Merajakan lelaki dan jadi turun temurun. Kalau korang redo je sebenarnye korang sedang menzalimi perempuan2 lain

Korang setuju tak bila aku cakap budaya masyarakat kita sekarang ni terlalu favour pada anak lelaki?

Aku cakap dr pengalaman aku tgk nenek aku, mak aku dan pengalaman kawan2 lain. Serta luahan2 lain kat sini yg sentuh isu lelaki jadi tuan, perempuan jadi hamba kat rumah.

Lagi obvious bila musim raya bila semua org balik dan byk gila kerja rumah. Aku rasa yg cerita tu bukan sekadar nak merungut, tapi dorang nak bagi kesedaran kat lelaki2 kat luar sana utk break that cyle.

Ubah budaya yg terlalu spoiled our men sampai akhirnya dorang tak tahu erti tanggungjawab. Sebab tu byk dgr kes laki lepas tgn je nafkah anak2.

Salah satu puncanya sebab dari kecil diorang tak diajar erti tanggungjawab, berkorban utk keluarga. Yg dorang tahu semuanya nak kena disediakan macam raja.

Aku ddk dlm family yg majoriti lelaki, 3 abang dan 2 adik lelaki. Sejak dulu aku bengkek je bila tiap kali balik cuti (aku ddk asrama since form 1) adik laki/ abang aku boleh cuti secuti cutinya,

tapi zaman sekarang ni lelaki perempuan sama2 penat cari rezeki kat luar. So kenapa bila balik korang boleh terbongkang tido atau main game, tp anak perempuan ni yang kena bertungkus lumus buat kerja rumah semua?

Dan lagi sebab zaman dulu mak2 korang tak terdedah dengan budaya luar jadi otak diorang dah dibrainwash utk redha dan terima je walau jadi hamba.

Macam nenek aku, dia jenis yg mengagung2 kan sgt anak lelaki termasuk cucu lelaki. Anak perempuan selalu jadi mangsa umpat caci dia.

Bayangkan abang aku nak makan sorang pun dia suruh aku hidang lauk dlm mangkuk, sediakan air basuh tangan, sedia nasi semua.

Tapi bila aku nak makan takde pula padahal aku jarang balik, abang aku mmg duduk situ time tu.

Sekarang ni mak aku tiap kali cuti mesti dia suruh aku balik rumah tolong dia. Dulu time muda boleh la mak aku buat semua tu sendiri. Sekarang mak aku tenaga dah tak macam dulu.

Nak arah2 anak lelaki pun semua dah jadi rebung. Bila mak aku nak pergi mana2, aku yang duduk jauh ni yang kena balik jaga anak sedara kat rumah (anak abang aku, dah sek rendah pun. Ni cth kurang tanggungjawab lelaki gak.

Anak atuk nenek jaga, duit belanja sek tak pernah bagi) Padahal adik lelaki aku ada je kat rumah. Bukan kecik pun, dah layak jadi bapak org.

Bila aku tanya adik aku kan ada, mak aku jawab “dia nak keluar gi mana2 tu nanti.” Nampak tak? Diorang bebas dari sebarang tanggungjawab utk tolong family sedangkan anak perempuan di expect perlu sentiasa berkorban utk family mcm dorang tak boleh ada life sendiri.

So sekarang aku pula yang macam jadi hamba anak2 laki dlm rmh ni. Dengan barang bersepah2, makan kena berhidang, lepas tu main tinggal je untuk anak2 perempuan ni kemas dan basuh pinggan.

Tapi dalam masa yg sama aku rasa korang sedang menzalimi perempuan2 lain yg bakal jadi adik/akak ipar kau, atau menantu perempuan kau. Ikhlas tu penting, redha tu perlu..betul.

Tapi bukan bermakna pasrah menyerah tak buat apa2. Jgn lupa Allah sendiri tak akan ubah nasib sesuatu kaum sebelum kaum tu ubah nasib kaum dia sendiri.

Tolonglah, kalau kau mak, didik anak lelaki dgn kerja rumah. Dari situ diorang belajar tanggungjawab.

Kalau kau isteri, jgn rasa bersalah nak minta tlg laki korang buat kerja. Aku ada kawan yg sblm dpt anak dia layan laki dia macam raja.

Bila dah anak 4, laki dia siap merajuk bagai sbb bila laki dia, balik dia tak sambut depan pintu. 4 anak kot, kecik2 lagi. Ingat sempat sgt la.

So tu je la cerita aku. Harap sgt cukup2 la dari generasi ke generasi masyarakat melayu kita ni mempertahankan sgt ketuanan lelaki melayu ni. Dah tak relevan dah. Cukup2 la.