Mak still belum move on dengan perasaan benci dia pada ayah. Kecian adik2 yg kene tempias mak dah tak macam dulu

Aku anak sulung dari 6 adik beradik. Parents aku bercerai time aku tengah asasi and now dah 5 tahun since diorang bercerai.

Tapi mak aku still belum move on dengan perasaan benci dia terhadap ayah aku. So kitorang especially aku and adik ke 2 aku (sbb kitorang yg paling besar) mmg stress out habis kalau mak aku start cakap pasal divorce ni.

Aku ni dari form 1 duduk asrama, and then sambung degree dekat oversea, so everytime kalau ada gaduh dengan adik lelaki (yg ke 3) dia always akan mention “Kakak tahu apa, kakak tak pernah ada kat rumah, abang ni siap jadi saksi ayah mak bercerai lagi”.

Time tu remuk hati aku tktahu nak cakap macam mana sbb aku rasa mcm aku ni useless terus sedangkan semua urusan rumah aku involve.

Cerita dia macam gini, from my mom perspective, ayah aku ni jahat betul. Sbb dia tak bagi nafkah and kuat mengongkong.

But from my perspective pula, ayah aku ni dia garang tapi bertempat. Siapa tak marah kalau tengok tv time maghrib, ayah aku memang dah buat rule tak boleh pasang tv pukul 7pm sampai lepas isyak,

tapi kitorang pasang juga, haa memanglah kena rotan dulu (now tak buat dah). Pastu part mengongkong pula, ada certain part aku setuju ada part aku tak setuju.

Part aku setuju, ayah aku jarang juga bawa kitorang ke family gathering time semua tengah kecik sbb dia takut bising and buat kecah kat hotel besar2 gitu, budak2 kan biasalah (tapi bila kitorang dah major umur high school, ayah aku bawa tau).

Part aku tak setuju, ayah aku suruh mak aku pakai tudung labuh and stokin tapi mak aku just labuhkan tudung je. Part stokin memang selalu jadi isu.

And bahagian duit keluar time tabligh tu pun aku tak suka juga sbb ayah aku mmg totally out kalau time dia keluar tu (usually dia keluar 3 / 7 hari).

Time ayah aku remarried (dgn janda anak 1), mak aku marah aku siap tengking2 tak bagi aku pergi majlis.

Time aku jawab fon tu terkejut aku sbb aku kena tengking, padahal kan kalau dia cakap elok2 aku okay je, bukannya susah pun benda tu.

Time tu aku kat rumah makcik aku sbb aku kerja part time dengan dia. Lepas habis je on the phone aku menangis teruk sebab mak aku, aku call ayah aku cakap sorry tak dapat datang majlis (without telling him yang mak aku tak bagi sbb aku tknak ayah aku kecik hati),

and he said it’s okay. Semua family ada and aku sorang je yg tak pergi majlis ayah aku. Aku faham mak aku, dia mesti rasa insecure sbb ayah aku kawen,

and dia nak someone side dengan dia, aku faham. But cara dia tu salah. Dia tkpatut tengking aku, cakap elok2 je aku terima.

Tapi kalau mak aku dapat duit tu, dia akan keluar pergi beli banyak betul bahan masakan dia and akan duit rm100 tu habis utk 1 kali masak and untuk next time dia masak, dia suruh claim duit dengan ayah aku.

Dulu memang aku claim lah kan sbb mak aku dah beli apa semua, now aku bertegas jangan beli apa2, biar aku yang settlekan makanan adik2. Kalau adik2 nak makan air tangan mak aku, aku yg keluar pi beli groceries apa semua.

Haaaa cukup sangat rm100 tu, more than enough lagi! Ayah aku ni bukanlah orang senang nak belanja beratus2 untuk sekali makan, tp bukanlah orang susah juga sampai kebulur tak makan.

Aku stress sebab adik lelaki aku yang ketiga ni dia always menangkan mak aku. Apa yang mak aku cakap semua betul, semua dia ikut. Aku dgn adik ke2 kalau gaduh dgn adik ke3 ni mmg sampai naik suara sbb dia tak fikir on both pihak.

Kitorang bukan side ayah aku or mak aku, but kitorang fik├Čr on both sides. Kalau salah pilih, kesian kat adik2 kecik sebab diorang kena ikut je apa yang kakak abang dia decide.

Biasa mak aku yang motivate us untuk belajar, tapi now takde dah, ayaht standard mak aku now “Awak ni tknak belajar nak jadi macam orang asli tu ke? (Orang asli tu refer to adik tiri kitorang)”

Mak aku suka betul kutuk mak tiri and adik tiri aku padahal diorang orang baik. Mak aku tak pernah jumpa pun diorang tp kalau marah kitorang dia mesti akan mention ‘orang asli’ and keluar kata2 kesat kutuk diorang.

Aku jadi sedih, sedih bukan apa, sebab dia tu mak aku, and bila dia cakap macam gitu depan adik2 yang kecik lagi tu sangat tak patut and nampak sangat tak matang.

Aku on the spot memang suruh maku aku diam kalau nak tegur kitorang boleh, nak motivate ke apa boleh tapi jangan involve kan dengan sesiapa yang mak tak kenal. Ni time aku ada bolehlah aku tegur, time aku takde macam mana?!

Mak aku ni lagi satu, dia sukaaaa sangat compare dengan anak2 kawan dia yang kaya. Ayah aku time cuti dia tak bagi duit poket sangat, if aku cakap aku nak keluar and nak duit, dia bagilah time tu.

time cuti ni takpayah bagi duit kat aku pun takpe sbb aku kerja. Plus duit tu nanti banyak akan guna, maklumlah nak beli baju raya apa semua kan kat situ beribu juga habis.

Aku tak tahu nak buat apa dengan mak aku. Aku nak dia cepat2 move on and stop dah fikir pasal ayah aku. Stress aku setiap kali balik kena fikir pasal ni, kesian kat ayah aku juga sbb dia still kena deal dengan perangai mak aku macam gitu.

Aku nak mak aku happy balik macam dulu. Mak aku yang stress-free. Aku rindu mak aku yang dulu, bukan yang ni. But now mak aku makin tone down lah juga compare to time awal2 cerai dulu.

So aku makin kurang lah gaduh dengan mak aku now. Tak, aku tak benci mak ayah aku. I love both of them sangat2. Honestly sampai sekarang kitorang tak tahu apa reason sebenar parents kitorang bercerai.

Banyak lagi sebenarnya benda aku nak cakap sbb apa yang aku tulis ni sebenarnya baru sikit (aku baru sentuh bab duit, belum lagi bab lain).

I love my parents so so sooooo much. Doakan family aku berdamai, mana yang tersimpul tu rungkaikan lah, doakan mak aku dapat peace in her mind and soul, i know she can do it walaupun it will take time.

Time will heal and change her personality from bad to good in shaa Allah. Minta doa semua orang ye, i really want peace in my family. Thank you sebab sudi baca.