh-sungguh termasuk membersihkan luka pembedahan dan menukar lampin bila perlu. Tak pernah missed lawat maknya di hospital, walaupun waktu lunch hour didia berulang-alik dari office ke hospital. Memang anak yang baik!

Sayangnya kebaikan yang dia ada disalah gunakan oleh bapanya. 2 tahun sebelum kami kahwin, bapanya ajak dia kerja di cyber cafe.

Dalam tempoh dua tahun cyber cafe dibuka, macam-macam bisnes lain bapa suami buat. Dia memang sangat gopoh dan berani buat pinjaman termasuk dengan SME sebanyak 50 ribu dan menyewa blok sebelah kedai sebab nak tambah PC. Dia juga beli kereta syarikat *kononnya* untuk elak bayar tax.

Suami beberapa kali cuba membantah keputusan bapa dia tapi disebabkan bapa dia ni keras kepala, tak boleh terima pendapat orang lain, dia dilekehkan dengan ayat – “kau mana reti berniaga”.

Dipendekkan cerita, hujung tahun 2011 tiba-tiba cyber cafe tutup. Suami aku asalnya terkejut sebab bapa dia tak beritahu sebab utama cafe tu ditutup.

Bila jumpa dengan pekerja part time baru tahu yang bil elektrik cyber cafe banyak tak bayar.

Sewa kedai lebih 5 bulan tak bayar dan yang paling tak faham, bil Internet pun tak bayar! Macam mana bisnes nak jalan?

Selepas kami bernikah, suami ikut berpindah KL dengan aku. Gaji suami aku awal-awal tak banyak tapi dia masih tolong bayarkan kereta keluarga yang digunakan untuk hantar adik dia sekolah dan seorang lagi belajar di kolej.

Kadang-kadang kalau ada duit lebih memang suami akan hulur sebab lepas cyber cafe tutup, bapa dia masih takde income tetap. Pelbagai bisnes dia buat tapi kebanyakan hanya bertahan beberapa bulan saja.

Banyak kali juga dalam tempoh perkahwinan kami bapa dia cuba pujuk suami tolong dia untuk buat macam-macam. Pernah dia suruh suami belikan motor untuk adik ipar untuk guna pergi kolej.

Konon nak bayar separuh dengan elaun adik ipar. Tapi lepas bincang dengan aku, suami tangguhkan permintaan tersebut sebab tahu mereka tak mampu.

Kad bank dan Duit elaun adik ipar sebenarnya dipegang oleh bapa mereka, sampai adik ipar hanya dapat belanja rm50 dan terpaksa makan lauk ikan bilis goreng sebab duit tak cukup.

Aku awal-awal dah bagi amaran kepada suami yang Z tu berskandal dengan bapa dia. Tapi dia tak percaya.

Walhal masa di cyber cafe, banyak kali dia nampak mereka duduk berdua di tingkat atas cafe. Suami memang benci perempuan tu sebab dia antara orang yang terbabit buat pinjaman sana-sini sampai bisnes lingkup.

Suami menentang perkahwinan mereka dan memang tak nak balik kampung kalau perempuan tu ada. Itu kali pertama suami gaduh dengan bapa dia berbulan-bulan. Mereka baik balik bila satu hari tiba-tiba terserempak di kubur arwah maknya.

Pergaduhan kali kedua terjadi bila satu malam tiba-tiba adik ipar menangis telefon abangnya pukul 12 tengah malam.

Dalam masa yang sama bapa mereka maki-maki dengan panggilan anjing, b*b* terhadap suami aku. Suami aku *blur* kenapa tiba-tiba bapa dia mengamuk macam orang gila.

Beberapa bulan suami bergaduh lagi dengan bapanya sampai adik dia bertunang pun dia tak balik. Dia sedih sebab bapa mereka tak pernah nak berubah. Masih pentingkan diri sendiri dan sama-sama ego untuk minta maaf.

Hinggalah malam raya lepas, tiba-tiba moyang suami sebelah mak meninggal dunia. Kami tergesa-gesa balik dan nak tak nak suami terserempak dengan bapanya. Mereka langsung berpelukan bila jenazah moyang sedang diuruskan.

Esoknya hari raya alhamdulillah mereka dapat beraya bersama. Bapa suami seronok dapat bermain dengan cucu-cucu, ambil gambar keluarga dan semestinya tanpa kehadiran Z. (kalau ada mungkin jadi lain.)

Suami aku pun bijak tak berbual hal-hal sensitif dengan bapanya. Sedaya upaya dia elak berborak hal-hal yang dah lepas.

Mereka hanya borak-borak kosong tentang keletah anak-anak kami. Rasanya itulah jalan terbaik untuk menjernihkan keadaan. Huhu.

Aku tahu suami aku lega sangat doanya dah dimakbulkan. Rasanya sepanjang Ramadan lepas dia banyak kali menangis sebab rindukan keluarga dan tak putus-putus berdoa hubungan mereka kembali ok dan alhamdulillah, doanya dimakbulkan Allah.