Saya selalu kene compare dgn abg dan selalu diabaikan keluarga. Walhal saya perempuan

Sekarang ni saya sedang melanjutkan pelajaran di sebuah ipts.

Nak dijadikan cerita, saya tak suka balik kampung. Setiap Kali balik kampung mesti kena kutuk, kena compare dengan sepupu² yg lain,

yg jauh lebih cantik Dan pandai drpd saya.
Saya tahu, saya ni tak sebijak dan secantik diorang.

Ya lah, kos yg study skrg pun biasa² je, tak macam diorang.

Dari kecik lagi saya memang selalu kena kutuk, ya lah saya ni perangai macam lelaki sikit. Kira macam tomboy la, tak reti nak ayu langsung. Bodoh pandai tu jangan cakap laa.

Tambah² lagi dengan sepupu yg sama umur dengan saya. Memang kena compare gila² lah. Sejak Dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai lah ke ipt.

Sedih sebenarnya asyik kena compare dengan orang ni.

Saya bukan macam abang saya, saya tak pandai macam dia, he get all the attention from my parents.

Apa dia nak semua dia dapat.
Apa lah sangat nak dibandingkan dengan saya ni, saya anak tengah, so saya kena perform dengan baik kalau nak dapat kan attention drpd parents saya.

Bila balik kampung, memang kena compare gila².
Saya dah makan hati sangat dengan saudara-mara saya, even dengan parents saya sendiri.

setiap Kali balik kampung selalu dikutuk, dicaci maki.Saya pun ada hati perasaan. walaupun orang kutuk saya macam² saya hanya mampu diam Dan senyum je.

Saya menyesal sangat balik raya ni, lebih baik saya tak payah balik, mereput kat rumah sewa lagipun cuti seminggu je.

Malam tu, diorang siap keluar pergi beli baju raya, lepastu terus balik kampung. takda sape dekat rumah. Nasib baik saya ada kunci rumah, kalau tak, tak tahu la..

Sape je saya ni? Setiap Kali cuti sem atau apa² cuti saya memang tak balik rumah. Cuti sem saya kerja part time atau pun ikut kawan saya balik rumah dia.

Kadang² rasa keluarga orang lain lagi bahagia, lagi gembira daripada keluarga kita. Happy je tengok keluarga diorang, sembang² santai.

Saya tak rapat dengan ayah saya. Memang awkward kalau bersembang ramah bagai macam orang lain. Saya hanya cakap benda penting and serious je dengan ayah saya.

Dengan mak pulak, dia asyik lebih kan abang dengan adik² saya. Abang saya dengan adik bongsu saya manja sangat dengan mak saya. Diorang nak apa semua dapat. Nak bandingkan dengan saya ni? Jangan harap la.

Takdenya nak offer hantar ke hospital ke apa ke, saya sapu minyak angin and balut kaki sendiri. Lepastu saya pergi lah klinik biasa,

kena marah teruk dengan doktor India tu sebab dah seminggu accident tapi tak pergi hospital, kaki saya dah teruk, lepas buat xray doktor cakap tulang kaki saya retak. Saya mampu gelak je. Haha.

Doktor tu tanya, masa tu saya under age lagi, dia tanya mana parents? Kenapa datang sorang? Saya cakap lah kalau saya mati pun diorang tak kisah. Hehe.

Tapi tu lah, sampai sekarang kaki saya sakit lagi walaupun dah 3tahun accident.
Tak mampu nak lari, jalan jauh²..

Saya dah biasa di anak tirikan.
Duit poket pun diorang jarang bagi dekat saya, saya tanggung hidup saya sendiri dengan buat bisnes online, eventho ada rm2 je dalam purse,

Saya taknak harap kan duit parents saya lagi. Saya nak berdikari, hidup sendiri, and tak menyusahkan orang lain.
Saya harap saya kuat untuk hadapi semua ni.