Aku ajak deorg tolong aku kat dapur. Tapi No respond. Tahula keluarga aku miskin tapi tak bermakna blh buat mcm tu

Umur aku da 22 tahun.Btw, aku perempuan.Setiap kali raya tak kisah la raya aidilfitri atau raya haji, aku dan adik aku akan berat hati nak balik kampung.

Kami akan balik kampung pagi raya tu jugak disebabkan jarak rumah nenek sejengkal je kan dan tak ambil masa yang lama pun kat rumah nenek dalam 3-4 jam sahaja.

Selalu nye kami balik kampung hari raya pertama sahaja,raya yang lain kami lebih suka menghabiskan masa depan tv.

Sememangnya aku tak berapa rapat dengan sepupu2 aku. Sewaktu kecik aku dan adik memang rapat dengan mereka tetapi oleh disebabkan satu kejadian ketika aku berumur 10 tahun,

pakcik aku telah marah dan memaki hamun adik aku yang berumur 6 tahun. Dia marah sebab adik aku terlanggar anak dia semasa mereka bermain.

Tapi sekarang,ayah aku da meninggal dunia.Al Fatihah. Dia marah depan semua sepupu aku time tu. Sejak dari kejadian tu memang adik aku yang kena marah ni tak suka nak balik kampung.

Aku pun berat hati nak balik kampung tapi mengenangkan kesian kat mak nak jawab pertanyaan kenapa anak2 mak tak balik, kami pon balik la jugak.

Sampai la, kami adik beradik tak rapat ngan semua sepupu kitorang mungkin tersinggung dengan kejadian tersebut.

Walaupun pakcik tu da berubah sikit,tapi aku tetap tak bole terima kebaikan dia. Sorry pakcik.

So,apa je yang kami buat bila balik beraya?? Kami akan makan dan duduk di dapur sahaja,main fon bagai sebab majoriti sepupu aku semua lepak kat depan. Kalau bole elak,memang kami elakkan dari bersua dengan mereka semua.

Tu je untuk kisah sepupu.

Sampaikan ada satu tahap tu,makcik aku buat openhouse pastu dia suruh mak aku datang awal kat rumah dia semata mata nak tolong dia.

Masalahnya bukan tolong yang ringan2 ye,ni disuruhnye mak aku memasak la,potong buah la,hidang makanan la..

Padahal makcik aku tu ada anak perempuan yang da besar panjang bole tolong dia. Geramnya aku. Aku jugak tak puas hati dengan sepupu perempuan aku sebab setiap raya kitorang ada baraan atau rombongan macam tu dari satu rumah ke satu rumah.

So,memang tiap kali tu jugak aku sorang je duduk kat dapur lap pinggan mangkuk,cawan, potong buah, hidang biskut rendang bagai,basuh pinggan..

Yang lain semua menggedik kat depan bergossip bergambar semua.Korang bukan kecik lagi nak duduk lepak kat depan tu,da jadi anak dara pon.

Sekian terima kasih.Maaf buat korang baca ketidakpuasan hati aku yang da lama membuak buak dalam hati ni.

Apa yang aku nak adalah tolong la jadi lebih peka dengan tanggungjawab memasing.

Akhir kata,SHRMZB