Aku jaga jodoh orang. Depan mata aku, orang yang aku cintai sepenuh jiwa, telah sah menjadi milik orang lain

Assalamualaikum semua. Jujur aku mencintai dan menyayangi seorang kawan aku dari dulu lagi.

Habis tingkatan 5, kami masuk university yang sama lepas itu kami sambung degree juga di university yang sama.

Masa belajar lagi aku memang simpan hati aku hanya untuk dia. Dengan harapan dia dapat rasa kasih sayang aku. Kau sebutlah apa dia nak zaman belajar dulu, semua aku cuba tunaikan.

Satu tahap, dia tak ada buku sebab buku dia hilang kat kelas, aku sanggup belikan dia buku second hand dengan senior kitorang.

Yala, buku teks zaman university memang mahal. Yang first hand mampu mencapai RM200-300. Jadi aku sanggup merayu kat senior aku semata nak bagi dia buku.

Sampailah satu masa, aku rasa dia dah patut tau akan perasaan aku sebab kalau boleh aku nak hubungan halal. Lagipun masing-masing dah kerja dan kira dah stabil.

Bila aku suarakan perasaan aku dengan dia, dia terkejut sangat seolah-olah macam speechless orang kampung aku kata.

Dia geleng-geleng kepala. Lepas tu dia cakap dia kena balik sebab ada urusan.

Beberapa hari lepas tu, dia bagitau aku dia tak ada apa-apa perasaan pun pada aku. Selama ini dia anggap aku macam kawan, tak lebih dan tak kurang.

Punyalah hati aku koyak masa tu. Lama kot aku simpan rasa ini. Rasa macam bangang pun ada. Aku nak marah, tapi macam mana aku nak marah. Ni semua kebodohan aku.

Bulan 1 tahun lepas dia bertunang dan kahwin bulan 4. Dia kawin dengan kawan baik aku juga. Bulan satu tahun lepas aku memang sakit teruk.

Orang yang aku cintai sepenuh jiwa aku, telah sah menjadi milik orang lain. Dihadapan mata aku. Aku tak kuat. Sungguh aku tak kuat. Kau bayanglah berapa lama aku jaga dia.

Betullah istilah jaga jodoh orang tu. Memang kena betul kat aku. Lepas dia kahwin tu, aku memang putuskan semua perhubungan dengan dia termasuk keluarganya sekali. Aku sakit lama juga lepas tu.

Tapi masa sakit tu, Allah saja yang tau isi hati aku. Aku memang nangis setiap kali solat, hati aku hancur sangat.

Aku sayang sangat kat dia. Tapi dia memang tak ada perasaan pun kat aku. Dia tak salah, yang salahnya aku.

Lepas dia kawin, hubungan aku dengan Allah menjadi dekat. Aku memang dekatkan diri sangat dengan Dia.

Matlamat aku sekarang hanya akhirat. Sebab syurga nanti tiada lagi kesedihan, tiada lagi perpisahan. Sungguh, mencintai dan menyayangi itu tidak semestinya memiliki, dan aku redha.

Melihat dia bahagia pun cukup membahagiakan aku. Sebab, kasih sayang aku untuk insan hanya untuk dia. Aku dah redha, jangan cakap aku tak redha. Cuma untuk melupakan dia, buat masa ini aku belum mampu.

Dulu aku pernah menyayangi dirimu,

Kini pun masih begitu,

Cuma hidupmu telah sempurna bersama suamimu,

Dan malaikat kecil sedang membesar dirahimmu,

Aku pergi dari hidupmu membawa hati yang terluka tapi tiada langsung rasa dendam padamu..

Kerana ini sudah menjadi ketentuan Tuhan..

Yang aku hanya mampu mencintaimu tapi bukan untuk memiliki dirimu..